27 December 2011

Janji Allah

Maksud hadis :


"Allah S.W.T sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudara-Nya." (Riwayat al Tabrani).


"Sesungguhnya bagi Allah ada kaum yang diberikan kepada mereka nikmat untuk menolong hamba-hamba Allah.ia akan berkekalan di tangan mereka selama mereka menggunakannya untuk membantu orang lain.Kalau tidak ia akan ditarik semula dari tangan mereka dan akan diberikan kepada orang lain."


Hebat betul janji Allah kepada orang yang suka membantu orang.Di akhirat Allah akan bantu daripada diseksa dan di dunia Allah akan bantu kehidupan dunia.


Nabi juga menyatakan Allah akan menarik nikmat yang pada diri kita jika kita tidak membantu orang yang memerlukan.


Pun begitu,sikap tolong menolong semakin berkurangan di sesetengah tempat walaupun islam amat menuntut umatnya tolong menolong antara satu sama lain.Sikap individualistik patut dikikis terutamanya dalam kalangan generasi muda agar masyarakat penyayang dapat diwujudkan pada masa depan apabila negara kita menjadi negara maju.


Tidakkah kita hanya maju dari segi teknologi sahaja tetapi akhlaknya menyembah ke bumi.Ingatlah tanpa semangat bantu-membantu banyak masalah sosial yang negatif akan wujud.

4 comments:

  1. assalamualaikum,
    moga yanie sekeluarga tabah dan sabar selalu.
    sekalipun tanpa ucapan dan kata2, doa dan ingatan sentiasa saya hadiahkan.

    ReplyDelete
  2. Ahp,w'salam...Insyaallah,terima kasih.tak apa,saya faham.sama juga buat ahp sekeluarga moga sabar dan tabah selalu.

    ReplyDelete
  3. Naj MI,

    Terima kasih...Blog awak dah jadi blog kedua selepas blog ahp yang semestinya saya baca setiap kali online..Tersukan menulis..:)

    ReplyDelete