15 January 2011

Kehidupan ini,kasih sayang dan ujian dalam hidup..

Kesihatan lately ni amat-amat tak stabil,still tak dapat dikenal pasti dimana punca yg menyebabkan kesihatan makin worst dari hari ke hari sedangkan sudah berusaha sedaya upaya mungkin untuk kembali sihat dan cuba untuk berfikiran positif agar diri mampu menanggung kesakitan dan bebanan yang dirasakan makin berat dari hari ke hari.

Namun,walau seringkali ke HUSM dengan harapan agar mampu pulih dan setiap kali doktor beri pendapat untuk sebarang ujian ke atas diri atau keperluan untuk dimasukkan ke wad,saya akan terdiam dan terpaku seketika.Pada siapa saya nak luahkan?Apa yang harus saya pentingkan dulu?Buat masa ini terpaksa lagi saya tolak ke tepi atas faktor anak-anak dan beberapa masalah yang telah cuba saya elakkan.

Kadang kadang saya terfikir adakah saya mampu tempuhi ujian yang sedang saya hadapi ?Amat berat walaupun tak terdaya,walau teramat perit,walau teramat sakit,walau tanpa sesiapa yang memahami dan walau tanpa sebarang sokongan,apa yang pasti saya tiada pilihan,kerana anak2 masih dan amat2 memerlukan saya.Dan saya masih memerlukan dan teramat2 memerlukan mereka di samping saya.

Walau tanpa kudrat,walau tak bertenaga dengan kepala yang ibarat kosong,saya cuba cekalkan semangat untuk terus lagi berjuang.Air mata memang peneman sepi dan bukan untuk pinta simpati.Hanya sekadar luahan hati yang jika disimpan lagi memakan diri.Walaupun tekanan ini amat2 merbahaya buat saya,saya terima...Walau sepahit hempedu,hanya berharap adanya sinar di kemudian hari.

Walau sehebat mana yang saya lalui,tapi masih ada lebih ramai lagi yang derita...Ujian dan dugaan sebenarnya untuk mematang dan menjadikan kita lebih kuat di kemudian hari.Dan untuk kita lebih mendekati Yang Maha Esa.

Walau siapa pun kita,walau di mana pun taraf kita,jangan kita letakkan harapan dan sepenuh kepercayaan pada insan yang kita sayangi yang belum tentu menyayangi diri kita sepenuh hati kerna ianya mungkin boleh menghancurkan diri kita sendiri di kemudian hari..Sayangilah seadanya sahaja.Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan disebalik apa yang tersirat.


2 comments:

  1. betul tu...

    kita x blh terlalu menaruh harapan y tinggi pada pasangan kita.. sbb pjalanan masih pnjang.. tp itulah y paling lya takut tjadi dlm kehidupan ni. sbb selma ni mmg 100% lya bgantung pd fain.. xpela... syg seadanya,, takut, suatu hari nnti ianya akn melukai kita.

    & utk yani,,, byk b'istifar & bersabar :-)

    ReplyDelete
  2. lya,insyaallah.terima kasih.lya bertuah kerana memiliki dan dianugerahkan insan sebaik fain.lya jangan risau,dari renungan mata Fain jelas menggambarkan Fain seorang yg bertanggungjawab dan penyanyang.
    lya juga bertuah dan mempunyai Fain yg sentiasa mengambil berat dan menjaga kebajikan.Tidak semua bertuah untuk dapat teman hidup seperti Fain.yani doakan lya sembuh dan moga berkekalan dan menyayangi Lya selama2nya.

    ReplyDelete