18 April 2010

Sinopsis kehidupan saya.....

Bermula dgn seorang yg begitu ceria,brsemangat tinggi,penuh dgn jati diri yang kuat. amat bermotivasi tp akhirnya semuanya musnah dan hancur apabila diri ditimpa musibah dgn penyakit misteri yg kini melanda diri…dan menghantui diri.Walaupun sudah byk berikhtiar berubat namun saya masih lagi begini.Mungkin belum dpt keizinan allah.inilah cebisan dan cetusan rasa hati saya.Saya mempunyai cahaya mata,2 org masih bersekolah.dlm keadaan saya yg ditimpa musibah dan terlantar ini,tanpa diduga suami pula menghilangkan diri tanpa khabar berita yg akhirnya saya dicerai dgn talak3.Tidak dpt saya bayangkan betapa sedih dan pilunya hati saya sambil merangkak saya keluar rumah mencari jejak suami tp hampa.tapak tangan dan lutut sampai berdarah,puas saya menangis.Betapa luruhnya hati ini.Dia pergi tidak meniggal kesan tp semuanya tlh dirancang oleh keluarganya kerana saya ketika itu terlantar sakit,tidak berdaya dan tidak ada apa2 lg.Keluarganya langsung tidak peduli akan penderitaan saya.Malah mereka brgembira dan brsyukur kerana ank nya tlh pulang ke pangkuan mereka sedangkan mereka tahu bahawa kesakitan dan musibah ini adalah kerana dia masih brsama saya.dia tinggalkan saya seolah2 saya tiada maruah dan harga diri.Tidak adakah cebisan simpati atau ihsan pada saya?sakit dan lumpuh adakah permintaan saya?Mampukah saya menolak takdirNya..?Kesedihan dan kepiluan akibat ditinggalkan dalam keadaan begini benar2 menguji saya..Tapi saya kuatkan hati demi anak2 kerana saya tahu Allah sayangkan saya.Walau perit derita yang tak tertanggung tapi saya gagahkan diri hari demi hari...kerana saya percaya akan ada sinar untuk saya suatu hari nanti walau bukan di alam fana ini...Sesuatu yang kita rasa sukar,sebenarnya mudah di sisiNya.ALLAH mahu kita membuat pengaduan terus kepadaNya.Tempat pengaduan yang dijanjikan majbul hajat adalah dengan berdoa dan pengaduan terus di hadapan Kaabah.Tiada apa pun yg mustahil di sisi Allah Taala SWT......

19 comments:

  1. YANI...
    BE STRONG... LYA AKAN SELALU BERSAMA YANI..
    AKAN TERUS MENYOKONG YANI..
    JADIKAN SEMUA YANG BERLAKU ITU ADALAH SATU RAHMAT DALAM MBINA JATI DIRI.. & KITA ADALAH INSAN YANG TERPILIH.. KERANA KITA DIUJI DGN PELBAGAI PERKARA. ITU TANDANYA ALLAH SYGKAN KITA.. BYGKAN BETAPA BNYAK DOSA KITA GUGUR DISETIAP DETIK KITA MHARUNGI KESKITAN..

    ReplyDelete
  2. salam kenal yani...

    hanya insan terpilih diuji olehNya.... semoga Yani trus tabah harungi semua ni... sy sntiasa doakan yg terbaik utk Yani... be strong k....

    ReplyDelete
  3. salam ziarah..

    hanya insan terpilih akan yg diduga oleh Nya...yani adalah insan yg terpilih...
    semoga tabah mengharungi liku2 kehidupan dan ujian dari Nya...

    kami doakan yg terbaik tuk yani

    kami akan rajin2 singgah disini memberi sokongan moral

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan salam ziarah yanie!

    betul kata kwn2, hanya insan terpilih yang akan diuji olehNya..moga yanie terus tabah mengharungi dugaan hidup ini!

    ReplyDelete
  5. salam kenal yanie..
    nureen dpt rasakan yanie seorg yg cukup tabah... yakin pd diri sendri InsyaALLAH segala dugaan dpt yani tempuh dgn tabah.. saya doakan yg terbaik utk yani..

    ReplyDelete
  6. salam sayang yanie....
    tiada kata yang dapat diungkapkan kerana manusia hanya pandai berkata2...apapun insyallah kalau dipanjangkan umur ingin saya bertemu mata dengan anda..sesungguhnya hikayat hidup anda amat perit di terima akal fikiran...
    moga kita dapat berjumpa..
    salam...

    ReplyDelete
  7. salam ziarah..hanya org yg kuat dan tabah sahaja diuji olehNya. banyakkan bersabar ya..
    boleh tak email akak ctzekabc@gmail.com
    ada benda nak cakap..

    thanks..

    ReplyDelete
  8. salam ziarah...anda adalah org yg terpilih utk diuji oleh Allah. Kasih sayang-Nya kepada anda terlalu istimewa...semoga tabah menghadapi dugaan ini...

    ReplyDelete
  9. salam kenal

    menitis air mata bila baca luahan hati yanie ... nasib kita hampir serupa cuma situasi yg berbeza ... saya doakan yanie terus tabah ... saya slalu fikir yg saya diantara insan terpilih yg diuji Allah ... yanie juga insan terpilih itu, no doubt ... kuatkan semangat ye yanie ...

    oh ya, saya linkkan blog ni kat blog saya ye ... take care!

    ReplyDelete
  10. salam yani....
    muga dirimu tabah ye.. doaku bersama mu..
    kuat okay

    Khaizarien @ atie Blog

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Lya kerana byk membantu dan memberi semangat pd yani.blog ni diterbitkan pun atas bantuan lya pd yani...Insyaallah Lya..Segala pertolongan yg Lya berikan pd yani harap mendapat rahmat yg tidak terhingga dari Allah...Semoga Allah melindungi Lya sekeluarga...

    ReplyDelete
  12. Salam perkenalan pada zue,asha,mamalieyna,nureen,iman,rynas,lili norlaili,asz dan atie.terima kasih semua atas doa,nasihat dan semangat.Amat2 saya hargai...semoga perkenalan ini memberikan kebaikan kepada semua....Minta maaf kalau ada yang tersilap.Saya masih baru dan banyak lagi yg saya tak tahu pasal blog....

    ReplyDelete
  13. yanie..stiap kali dlm kesusahan, sy slalu sangkakan, sy lah org yg plg susah, sbenarnya ada lg insan lain yg lebih memerlukan dan susah dari sy..sy fikir sy lah org yg plg tabah, tapi rupanya yanie lebih tabah..sy juga ibu tunggal sperti yanie, tapi rupanya yanie lebih kuat diuji krn yanie lebih cekal..teruskan cekal & kuatkan hati demi ank2..Allah beri ujian krn dia tahu kita mampu hdpinya, tidak lebih dan tidak kurang cuma skadar yg kemampuan kte shj..InsyaAllah mmg ada hikmah disbalik smua ini..cuma skrg smuanya rahsia yg blum kte tahu..InsyaAllah satu hari nanti pasti ada 'cahaya' buat yanie..sy akn slalu sokong yanie..tk care..InsyaAllah bkesempatan nanti sy akan postkan kisah yanie dlm blog sy..dan hrp kwn2 sy dpt singgah ke blog yanie..tk care ye, yanie..be strong..igt, ramai yg sygkan yanie..salam!

    ReplyDelete
  14. Baru paham..bila baca betul2...LYaFRINA dan alia haryanie org yg berbeza. Cian akk..masuk blog alia haryanie macam blur2 kjp..hehee

    Wahai adik2 sabar ya...

    ReplyDelete
  15. Salam Perkenalan....
    Saya begitu terharu membaca tentang ketabahan & kekuatan yani..
    tabahkan diri, sesuatu yang berlaku ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  16. salam perkenalan kak yanie=)kuatnya akak..tabahnya akak..insyaallah Allah selalu bersama2 akak..dugaan yang menimpa sb allah tahu akak boleh harunginya..saya doakan yang terbaik dr sini..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..

    Yani..saya terkedu bila pertama kali membaca blog nie..Sungguh saya tak mampu nak beri komen apapun pada kali pertama saya di sini..Allahuakbar..berat sungguh dugaan yang Allah beri..Tapi saya tahu..saya percaya..ada hikmah besar menanti yani...Saya tahu yani seorang yang kuat...Saya doakan Yani tabah dengan semua yang Allah beri..saya doa juga semoga sentiasa ada yang membantu yani..saya doakan segala-galanya untuk yani...apalah daya saya untuk berkata-kata...sungguh saya mengharapkan yani pulih seperti sediakala..semoga keajaiban itu datang dengan izin Allah...salam kenal..

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum...
    Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul segalagalanya..
    Allah tidak pernah menzalimi hambanya.. Percayalah, Allah menguji seseorang itu mengikut kadar kemampuan seseorang... DIA datangkan ribut dan petir dalam kehidupan puan hari ini, kerana mungkin esok dia ingin hadiahkan pelangi yang sangat indah.... Cuma cepat dengan lambat sahaj..tak di SINI mungkin di SANA nanti... Redha dan sabar..walau sabar tak semudah yang diucapkan... Saya sangat percaya puan seorang wanita dan ibu yang TABAH..

    ReplyDelete
  19. Mudah2an disuatu masa nanti puan dan keluaraga berada dibawah lindungan kaabahNYA....Amin..amin..amin ya rabbal alamin.


    -drp hamba Allah SWT yg daif-

    ReplyDelete