Renung renungkanlah...
Beramallah.Setiap orang akan terdorong kepada apa yang ditakdirkan baginya.Jika dia ditakdirkan menjadi ahli syurga,maka akan terdoronglah dia kepada amalan ahli syurga.Jika dia ditakdirkan menjadi ahli neraka,maka akan terdoronglah dia kepada amalan neraka.(Pesanan Nabi s.a,.w).
Siapa yang mengira bahawa dia akan sampai kepada Allah S.W.T dengan amalannya, maka dia seorang yang membuang masa.Dan sesiapa yang mengira bahawa dia akan sampai kepada-Nya tanpa amalan,maka DIA adalah seorang yang berangan angan kosong.(Pesanan Syeikh Abu Said Al-Kharraz).
Sesungguhnya mencita citakan pengampunan itu telah memperdaya ramai orang sehingga mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan muflis (tidak mempunyai amal soleh langsung).(Pesanan Al-Hassan Al Basri).
Sesungguhnya orang mukmin tu berbakti dengan rasa takut kepada Allah S.W.T tetapi orang munafik itu membuat membuat kejutan sambil berasa aman dan sentosa. (Pesanan Al-Hassan Al Basri).
No comments:
Post a Comment