Pabila Engkau memandang segala galanya daripada TUHANMU,yang menciptakan segala galanya,yang menimpakan duka,yang membuat keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu,pasti akan damailah hatimu.Mustahil Allah sengaja mentakdirkan segala galanya untuk sesuatu yang sia sia.Bukan kerana Allah tidak tahu derita hidupmu dan betapa retaknya hatimu tapi mungkin itulah DIA mahu kerana DIA tahu hati sebeginilah yang lebih lunak untuk dekat dan akrab denganNya.
Kebanyakkan kita mengganggap bahawa cabaran atau ujian hidup boleh melemahkan cita cita atau melumpuhkan keyakinan.Ini kerana dasarnya kita hanya mengingini yang mudah mudah dan tidak mahu menghadapi kesusahan apatah lagi cabaran hidup.Bagaimanapun,bagi orang yang beriman dan mahu memperkukuh akidah,cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangat untuk mengabdikan diri kepada ILAHI dan mempertingkatkan ketakwaan.
Rasulullah s.a.w sentiasa mahu menjadi hamba yang bersyukur meskipun baginda sudah dijamin tempatnya di Syurga.Begitu juga dengan nabi dan rasul rasulnya yang lain.Dalam sebuah kisah,Nabi Sulaiman mengungkapkan rasa syukur dianugerahi mukjizat dapat memahami bahasa haiwan lalu menyebut doa ini:
"Wahai TUHANku,ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang ENGKAU kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku,dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang ENGKAU redhai,dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmat MU - dalam kempulan hambaMU yang soleh - Surah An - Namlu :19.
Ya Allah,jadikan diriku sanggup menerima apa sahaja yang engkau berikan kepadaku.Ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang tidak membezakan antara penderitaan dan kebahagiaan supaya aku mampu menerima badai yang menerpaku sebagai nikmat daripadanya.amin.
Amin..... :)
ReplyDeleteNaj Mi,
ReplyDeleteInsyaallah,amin.terima kasih...:)