Alangkah bertuah dan betapa amat bersyukurnya jika masih memiliki nikmat kesihatan ini..Lihatlah dan renunglah mereka yang telah kehilangan nikmat itu.....
Entry ini bagi saya amat menyentuh hati,betapa kuatnya jiwa mereka yang sedang bertarung untuk hidup.Seperti kisah seorang auntie yang pernah saya ceritakan dalam blog mengenai kekuatan semangatnya..Tidak pernah mengenal erti putus asa.Menghidap barah payu dara,diabetis..Yang lebih parah diabetis auntie semakin merebak,semakin kronik..Menyerang sistem saraf,mata pun dah tak nampak,kaki pun dah semakin membengkak.Auntie kini hanya terbaring lesu tiada lagi kata kata peransang seperti selalunya setiap kali bersua.Young lady...dont be sad.God is always with u.Berkali kali dan masih terngiang ngiang kata kata sokongannya,jangan putus asa dan jangan pernah menyerah walau berat mana dugaan.Yang lebih menyayat hati,auntie lebih tabah,hanya sebatang kara sepanjang kehidupan..Tidak pernah berkahwin dan mempunyai anak.Bersendirian walau di hospital,tiada yang menemani dan menjaga auntie..Berjuang dan bertarung seorang sendiri untuk hidup..Masih lagi bertarung dan tersu bertarung...
Sama samala kita membantu sesama insan...Auntie..teruslah berjuang..
I can not see,dengan nada suara yang amat lemah...sebak mendengar,bagaimana auntie nak makan...tapi auntie tetap tabah,tetap berjuang untuk teruskan hidup..
Gagahkan diri auntie,dulu bila saya terbaring di atas katil sendirian auntie datang memberi sokongan...My dear young lady,jangan menangis,jangan bersedih..ini ujian untuk u..
Kenapa kita sering mengeluh,kenapa kita mu
dah mengalah,dapatkah kita lihat di luar sana lebih ramai yang lebih menderita,tetapi mereka tabah dan tetap terus berjuang..
Be grateful for everything you have, be it spiritual, mental, or physical. The more gracious you are, the more you will realize how much you have been blessed....
Tersentuh hati melihat makcik ni..walau dalam keadaan kesihatan yang benar2 menguji tapi masih lagi menunaikan kewajipan solat..Tidakkah dapat di lihat tiada alasan untuk meninggalkan solat?Ingatlah Allah walau di mana kita berada..
Adik ni di depan katil auntie menahan tangis..Jelas di matanya...Baru beberapa hari lepas pembedahan appendiks.Lemah tak bermaya..Tersentuh hati mendengar,memohon mohon dengan ibu untuk pulang ke rumah.Teresak esak memohon untuk ke sekolah..
Ingatlah,Firman Allah Taala bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” – Surah al-Nahl, ayat 18.
Hargailah nikmat yang masih ada......
Antara nikmat Allah swt yang sering dilupai manusia ialah nikmat kesihatan dan kelapangan masa. Pada hal kedua-duanya adalah sebesar-besar modal hidup dalam dunia ini. Bayangkanlah sekiranya seseorang itu ditakdirkan memiliki harta yang banyak, tetapi tiada kesihatan umpamanya. Apalah ertinya harta yang bertimbun itu kepada kehidupannya? Segala nikmat daripada kekayaan itu tidak dapat dinikmatinya.
Demikian juga dengan kelapangan masa, apa jua kerja sekalipun tidak dapat dilaksanakan, sekiranya tiada kelapangan masa. Justeru, maka ia adalah suatu nikmat yang besar, kerana tanpanya sesuatu kerja, urusan dan hasrat tidak dapat dilaksanakan. Contohnya, katakanlah seseorang itu hendak menziarahi ibunya yang sakit.
Bagaimana ia dapat melakukannya sekiranya dengan tiba-tiba dia jatuh sakit juga. Dengan demikian hilanglah hasratnya untuk berbakti kepada ibunya. Begitu juga jika badannya sihat, tetapi tiada sedikitpun masa lapang untuk dia berbuat demikian, kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas harian yang begitu banyak, maka tidak dapat juga ia memenuhi hasratnya itu.
Kesimpulannya, kedua-dua nikmat berkenaan memang besar ertinya kepada seluruh kegiatan hidup kita di dunia ini. Renungilah pengalaman hidup kita selama ini pasti akan meyakinkan kita bahawa kedua-dua nikmat tadi begitu besar sekali ertinya dalam kehidupan ini.
Justeru itu, Nabi saw mengingatkan kita dalam sabdanya yang bermaksud: “Dua nikmat di mana ramai orang yang terpedaya kerananya iaitu kesihatan dan kelapangan masa.” – Hadis riwayat al-Bukhari daripada Ibn Abbas.
Sesungguhnya setiap nikmat yang dikurniakan Allah Taala kepada kita adalah untuk disyukuri. Ia bukanlah suatu kelebihan dan kemuliaan, malah sebagai cubaan dan ujian. Justeru ia tidak menjadi ukuran di sisi Allah Taala. Bahkan yang menjadi ukuran Allah ialah keimanan dan ketakwaan.
Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu pada sisi Allah ialah yang paling takwa.” – Surah al-Hujurat, ayat 13.
Dan sekiranya nikmat itu suatu kemuliaan kepada manusia, sudah pasti semua rasul adalah orang yang paling kaya dan banyak harta. Sebaliknya orang-orang kafir sama sekali tiada diberi sedikitpun harta di dunia ini.
Mensyukuri nikmat itu adalah dengan cara mempergunakan dalam mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim dan Mukmin tidak seharusnya membiarkan masa dan kesihatan yang dimiliki ini berlalu begitu saja, tanpa sebarang aktiviti ibadah kepada Allah, baik secara individu, keluarga, masyarakat dan negara.
Kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dalam mensyukuri segala nikmat-Nya yang melimpah ruah dan melindungi kita semua daripada segala perkara yang boleh melalaikan kita daripada-Nya.
Tidakkah kita merasa betapa hebatnya cubaan dan dugaan bagi mereka yang tidak lagi memiliki nikmat itu?Mengapa mudah mengeluh pada ujian yang kecil jika dibandingkan mereka yang sedang bertarung untuk hidup tanpa sebarang keluhan tapi dengan doa dan harapan untuk terus diberi peluang untuk hidup...
t kasih yanie...
ReplyDeleten3 ini sangat2 berharga.
ahp,untuk renungan bersama...
DeleteTersentap seketika..... selama ini saya sentiasa keresahan. celaru dan tidak tentu hala memikirkan penyakit yg bakal saya hadapi tanpa saya sedar.. ujian saya tidak lah seberat mana berbanding insan lain. Saya masih dapat merasa nikmat sihat. Berupaya untuk melakukan segala nya. Ya Allah aku bersyukur diatas ujian ini untuk dapat mendekatkan aku padaMU. Kak..... terima kasih berkongsi sesuatu yang membuka mata saya sedar..... semoga aunti tu beroleh kesihatan dan juga semoga akak juga beroleh kesihatan. Saya minta izin untuk post sedikit perkara dari wall nie dalam wall saya yer kak. TQ
ReplyDeleteamin..Dik,perkongsian dan untuk renungan kita bersama..moga kita lebih tabah..
DeleteSetiap manusia kena ingat, jika kita susah dan rasa menderita tentu ada lagi insan lain yang lebih susah lagi menderita dari diri kita kan. :) Contoh auntie diatas...susah nak digambarkan kalau kita berada ditempatnya....
ReplyDeletebetul najmi,..jika di tempat auntie,hanya Tuhan yang tahu...moga kita semua lebih tabah..
DeleteAlhamdulillah............bnyak nikmat Allah kpd hambaNya walaupun kita x sedar. semoga Allah mmberi kesembuhan kpd semua org yg sakit termasuk diri saya sendiri.
ReplyDeleteTabahkan hati kakak. Semoga kakak sembuh. Amin....doakan saya juga.
ReplyDelete