20 April 2010

Kasih ibu tiada galang gantinya....

Ibarat jatuh di timpa tangga...saya diuji dengan satu kejadian.Anak yang kecil,penyejuk jiwa dan kekuatan semangat dilarikan oleh bekas suami.Sudah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita tiba2 muncul untuk melihat ank2.Hati walaupun pernah terhempas umpama kaca tapi bila memikirkan ank2 yang ketiadaan kasih seorang bapa..saya relakan dia berjumpa dgn ank2.Tapi sesuatu yg mengejutkan bagi saya,apabila kepercayaan yg diberikan dikhianati.Anak yang bongsu dilarikan tanpa saya sedari.Hati ibu mana tak luruh,..sampainya hati.Walaupun dalam keadaan yg tak berdaya tanpa pertolongan sesiapa saya nekad untuk mengambil anak saya semula.Tindakan ini memang terburu2 dan boleh membahayakan kesihatan saya tapi saya asyik terkenangkan wajah anak,saya tidak mampu untuk menahannya.Kerana saya pasti bekas suami akan membawa anak saya pulang ke kampungnya di Pahang.Kalau saya lambat bertindak,takut lain pulak jadinya.Dengan berkekalkan semangat dan ingatan pada anak,saya nekad ke Pahang dengan menaiki kereta sewa.Tak dibayangkan dengan keadaan saya sebegini,seorang diri di tengah malam,dengan hanya berbekalkan keyakinan pada diri sendiri...saya menempuh perjalanan hampir enam jam.Ramai yang mempertikai tindakan saya pergi seorang diri,pada siapa saya boleh harapkan...Ibu saya juga uzur.Ibu dah setahun lebih dalam medical leave.Kencing manis dan anxiety disorder.Ibu tidak boleh menghadapi sebarang tekanan.Saudara mara langsung telah menjauhkan diri..Dari dulu sebarang urusan dan perkara hanya saya yang uruskan...Kini walaupun tak terdaya saya tidak mempunyai pilihan....Hanya semangat dan air mata yang menemani saya sepanjang perjalanan.Hati saya tertanya2 kenapa ujian terhadap saya silih berganti...Tapi saya gagahkan hati....Saya tahu untuk mendapatkan anak saya kembali bukan mudah dari bekas suami....Tapi saya yakin dengan kasih seorang ibu.Dari dulu
saya sering ditindas...tapi saya cuba bangkit.Pengalaman yang lepas banyak mengajar saya untuk cekal menghadapi apa saja dalam menempuh hari2 mendatang.Sampai di Pahang,saya berhadapan dengan seluruh ahli keluarga bekas suami,mereka semua terkedu dan terkejut apabila melihatkan keadaan saya sebegini masih mampu mengharungi perjalanan yg jauh demi anak..saya merayu dan terus merayu supaya anak dikembalikan.Berilah peluang dan masa saya bersama anak2.Saya tidak nampak kelibat bekas suami dan anak.Sehinggalah ibunya masuk ke dalam dan membawa keluar anak saya.Hanya diiringi air mata dan peluk cium pada anak saya tatkala anak dalam pelukan saya.Biarlah tiada siapa yang sudi memandang dan menerima saya asalkan anak saya ada disisi saya setiap masa.Kerana setiap detik waktu itu amat berharga untuk saya meluangkan masa dengan anak2 saya selagi masih ada waktu untuk saya.Cuma saya memohon jangan pisahkan saya dari anak saya...Diri bila diatas sering disanjung,dipuji tapi bila berada dibawah sering dipandang sepi.Inilah hakikat hidup yang terpaksa saya terima walau sepahit hempedu terpaksa saya telan juga...Saya tahu saya tidak mampu menguruskan kehidupan anak2 dengan baik namun saya tidak berhenti berusaha untuk memastikan anak2 saya menjalani kehidupan yg lebih baik dari hari ke hari..Anak2 kekuatan semangat untuk saya bertarung dengan kesakitan dan semangat untuk meneruskan kehidupan.Sehingga kini saya sering ketepikan rawatan susulan untuk saya walaupun kesihatan saya makin merosot.....Saya terfikir kalau sesuatu terjadi pada saya akibat daripada mengabaikan rawatan diri saya tapi saya tiada pilihan lain....Hanya mampu berdoa semoga dapat bertahan dan semoga Allah berikan sinar kehidupan pada saya sekeluarga serta diperkuatkan semangat dalam menempuh ujian dariNya...

2 comments:

  1. Syukurlah kau dpt balik anak kau tu. Yelah, selagi boleh, kita nk bersama2 ngan anak smp putis nyawa kan? mungkin org lain x paham. Ada yg anggap elok kalau anak kau dijaga bapanya. Tp jiwa seorng ibu yg sedang berperang ngan penyakitnya mmg susah org nk paham...huhuhu..

    sabar bebanyak tau yani..

    ReplyDelete