15 April 2010

Pinjamanmu

Setiap kehidupan akan berakhir Setiap nafas akan terhenti Setiap yang bernyawa pasti akan menghadap yang Maha Abadi Tiada yang kekal hanya Allah pencipta Kalam yang Maha Besar Hari ini panjat kesyukuran kerana diri masih mampu bernafas memandang langit yang Maha Luas menghirup udara yang menenangkan Tapi sentiasa bersedia untuk esok kerana tak tahu apa akan terjadi bebekal lah dengan ibadah sematkan keimanan yang kukuh Apabila pinjaman Mu berakhir Di hadapan mu hamba Mu yang lemah kembali Tinggal lah segala kenangan Tinggal lah segala yang ada Sebagai Hamba Mu yang daif yang penuh dengan kekurangan Ku tadah tangan ku.. Moga Kasih sayang dan rahmat Mu sentiasa bersama ku...

1 comment:

  1. Amin3x Ya Rabbul Alamin.



    -drp hamba Allah yg daif-

    ReplyDelete