07 January 2012

Bantulah diri sendiri...


Apabila kita bersedih.....yang ada cuma diri kita dan Allah...bantulah diri kita keluar dari kesedihan,masa ni kita amat memerlukan kehadiran seorang sahabat sebagai penambah sokongan diri kita.Wahai Allah,kurniakan padaku seorang sahabat dunia akhirat yang dapat membantu,membimbingku ke jalanMu,agar aku tidak tersasar jauh dari jalanMu..


Walau sebenarnya yang boleh memandu kita keluar dari kedukaan adalah diri kita sendiri dan iman yang tertanam di dalam jiwa kita...Jika tanpa iman dan keyakinan yang teguh terhadap Pencipta...jalan untuk kita tersungkur dalam kelemahan terbuka dengan amat luas.

Ya Allahu Ya Rabbi tetapkan hatiku..mantapkan imanku....Moga aku yakin dengan janji-Nya....Setiap ujian yang diberi ada hadiah di penghujung jalan.... Jangan biarkan dugaan yang sekali ini menjadi penghalang untuk terus menerima dari-Nya.Ya Allah,Perbaikilah diriku agar aku layak menerima hadiah dariMu... 


Moga aku semakin bijak dalam menangani kesedihan dan menjauhkan diri dari terus hanyut dalam emosi....


Air mata yang gugur moga mentarbiyah hati yang kusam dan kabur..


p/s: terima kasih AHP di atas nasihat dan bimbingan,Moga di berikan kesihatan yang baik,di anugerahkan usia yang berkat,di berikan kesejahteraan dan sentiasa berada di dalam rahmat dan di bawah payung perlindungan Allah Taala.amin ya rabbal alamin.

6 comments:

  1. Untuk berjaya dalam dunia ini, dalam bidang apa sekalipun, kita tidak boleh bergantun harap kepada orang lain kerana percayalah bahawa orang lain tidak mampu untuk membantu kita melainkan dengan kehendak diri kita sendir dan dengan pertolongan daripada ALLAH.

    ReplyDelete
  2. hanya Allah yg tidak pernah jemu mendengar rintihan dan keresahan hati krn DIA yang Maha pengasih dan penyayang.......

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Haryanie,

    Saya setuju, "sahabat" memang sedikit sebanyak akan membahagiakan kita. Saya doakan agar suatu hari nanti Allah hantar seseorang yg lebih dari seorg "sahabat" utk sentiasa bersama Haryanie dalam susah & senang ;-)

    -rusyida-

    ReplyDelete
  4. Khai...insyaallah,bergantunglah pada Allah..

    ReplyDelete
  5. Nza..

    benar kak,...hanya Allah yang maha mendengar,Maha Pengasih dan Maha Penyanyang..

    ReplyDelete
  6. W'salam...Rusyida,

    Insyaallah,amin..terima kasih..."Sahabat dunia akhirat"...

    ReplyDelete