24 April 2010

Memerlukan dan diperlukan........

Semalaman bertarung dengan kesakitan yg teramat sangat...tak mampu diluahkan dengan kata2,hingga tidak mampu tidur...dari tengah malam hinggalah menjelang petang ini,hanya sekadar menahan kesakitan dalam keperitan...Menangis bukan mengalah...tapi sekadar menghilangkan rasa sakit dan perit dalam hati.seboleh2 kesakitan tk nk tunjuk pd ank2...

Saya terpaksa merangkak di tengah malam ke dapur untuk ambil ais untuk saya letakkan di leher dan kepala....sekadar alternatif saya untuk mengurangkan kesakitan yang saya alami..saya tidak dapat mengambil sebarang ubat penahan sakit oleh kerana usus yg terlalu nipis dan chronic gastritis.Masalah sistem penghadaman saya memang teruk.Saya hanya blh memakan makanan yg lembut sahaja.

Jam 2 pagi saya masih lagi terkesima atas katil...menahan dan terus menahan kesakitan dan keperitan yang saya alami....hingga ada tahapnya saya meraung atas kesakitan yang teramat sangat,saya telah mengganggu dan mengejutkan anak dari tidur...dalam keadaan pana dan mamai...kedua-duanya telah bangun dan masing2 memandang ke arah saya....saya tahu mereka sedih dan simpati atas apa yang saya tanggung...namun mereka hanya mampu memahami tanpa boleh melakukan apa2.....

Tapi anak2 pandai berdikari dan membawa diri sendiri.tidak banyak kerenah..Sering membantu saya..Tapi di wajah mereka terselit seribu satu kesedihan...Bila terpandang wajah ank2 di saat saya kesakitan,seboleh2 hati ni nak meraung sepuas2nya,betapa sebaknya.ank2 kecil yg benar2 mengharap kasih sayang ibu..tapi anak2 pula yg nak kena memimpin ibu,membantu ibu...Anak yg kedua bila melihat saya menahan keperitan,memujuk saya dgn berkata"mama nanti nak jadi doktor.nak rawat mama.biar mama sihat,mama boleh berjalan.Inilah azam dan semangat seorang anak .....Saya cuba terapkan dlm diri setiap ank2 bahawa hidup tidak mudah,kena mempunyai semangat yg kental yg tidak mudah mengalah,jangan mudah putus asa,sentiasa tabah dan berfikiran positif.Semoga ank2 cekal menghadapi realiti kehidupan,mempunyai jati diri yg tinggi dan berjaya kelak..

Alangkah beruntungnya insan2 di luar sana yg mempunyai insan2 tersayang disisi,mampu memberikan secebis bantuan,harapan serta semangat tatkala diperlukan.....saban hari saya membaca hal2 berkaitan keluarga....isteri rasa terpinggir atas sikap suami,suami isteri yang berjauh hati,institusi keluarga yang berpecah belah serta berbagai-bagai hal2 yang timbul....!!!!
Cuba kita renungkan sejenak..andai kita dalam keadaan tiada terdaya..insan terdekatlah orang pertama kita harapkan...kita perlu sedar yang kita memerlukan antara satu sama lain,mungkin bukan hari ini.....tapi tak mustahil pada hari mendatang...oleh itu sentiasa positifkan pemikiran diri...elakkan dari terjerumus dalam bisikan syaitan yang sentiasa mahu memecah belahkan sesebuah perhubungan.....

Rata-rata kita tidak sedar atau peka akan keadaan ini seandai tidak berlaku dalam kehidupan kita sendiri namun itulah realiti yang terpaksa kita hadapi....kini kita mungkin sihat namun kita tidak selamanya sihat...kini kita berharta namun mungkin tidak selamanya kita kaya.....kini kita hidup gembira namun ada masanya perasaan duka akan berkunjung tiba....

14 comments:

  1. salam,..bagi yang tidak merasai kesakitan.hanyalah mampu memendam atas apa yang dipandang..tapi hati yang sentiasa memandang hanya mampu merasa atas penderitaan orang lain.sesungguhnya mereka memahami walaupun xdapat merasa.kuatkan semangat dirimu..semoga kamu sentiasa didalam redha allah s.w.t

    ReplyDelete
  2. akak, tabah ye dalam meghadapi semua ni. saya hanya mampu memberi sokongan dan kirimkan doa untuk akak. Sesungguhnya setiap kesakitan yang akak alami semua adalah untuk mengampunkan dosa akak yang lampau. TABAHKAN hati akak. akak adalah antara insan yang TERHEBAT di atas muka bumi ini. salam...

    ReplyDelete
  3. sedih sungguh saya membaca nya...
    semoga kak cekal dan tbah menghadapi nya...
    saya doakan semoga kak cepat sembuh...
    AMIN

    ReplyDelete
  4. salam yanie ...

    sebak saya baca kisah kali ni ... kaku saya dibuatnyer ... tiap kali saya baca nukilan yanie ... mengingatkan saya spy lebih bersyukur ngan apa yg saya ada ... walau dikurniakan anak istimewa yg sakit dan sentiasa diberi dugaan ... sekurang2nyer saya masih lagi punya insan tersayang yg sentiasa disisi berkongsi suka duka membesarkan Ammar, anak yg cukup istimewa di mata saya ...

    bg saya, yanie seorg yg cukup tabah krn dpt melalui dugaan ini seorg diri ... moga yanie terus tabah, saya juga doakan moga yanie cepat sembuh ... Amin!

    ReplyDelete
  5. yani.. apa2 pon harus slalu cekal & kuat semangat.. baca n3 kali ni buat lya tpikir... slama ni lya dah x tahan.. rsa susah sgt bdepan dgn kesakitan (walaupon skrang dimata org nmpak happy & sihat...tp lya sedar.. d sebalik kesusahan lya ni, masih ada y bersama mgharunginya bersama ksakitan y lya tanggung.. Tapi yani??? apa2 pon. lya bdoa agar suatu hari nanti akan ada seseorg di sisi yani utk menyokong & trus bersama yani dlm mgharungi kesakitan ini..

    dan lya akn sentiasa ada utk yani.. cuma kdg2 bila tlalu bz dgn kerja.. mungkin lya xdpt sgt bbual dgn yani.. msti yani faham kan???

    lya nak hari ni, yani bangun.. fikirkan sesuatu d dlm minda utk pcpaian hari ini.. percayala ckp lya..insyallah yani boleh.. sbb yani dh boleh bjalan sikit2 dgn mgunakan alat sokongan kan?? lg cerah peluang tu.. sbb lya dulu bmula drp 0.. seluruh tubuh lya longlai.. lumpuh smpai k leher.. kalu lya boleh.. yani msti boleh..

    YANI FIKIRKAN SESUATU DI DLM MINDA UTK HARI INI.. & TUMPUKAN...

    ReplyDelete
  6. kesihatan dan kehidupan adalah pinjaman dari Nya...

    kesakitan adalah ujian dari Nya...

    semoga yani tabah dan kuat demi anak2...

    yg pergi meninggalkan kita...biarlah dia pergi...dia tak rasa lagi dan tak terima lagi ujian dari Nya...

    dunia ini berputar...sekejap je dia di atas..nanti putaran bumi akan berlaku..dia akan dibawah jua...

    time tu la yani di atas...

    ReplyDelete
  7. :( Kalau lah Yani dekat ngan akak....

    Akak rasa mmg kau tak stabil la. Akak riso darah kau drop. Kalau tak tahan sgt sakit, call je ambulance. Kalau kita gi spital ngan ambulan, dowang beri tumpuan kt kita. Dari kalau kita gi emergency tu sendiri (mcm yg penah terjadi kt yani aritu...

    Akak sedey baca criter kau ni yani...

    ReplyDelete
  8. salam buat asz...maaf lambat reply,saya masih baru dalam arena blog ni...apapun saya ucapkan terima kasih atas dorongan dan semangat yang asz berikan...lumrah kehidupan,kita akan sentiasa diuji dan akan terus diuji...sampaikan salam saya pada ammar..semoga asz juga tabah dalam menempuhi segala cubaan dan dugaan..

    ReplyDelete
  9. salam buat asha,terima kasih atas semangat dan perangsang yg diberikan,semoga asha sentiasa dalam rahmat Allah taala.......terima kasih..

    ReplyDelete
  10. buat...kak aizah...terima kasih atas setiap perhatian dan dorongan yg akak curahkan..semoga akak sentiasa ceria dan gembira disamping keluarga tersayang....

    ReplyDelete
  11. thanks to nolyumar...semoga kita sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah taala..sokongan dan doa akak saya ucapkan ribuan terima kasih....

    ReplyDelete
  12. terima kasih lya atas semangat dan dorongan yg lya berikan..memang benar apa yg lya katakan...kita merasa kesakitan...namun situasi kita berbeza,lya ada suami dan keluarga yg sentiasa disisi...namun saya bersyukur kerana ada anak2 sebagai peneman dan penguat diri...

    ReplyDelete
  13. haryanie..
    tulisan awak benar menyentuh hati saya.
    semua post awak saya baca tapi x semua saya mampu tggl komen
    sbb saya tak tahu apa yg patut saya komen

    ReplyDelete
  14. Subhanallah...ya Allah engkau berikanlah keluasan rahmatmu untuk hamba mu ini bersama anak2nya...hanya kepadamu kami bergantung dan mengharap belas ihsan mu...

    Kak, semoga akak tabah...

    Adik2, Jagalah ibumu biar pun kamu masih kecil...insyaallah, rahmatNya sentiasa bersama kamu..
    Usaplah ibumu n berikan kata semangat untuknya ketika dia kesakitan.bacakan doa syifa @ mengaji Al-Quran untuknya, insyaallah kesakitannya akan berkurangan...

    - insan yang menyayangimu dari jauh -

    ReplyDelete