23 January 2011

treatment untuk hari ini

hari ni buat ECG TEST,degupan jantung juga tidak normal...samada berpunca dari Anemia atau faktor-faktor yang lain namun masih belum dikenalpasti walaupun telah mengambil masa yang agak lama dalam mendapatkan rawatan..Anemia dan Gastrik yang kronik masih tidak dapat diketahui sebab yang khusus,pemakanan juga semakin terjejas kebelakangan ini..mata juga agak kabur samada disebabkan penyakit saraf GBS atau penyakit lain yg belum dikenalpasti.Kalau apa yang dilihat pada simptom-simptom yg ada,doktor pernah syak adanya kanser namun masih belum dapat diberikan sebarang kepastian.
Doktor hendak masukkan saya dalam wad 1TD dimana wad ini kebanyakannya untuk pesakit yang menjalani kemoterapi dan telah diketahui bahawa ubat kemoterapi ini amat-amat berbahaya lebih-lebih lagi pada kanak-kanak,saya minta untuk ditempatkan di wad yang lain,namun diberitahu bahawa tiada kekosongan dan terpaksa menandatangani surat atas risiko sendiri bila pulang..dalam waktu yang sama bob mengalami kecederaan di kaki,doktor telah menjalankan prosedur x-ray dan alhamdulillah hanya ligamen sahaja terkoyak dan mungkin sukar berjalan dalam 2 atau 3 hari..semoga tidak bertambah serius...

4 comments:

  1. Semoga ALLAH memberikan kesihatan yg baik untuk Alia yg family

    ReplyDelete
  2. kak..

    takde apa yg dpt saya luahkan...saya cuma mampu BERDOA utk kesihatan yg lbh baik buat akak...

    teringin benar hati nie nk jumpa kak alia face to face... harap hari2 m'dtg akak lbh b'sinar & ceria seceria background baru akak nie..moga Bob juga cpt sembuh..amin

    ReplyDelete
  3. Puan Rizziela,insyaallah,amin.terima kasih banyak2 di atas doa yang diberikan.semoga puan sekeluarga diberikan kesihatan yg lebih baik dan sentiasa dilindungi Allah.amin.

    ReplyDelete
  4. PynGees,insyaallah,amin.terima kasih byk2 pd doa dan semangat yg diberikan.akak pun sama,doakan moga pyngees sekeluarga diberikan kesihatan yg lebih baik dan sentiasa dilindungi Allah.amin.jika dipanjangkan,ada rezeki,insyaallah satu hari dapat bersua.

    ReplyDelete