05 January 2012

Pergilah bersama titisan air hujan...

Batuk yang makin kronik,kalau batuk sampai tercungap cungap,susah nak bernafas.Keletihan menjadi jadi,restless sangat.Sehari dua ni kalau batuk je rasa macam nak pitam,cuba relaxkan diri,genggam tangan kuat kuat.Cuba bernafas dalam dalam.Bertahan,bertahan..Teknik merawat sendiri..Sesape kat sebelah yang nengok macam mana  batuknya sampai gerun...Cam mana la boleh tahan,tup tup jangan dah pengsan sudah...


Dalam badan yang tak sihat ni semalam boleh ke Rantau panjang.Kononnya nak ambil barang( toto narita)ada order,tapi sampai sana stok tak ada.Rupa rupanya rantau panjang baru lepas banjir.Cancellah order.Tiada rezeki namanya.Beberapa minggu ni memang ke hulu ke hilir..Tak leh nak rehatkan diri.Badan lagila melidi dan bibir yang tak yah pakai lipstik,pucat putih.So sesapa yang tak kenal sure seram nak datang dekat.Nampak gaya memang macam tak sayang diri langsung kan,nak wat macam mana...


Hari ini,dah berapa kali hampir pitam.Terhuyung hayang gayanya macam overdose ubat je.Mata ni makin kelabu,kepala kebas.So bila jadi gini,cepat baring tanpa bantal.Cuba rehat  sekejap dan tenangkan fikiran dan cuba kuatkan diri.Masa tu cuba bayangkan dan renung anak anak.Cari kekuatan dan berdoa dalam hati.Bila si kecil tanya,"kenapa mama?Mama sakit lagi ke?..Jawapan yang senang,mama nak tidur.Beginila selalu menahan penyakit ini..Kadang kadang rasa serik nak ke hospital,dulu hospital dah ibarat rumah kedua..



Kadang-kadang seseorang itu akan nampak kuat pada pandangan manusia lain,
tapi tiada siapa tahu apa yang ada dalam hatinya.
Yang tahu segalanya apa yang terzahir dan tidak,
hanyalah ALLAh Ta’ala, Pencipta Yang Maha Agung.

p/s: Berjalan dalam tiitisan hujan menangis semahunya,tiada siapa yang mendengar kan,buanglah kesedihan,keperitan,dan kesusahan....pergilah bersama air mata yang mengalir bersama titisan hujan...



12 comments:

  1. Semoga akak cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. semoga alia terus diberi kekuatan dan akak doakan agar kesihatan alia brtmbh ok......

    ReplyDelete
  3. "Kadang-kadang seseorang itu akan nampak kuat pada pandangan manusia lain,
    tapi tiada siapa tahu apa yang ada dalam hatinya.
    Yang tahu segalanya apa yang terzahir dan tidak,
    hanyalah ALLAh Ta’ala, Pencipta Yang Maha Agung."

    YANIE, SAYA SENTIASA DOAKAN DLM SETIAP SUJUD AKHIR SOLAT FARDHU SAYA. SAYA BACA DAN TAIP KOMEN INI DALAM SEBAK DAN MATA BERKACA.

    ReplyDelete
  4. i believe it's not easy to be in ur shoes, alia. bertabahlah! semoga Allah sentiasa bersamamu.

    ReplyDelete
  5. macam awak cakap kebelakangan ini awak tak cukup rest kehulu dan ke hilir, may be kena lebih kan rest tu. Jangan paksa diri buat sesuatu sehingga boleh buat badan menjadi penat.

    Saya doakan moga alia kembali sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  6. kak,knpa x ckp dkt yg akak penig nk pitam.klu khai thu mcm tu khai blh tlng bwk hospital..insyaAllah khai blh bantu..apa yg termampu...kesian tgk akak.pucat jew muka.btuk x henti2,mcm khai dulu,skrg dh kurg dh..

    ReplyDelete
  7. Anonymous One,

    Amin.Insyaallah..terima kasih doakan akak.moga adik juga diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat,dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  8. Puan Nza,

    Amin.insyaallah,terima kasih banyak banyak kerana mendoakan saya.saya juga doakan akak semoga diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  9. Ahp,

    Amin.Terima kasih banyak banyak kerana mendoakan saya.Saya juga doakan ahp sekeluarga diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.moga Allah beri kesabaran,ketabahan yang luar biasa dan kekuatan pada ahp sekeluarga.amin...

    ReplyDelete
  10. lifejacket,

    Amin...insyaallah.terima kasih kerana mendoakan saya.sy doakan juga semoga diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat dan sentiasa berada dalam rahmat dan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  11. Naj mi,

    Memang betul kata awak.bukan tak nak rehat,nak sangat tapi keadaan kurang mengizinkan..terima kasih banyak banyak kerana perihatin.awak pun sama take care.saya suka baca blog awak naj mi.blog wajib buka selepas blog ahp bila saya online.saya doakan yang sama buat awak,semoga naj mi diberikan kesihatan yang baik,dipanjangkan usia yang berkat,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  12. Khai,

    Khai tengah kerja,akak tak nak menyusahkan khai..khai pun penat.anyway,terima kasih banyak banyak...khai pun kena jaga kesihatan sama..

    ReplyDelete