Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
30 April 2010
tanggal 29.04.2010
Tengahari tadi,dgn kudrat yg tak berapa ada...tertumpah minyak panas kat tangan masa nak angkat ikan...bayangkanlah macam mana cara org yg tak kuat anggota nak wat keje.tp nk wat macam mana.semua nak kena berdikari.dgn duk nak upload foto comforter,segalanya berharapkan dan bergantungkan semangat saja.semoga semangat ni tak akan pudar dan menghilang....
Lepas kena minyak panas tu,tangan memang sakit yg teramat sangat ...sapu dgn colgate...untuk menahan rasa pedih dan sakit...Dalam duk menahan sakit tiba2 rasa macam nak pitam,cuba tahan.tapi kejap2 rasa mcm sesak nafas,kepala mcm kebas...huyung hayang..muka dah makin pucat dah..dalam hati ni nak cuba tahan tapi rasa tak mampu.
At last kul 2 semalam...Ke hospital juga,rupa2nya hb low,enemia teruk..hb 7,nak kena masuk darah..pening ngan mata kabur..so masuk wad sakit puan.inilah kebiasaan saya.HUSM ni dah mcm ibarat second house saya,kerap sangat dok keluar masuk...guard pun dah familiar sangat ngan muka saya nie...saya sering terfikir dan jika diberikan pilihan,alangkah baiknya kalau tak perlu masuk wad,terfikirkan ank2,kos rawatan,...saya selalu pujuk hati saya sendiri walaupun berasa bosan dan takut duk hospital tapi inilah hakikat yang saya perlu terima.....
kepala ni tgh pusing tapi nak juga meluah sesuatu.....kat blog atau facebook ni je tempat luahan saya..diari maya saya......
27 April 2010
Hidup ini umpama 2 permukaan duit syilling
Aktiviti ank2...
Kesihatan makin merosot,nak buat rawatan asyik fikirkan ank2...duit terhad...mata makin kabur,kepala makin kerap peningnya.lemah sesgt badan..tak de daya rasanya..tapi minda kena kuat.kena lawan....kena bertahan..moga2 dapat bertahan.terhuyung hayang gagahkan diri....kepala beratnyala...tapi nak juga nikmati keindahan bersama anak2..sesungguhnya masa itu amat bernilai...nak cuba buat aktiviti dgn ank2....tak kirala badan kuat ke tak...
Petang ni bebudak,main game.aiman dgn tak sihat pun...ikut sama main game ngan abgnya...last2...rehat sampai tertidur dua2 org ..penat.kesian dia org tak de aktiviti.kalau dapat keluar rumah walaupun ke hospital punyala dia org seronok...tak kira..asal dpt berjalan..Di wajah mereka,benar2 memendam perasaan...Tersentuh rasa..
Alia Erissha..anak yg sulung banyak menghabiskan masa dgn belajar,upsr tahun ni...semangat dan cita2 yg tak pernah pudar walaupun dlm keadaan terbelenggu dgn berbagai dugaan..Setiap hari sabtu malam hingga selasa,ada kelas tambahan dari pukul 8.30 mlm-10mlm.Bersusah payahla mak walaupun uzur gi hantar dan pergi ambil alia erissha..
Kesian kat mak,walaupun dalam medical leave tp mak nk kena uruskan persekolahan ank2...penat ditambah keadaan kesihatan yg tak seberapa....tp mak gagahkan juga diri.cuma mak tak boleh menghadapi tekanan,penyakit kencing manis mencetuskan penyakit anxiety disorder........
Apakah dugaan dan kesukaran itu Tidak Bermanfaat
26 April 2010
Permata hidup ibu.......
Malam ni aiman demam lagi..bengkak di leher timbul semula,bawa semula ke klinik...walaupun kewangan yg teramat2 terhad dan tidak stabil tp ibu rela segalanya asalkan ank2 sihat dan sentiasa ada di sisi...
Ubat yang aiman ambil tak sempat dihabiskan sebelum dibawa lari oleh bapanya.....Kena dapatkan ubat semula.antibiotik yg hari tu dah tak boleh guna.sangat risau keadaan aiman apatah lagi dia pernah ditahan di wad selama 21 hari di hospital selayang..akibat jangkitan kuman dalam darah...Harap tak de apa2..Tak sanggup melihat ank2 sakit,biarlah ibu yg menanggung.Tidak sanggup melihat ank2 derita dalam kesakitan kerana peritnya menanggung kesakitan dalam kesusahan....