Manusia sering kali mengeluh ketika menghadapi dugaan dan kesukaran,baik besar mahu pun kecil..Orang semacam ini menderita persoalan sudut pandang...Matanya dihalangi oleh mata yg penuh dengan sudut pandangan negatif..Akibatnya apa yg dilihatnya hanyalah masalah dan persoalan,malah batinnya akan terus ditakluki oleh perasaan gundah dan tertekan...dan lebih banyak mengeluh,mendengus,suasana menjadi tidak ceria dan tidak selesa...Kalau boleh memakai cermin mata syukur dan sabar segalanya pasti akan dilihat menjadi lebih indah dan hati akan diselubungi oleh kebahagiaan..
Jangan mengeluh dan mengganggap dugaan itu selalu buruk,mengutuk orang lain,mengutuk diri sendiri,bahkan mengutuk tuhannya untuk setiap kesukaran yg mendatang..Cubalah ketahui bahawa dugaan dan kesukaran itu amat bermanfaat...Bermanfaat? Ya,setiap kesukaran yg menimpa kita mempunyai fungsi yg sgt dlm dlm pengaruh terhadap perkembangan hidup kita...Dan membuatkan kita menyedari apa yang kita tidak sedari selama ini dan membuatkan kita menyedari akan betapa besarnya nikmat dan rahmat dari Allah....Bersabarlah dan sentiasa berfiran positif.......
Sentiasa bersyukur kerana masih ramai yg lebih menderita dari kita..
No comments:
Post a Comment