22 December 2011

Tiada siapa yang dapat menduga...


Memiliki kesihatan yang baik adalah impian semua..Tapi siapa yang dapat mengelak takdir dan ketentuan Illahi..Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari..Result darah semalam,hemoglobin menurun. "Jantung yang kian bermasalah..Awak nampak penat sangat.Awak dah tak boleh membahayakan kesihatan awak."..Kata kata doktor yang sering menasihatiku."Awak kena kasihankan diri sendiri juga".Doktor,sebak dalam dada ni tak terluah.Pada siapa dan untuk apa diluahkan.Kadang kadang timbul satu kekecewaan yang amat dalam,walau kesihatan ini makin merosot seteruk mana pun,adakah yang peduli atau ambil tahu?Cukup serik dengan cemuhan.Luahan sakit saya hanya untuk menyusahkan insan lain.Cukuplah ibu jua menanggung derita.Segalanya perlu saya tanggung sendiri.Melainkan anak2 yang masih kecil yang sering memandang wajah ibu ini dengan pandangan yang penuh makna.Teringat pada arwah abah,kadang kadang hati ini terasa ingin meraung memanggil abah.Rupa rupanya kasih sayang abah pada satu satunya anak tunggal perempuan abah ini,merupakan kasih sayang yang tiada ternilai harganya.Kasih sayang yang memang tiada lagi di atas alam fana ni..Perhatian yang tidak pernah pudar.Kehilangan abah yang sehingga kini amat amat masih terasa.Al Fatihah buat arwah abah.Moga abah tenang di sana.Amin.

Ya Allah.aku memohon padaMu,moga Engkau panjangkan usia ku untuk aku membesarkan anak anakku..Mereka amat amat memerlukanku.Pintaku bukan kesempurnaan,aku rela dan redha walau penuh kepayahan asalkan dapat meneruskan kehidupan bersama anak anakku.Ya Allah,Amin..

p/s : setiap luahan hati dalam blog ni,saya bukan mengharapkan simpati.Tolong doakan saya dan jadikanlah khtibar...

7 comments:

  1. Ya Allah!! Semoga zat kesihatan itu berikanlah sedikit pada kami.. Kuatkan semangat kami.. Berikan kami peluang untuk memijak bumi milik mu ini.. Amin!!! Pemudahkanlah segalanya.. TC Yanie..

    ReplyDelete
  2. Ina,

    Amin.sama sama buat ina,moga ina tabah dan semakin sihat.moga Allah beri kekuatan dan ketabahan yang luar biasa buat ina.take care...:)

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum haryanie,

    Bertuah haryanie sempat merasakan kasih sayang seorang lelaki bernama abah.Tp bukan buat diri saya... Doa saya agar haryanie tabah dan diberikan kekuatan menempuhi dugaanNYA;D

    -rusyida-

    ReplyDelete
  4. w'salam,rusyida...

    Insyaallah,amin.Terima kasih.Saya amat bersyukur di atas peluang dan kesempatan menikmati kasih sayang arwah ayah yang tiada gantinya.Walauapa sekali pun kita tetap masih ada kasih sayang Allah..Moga rusyida sekeluarga diberikan kesihatan yg baik,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  6. Baru arini sy terjumpa blog yanie, sy meletakkn diri ditempat yanie, sy berdoa yg TERBAIK untuk yanie, ibu dan anak2 yanie.smoga ada cahaya di luar sana untuk yanie... bersabar lah kerana Allah hendak memberikan yang teristimewa untuk yanie.

    ReplyDelete
  7. Ya Allah, tuhan yang berkuasa ke atas segalanya. Ya Allah ko sembuhkanlah penyakit saudara islamku ini yang menderita, kau kuatkanlah hati dan keimanan mereka dan balaslah syurga bagi mereka. Sesungguhnya engkau tuhan yang memberi rahmat. amin

    ReplyDelete