26 April 2010

Permata hidup ibu.......

2 minggu yg lepas,akibat selalu berada di hospital atas faktor kesihatan ibu yg tak menentu,aiman turut dapat tempias....demam beberapa hari...tiba2 dapat kesan ada bengkak di leher....doktor terangkan ianya adalah LYMPHADENOPHATY NECK....akibat jangkitan kuman...
Dapat dilihat dengan jelas "benjolan" di leher Aiman....saya yg uzur ni pun tak sanggup tengok Aiman kesakitan...punyala mencari duit nak bawa anak ke klinik.nak bawa ke klinik kesihatan atau emergency..nak kena menunggu berjam2.manala daya dgn kudrat yg tak berapa ada.Gambar ni sebelum dilarikan oleh bapanya....

Malam ni aiman demam lagi..bengkak di leher timbul semula,bawa semula ke klinik...walaupun kewangan yg teramat2 terhad dan tidak stabil tp ibu rela segalanya asalkan ank2 sihat dan sentiasa ada di sisi...


Ubat yang aiman ambil tak sempat dihabiskan sebelum dibawa lari oleh bapanya.....Kena dapatkan ubat semula.antibiotik yg hari tu dah tak boleh guna.sangat risau keadaan aiman apatah lagi dia pernah ditahan di wad selama 21 hari di hospital selayang..akibat jangkitan kuman dalam darah...Harap tak de apa2..Tak sanggup melihat ank2 sakit,biarlah ibu yg menanggung.Tidak sanggup melihat ank2 derita dalam kesakitan kerana peritnya menanggung kesakitan dalam kesusahan....

1 comment: