Sejak kebelakangan ini memang jarang update blog.Kesibukan,faktor kesihatan,kepenatan membataskan untuk mencoret sesuatu di sini.Kadang kadang timbul rasa adakah apa yang ditulis menjadi tatapan insan2 lain.Walaupun niat di hati hanya untuk berkongsi semangat,pengetahuan,dan moga dapat berkongsi setiap kisah,pengalaman untuk dijadikan renungan dan ikhtibar bersama dan diri sendiri.
Dugaan silih berganti ganti.Ianya amat menguji.Terlantar,terduduk,terjatuh namun cuba terus bangun untuk hari mendatang..Sentiasa mencari sisa sisa kekuatan yang masih ada.Kadang kadang masih adakah lagi kekuatan untuk liku liku seterusnya.Setiap kali cuba gagahkan diri tapi kenapa ada saja sesuatu yang cuba untuk menarik kekuatan ini.Selagi berdaya akan tetap cuba untuk melawan arus.Dari awal pagi sehingga hampir awal pagi masih cuba bersengkang mata dan menahan ketidak upayaan badan untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi anakanda.Alangkah bertuahnya jika diberikan kesihatan yang baik,amat2 bernilai jika memiliki anugerah ini.Masih mampukah menemui celah dan kesempatan?Pasrah dengan jalan ini.Ya Allah beri aku ketabahan dan kekuatan,redhailah...
Ingin terus berjuang untuk membesarkan anak2,mendidik,menyanyangi dan melindungi mereka..Permata hati anugerah dan amanah Allah..Moga mereka diberikan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki,serta sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah Taala dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.amin.
Hati ini sering terkedu melihat insan insan lain yang lebih berkeupayaan namun tidak bersemangat dan seolah olah hilang arah dan tujuan masa depan hanya kerana gagal dalam ujian kehidupan..Lihat dan renunglah mereka yang lebih tidak bernasib baik dan lebih menderita.Sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan walau tidak memiliki apa apa sekali pun kerana masih banyak lagi nikmat yang Allah berikan di sekeliling.
"Kebahagiaan akan datang jika hati ini benar benar lapang menerima apa yang diberikan Allah,tidak mengeluh dan cuba membanding bandingkannya dengan orang lain.Hargai nikmat dan kehidupan yang masih ada kerana peluang yang diberikan tidak semudah yang disangka.
No comments:
Post a Comment