21 April 2010

Renunglah dan Bersyukurlah.......

Untuk dijadikan renungan bersama.........

Setiap manusia seharusnya selalu mengingati nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.Kerana nikmatNya telah meliputi dari hujung rambut hingga ke bawah kedua telapak kaki,kesihatan badan,keamanan negara,hutan belantara,udara dan air,serta banyak lagi adalah nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita.

.......sekiranya kalian menghitung -hitung nikmat Allah,nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya......(Ibrahim:34)

Demikian besar nikmat Allah yg telah dianugerahkan kepada kita.Dunia,beserta apa yg ada didalamnya telah diciptakan oleh Allah untuk kita,tetapi kita tidak pernah menyedarinya......
.......Dia telah memberikan nikmat-nikmatNya secara sempurna kepada kalian,baik zahir mahupun batin...(Luqman:20)

Kita diberi sepasang mata,satu lidah,dua bibir,dua tangan dan dua kaki.Adakah kita mengira bahawa berjalan dengan kedua kaki itu merupakan suatu yang biasa,padahal masih banyak manusia lain yang tidak mempunyai kaki dan tidak ada keupayaan untuk menggunakan kaki?
Adakah kita mengira bahawa berdiri tegak di atas kedua betis itu merupakan sesuatu yg mudah?padahal masih banyak manusia lain yg kehilangan kedua betisnya?Adakah kita merasai akan nikmatnya tidur dengan memejamkan kedua mata,sementara masih banyak manusia lain yg tidak dapat tidur kerana sakit yg menanggungnya?Pernahkah kita merasa nista ketika kita dapat menjamu makanan yg lazat dan minuman yg sejuk,sementara masih banyak orang lain yg tidak dapat makan dan minum hanya kerana penyakit yg mereka deritai?

Renungkanlah! Betapa besarnya fungsi pendengaran,di mana Allah menjauhkan dari hilang pendengaran,penglihatan kita agar terhindar dari kebutaan,dan ingatlah kulit kita yg cantik yg terhindar dari penyakit kusta dan kudis.Renungkanlah fungsi otak kita Allah memberikan kesihatan akal sehingga terhindar dari kegilaan yg menghinakan.Adakah kita ingin menggantikan mata kita dgn emas sebesar gunung uhud?Inginkah kita menjual pendengaran kita seharga perak satu bukit?Adakah kita mahu membeli istana2 yg menjulang tinggi dgn lidah kita namun kita bisu?Adakah kita mahu menukar kedua2 tgn kita dgn butiran2 permata dan belian tetapi tgn kita kudung?

Kita sebenarnya telah meraup kenikmatan yg tiada terhitung dan kesempurnaan tubuh badan,tetapi sayangnya kita tidak menyedarinya bahkan,kita hidup dalam ketidakpastian dan terperangkap dalam kesedihan,padahal kita masih memiliki roti yg segar untuk dimakan,air yg segar untuk diteguk,dapat tidur dgn nyenyak serta kesihatan yg stabil.

Kita seringkali memikirkan sesuatu yg telah hilang sehingga kita lupa mensyukuri apa yg telah ada di hadapan kita.Kita merasa sedih kerana kekurangan material,padahal kita masih memiliki kunci kebahagiaan,memiliki setompok kebaikan,kenikmatan dan masih banyak nikmat yg lain.Oleh kerana itu,renungkanlah dan bersyukurlah...................

Mereka mengetahui semua nikmat yg ada berasal dari Allah,tapi mereka mengingkarinya........(An -Nahl:83)






4 comments:

  1. semoga kita sama2 menghayati setiap detik y ada.. menghargai kehidupan yang ada & menikmati sebaiknya segala pemberian allah, sblum satu-persatu dtariknya

    ReplyDelete
  2. salam..

    nikmat yg Allah swt bagi secara percuma tanpa bayaran apa2..

    kita perlu bersyukur..

    ReplyDelete
  3. terima kasih lya atas semangat yg lya berikan,waktu yg ada amat berharga bersama anak2....setiap saat itu tinggi nilainya kerana yg pasti tiap saat yg pergi tidak akan kembali......

    ReplyDelete
  4. salam buat sekamar rindu...kita sentiasa dikelilingi dan dilimpahi nikmat yg tidak terhingga yang kadang2 tidak kita sedari...

    ReplyDelete