12 December 2011

Bersedialah dengan 4 soalan yang berikut...

Maksud hadis:

"Seseorang hamba Allah tidak dapat melangkahkan kakinya waktu dihisab hingga ditanyakan empat perkara:

1. Tentang umurnya,ke mana telah dihabiskannya.

2. Tentang ilmuya,banyak mana diamalkannya.

3. Tentang hartanya,dari mana didapatinya dan untuk apa dipergunakannya.

4. Tentang tubuhnya,untuk apa digunakan."

(Riwayat al Tarmizi)


Tentang umurnya,ke mana telah dihabiskanya

Umur muda amat mudah untuk terleka dengan masa yang dihabiskan setiap hari.Tidak hairanlah terdapat orang yang tidak mengambil berat hal agamanya kerana dirasakan apabila tua nanti barulah hendak bertaubat.Pengalaman peribadi saya pun merasakan begitu pantas masa berlalu.Adakah Kita benar benar tahu di atas kesempatan masa yang masih ada?

Jika umur dihabiskan dengan melakukan maksiat dan perkara yang melalaikan ,maka rugilah kita di akhirat kelak dan kita akan menjadi orang yang menyesal di kemudian hari?

Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan sementara umur masih ada.

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan yang dinyatakan oleh Nabi tentang umur kita?Jika tidak,adakah kita akan buat perubahan sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh agama?

2. Tentang ilmunya,banyak mana diamalkannya.

Orang berilmu mesti mengamalkan ilmunya.Jika tidak,dia akan menerima akibat yang buruk di akhirat kelak.Ilmu yang baik akan memajukan hidup di dunia dan di akhirat.Bagi orang yang tidak berilmu pula mestilah sentiasa menuntut ilmu itu adalah wajib dalam agama.Jangan ingat anda terlepas dengan tiadanya amal bila anda tidak berilmu.

Berada dalam kejahilan dengan tidak menuntut ilmu sebenarnya adalah satu kesalahan dalam agama.

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan: banyak mana ilmu yang diamalkan seperti yang dinyatakan oleh Nabi.Jika tidak,adakah kita akan buat perubahan sejajar denagn apa yang dikehendaki oleh agama?

3.Tentang hartanya,dari mana didapatinya dan unutk apa dipergunkannya.

Adakah harta anda perolehi secara haram?Mungkin ada yang kata dia tidak mencuri.Tetapi adakah anda terlibat dengan rasuah,makan harta pusaka yang bukan hak milik kita,tidak amanah ketika bekerja seperti sentiasa mencuri tulang atau membuat tunttan yang palsu dalam mendapatkan duit?

Daging yang tumbuh hasil pendapatan secara haram adalah hak api neraka di akhirat kelak.

Jika anda sudah banyak duit pula,adakah anda telah menggunakannya untuk kebaikan seperti membesarkan anak anak,mengeluarkan zakat,menuanikan haji,sentiasa membantu orang susah atau suka membazir,menggunakan untuk melakukan kejahatan seperti minum arak,beli pil khayal,beli VCD lucah dan sebagainya?

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan: dari mana harta yang kita dapat dan bagaimana kita membelakannya seperti yang dinyatakan oleh Nabi .Jika tidak,adakah kita akan membuat perubahan sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh agama?

4. Tentang tubuhnya,untuk apa digunakan

Ada orang mengunakan tubuhnya untuk mendapatkan wang seperti pelacur,gigolo dan sebagainya.Badan yang sihat sepatutnya digunakan untuk beribadat kepada Allah sama ada secara khusus seperti bersolat,berzikir,membaca al Quran atau ibadat umum seperti bekerja mencari nafkah yang halal.

Jangan tunggu apabila badan sudah tidak sihat barulah pelbagai perkara baik hendaklah dibuat.Rebutlah peluang kesihatan yang badan yang baik untuk melakukan ibadat sama ada yang melibatkan fardu ain/kifayah.

Ingatlah dengan tubuh yang sihat anda boleh membantu orang yang dlam kesusahan,berjuang untuk menegakkan agama,masyarakat,bangsa dan negara.Jangalah disia siakan.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.Renung renungkanlah....

4 comments:

  1. Moga tiap degup nafas ni, kita guna untuk jalan Allah..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan... sangat sangat menghargai.. :) Insyallah as dan kak alia semoga setiap nafas kita untuk agama. Amin

    ReplyDelete
  3. Insyaallah,amin...anonymous one...:)moga langkah2 ini dan seperti kata as moga setiap degup nafas ke jalan Allah.amin.

    ReplyDelete