21 December 2011

Hiburkan Pesakit dengan berziarah

Antara hak seorang muslim dengan seorang muslim yang lain ialah menziarahi orang sakit.Sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,daripada al-Bara' bin 'Azib r.a dia berkata:


"Rasulullah s.a.w menyuruh kami menjenguk orang sakit,mengiringi jenazah,menidoakan orang yang bersin,menepati janji,menolong orang yang dizalimi,memenuhi undangan dan menyebarkan salam."


Begitu juga pesanan Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Musa r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Jenguklah orang sakit,berilah makanan kepada orang orang yang lapar dan lepaskan orang yang ditawan."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Apabila kita menjenguk atau menziarahi  orang sakit,kita dianjurkan untuk menghiburkan atau menyenangkan hati pesakit.Sebuah hadis riwayat Ibn Majah daripada Abu Said al Khudri mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika kamu menjenguk orang sakit,maka hiburkanlah ia dalam menghadapi takdir.Walaupun ia tidak mengubah sesuatu,tetapi ia dapat memperbaiki jiwa pesakit."


Ibnu Qayyim al Jauziyyah dalam kitab beliau al Tib al- Nabawi menyebut : "Hadis ini mengandungi sebuah etika yang mulia dan termasuk dalam cara merawat yang paling elok, iaitu membawa kepada keadaan  yang biasanya dapat membaiki jiwa pesakit,contohnya seperti memberi ucapan yang pada kebiasaannya boleh menguatkan jiwa pesakit,bahkan akan merangsang panas dari dalam tubuh pesakit yang akan membantu menolak penyakit atau mengurangkan penyakitnya."


Menghiburkan jiwa orang yang sakit dengan menyebut perkara perkara yang menimbulkan kegembiraan sangat besar manfaatnya dalam rawatan penyakit ataupun sekurang kurangnya dapat meringankan penyakit yang dideritai.Ini kerana roh dan tenaga tubuh semakin kuat daripada tindakan tersebut.


Justeru,tubuh biasanya akan dapat melenyapkan unsur berbahaya yang ada padanya.Sering kita lihat,ramai antara pesakit pesakit di hospital atau seumpamanya,timbul semangat dan kekuatan kerana diziarahi orang yang dikasihi dan dimuliakannya.Dengan mengunjungi ,bertanya khabar,berbual dan bermesra bersama sama mereka,keadaan pesakit akan menjadi lebih baik.Demikian salah satu manfaat menziarahi orang sakit.


Apabila Rasulullah s.a.w menziarahi orang sakit,kebiasaannya Baginda s.a.w akan bertanya tentang apa yang dirasai dan diingini pesakit.Kemudian Baginda meletakkan tangan di atas dahi atau di dada pesakit,lalu mendoakannya serta memberitahu apa yang bermanfaat daripada sakitnya.Kadang kadang Baginda s.a.w berwuduk,lalu memercikkan air wuduknya ke tubuh pesakit.Baginda s.a.w kadang kadang mengucapkan satu doa kepada pesakit iaitu:


Maksudnya : Tidak apa apa,mudah mudahan menjadi pelebur dosa,insyaallah."(Riwayat Al Bukhari).


Semua yang dilakukan oleh Baginda itu jelas menunjukkan betapa besarnya sikap lemah lembut Baginda s.a.w kepada orang yang sakit.


Didoakan 70,000 Malaikat


Sesungguhnya amalan menziarahi orang yang sakit sangat mulia di sisi Allah sehinggakan dalam sebuah hadis ada menyebut: orang yang menziarahi pesakit seolah olah menziarahi Allah S.W.T.


Hadis tersebut riwayat Muslim,daripada Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya pada hari kiamat nanti,Allah Azzawajala berfirman yang bermaksud: "Wahai anak Adam,aku sakit.Kenapa kamu tidak mahu menjenguk aku? Manusia menjawab : "Wahai Tuhanku,bagaimana saya boleh menjenguk sedangkan Engkau ialah TUhan semesta Alam?' Allah berfirman yang bermaksud: " Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-ku si polan sakit,tertapi kamu tidak menjenguknya.Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu menjenguknya nescaya kamu mendapatkan Aku di tempat si polan." 


Orang yang menziarahi orang sakit akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat jaminan Syurga.Walaupun amalan ini nampak mudah,tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya.Kerana ganjarannya sangat besar sehingga Rasullullah s.a.w menyebut bahawa orang yang menziarahi orang sakit seolah olah ia berada di kebun Syurga.


Sebagaimana hadis riwayat al Tarmizi daripada Ali r.a,Rasullullah bersabda yang bermaksud: "Seorang muslim yang menjenguk sesama muslim pada waktu pagi,maka ia akan dimintakan oleh 70 000 malaikat sampai waktu petang.Dan apabila ia menjenguknya pada waktu petang,maka ia akan dimintakan oleh 70 0000 malaikat sampai waktu pagi serta ia mendapat jaminan buah buahan yang siap dimakan di dalam syurga.


Manakala hadis yang lain bermaksud; " Sesungguhnya apabila seorang Muslim menjenguk saudaranya sesama Muslim,maka seolah olah ia sentiasa berada Khurfah al-Jannah sehingga ia kembali." Seseorang bertanya, " Apakah yang dimaksudkan Khurfah al-Jannah itu? " Baginda menjawab" " Kebun Syurga (yang sedang berbuah)." (Riwayat Muslim).


Dalam kitabnya Riyad al-Salihin,Imam Al Nawawi meletakkan satu bab tentang sunat bertanya kepada kepada keluarga pesakit mengenai keadaannya.Hadis tersebut,diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a, bahawa Ali Bin Abi Talib r.a keluar dari rumah Rasulullah s.a.w sakit menjelang kewafatan Baginda.Kemudian para Sahabat bertanya : " Wahai Abu al-Hassan (Sayyidina Ali),bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w pagi ini?".Ali r.a menjawab : Pagi ini alhamdulillah,agak baik(hampir sembuh)."(Riwayat al-Bukhari)





2 comments:

  1. Bagus entry ni Haryani. Thanks for sharing. Teringin sangat nak jumpa wanita setabah haryanie ;D

    -rusyida-

    ReplyDelete
  2. Terima kasih.Perkongsian buat kita bersama.Insyaallah jika ada rezeki dan kesempatan ingin mengenali rusyida juga...

    ReplyDelete