04 January 2012

Terkenang..

Ya Allah...aku redha dengan penyakit ini,aku redha dengan ujian ini....Berikan aku kekuatan dan ketabahan..


Makin diri ini kuat,makin diuji..tapi inilah lumrah dalam kehidupan.Selagi kita bernafas,kita tak akan dapat lari dari ujian.Begitulah iradah Allah dalam mengatur ujianNya dalam bentuk kesusahan dan kesukaran.Semata mata untuk menghidupkan jiwa kita, menguatkan hati kita  dan mengukuhkan pendirian kita supaya hati kita sentiasa bergantung pada kewujudan dan kebesaranNya.


Pelbagai peristiwa yang tidak mampu diterjemahkan dalam penulisan ini,berlegar legar di kepala.Pengalaman duka silih berganti.Sehingga kini,menyendiri bersama anak anaklah jalan yang dipilih.Pengalaman yang lepas cukup membuatkan diri menjadi kebal perasaan.


Pengalaman tika lumpuh yang masih segar dalam ingatan,beberapa hari pertama ditinggalkan.Lewat malam yang amat suram,aiman menangis tanpa henti,dalam keadaan yang amat lemah cuba gagahkan diri untuk membancuh susu.Sambil mengengsot,merangkak ke dapur.Aiman dan bob mengikut dari belakang.Bob pula memanjat kerusi untuk mengambil air panas buat adik.Saya nak ambil tak sampai..Masa tu hati meraung menangis tak terkira,hati terasa amat sebak..Cuba hubungi papa Aiman tapi hampa telefon ditutup.Dalam hati,tertanya tanya.."Kenapa abang sanggup pergi?Mana Abang sekarang?Saya amat amat perlukan abang.Kenapa abang tinggalkan saya begini?Apa salah saya?Sebab saya sakit,ibarat patung?Saya jadi bebanan buat abang?Abang saya tak minta sakit.Saya tak minta.Ini ujian buat saya juga buat abang.Salahkah abang bantu saya?Bosankah abang menunggu saya yang makin teruk.Badan yang makin melidi.Kalau tak kuatkan hati,tak tahula apa jadi.Kalau abang yang sakit,saya tak akan sesekali tinggalkan abang.Bukan senang untuk tabah dalam hal begini.Segalanya yang dah terjadi...


Tiada siapa yang dapat menghalang Qada dan Qadar..Sakit bukan satu bebanan,ia juga adalah ujian Allah.


Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.Ingat itu...
Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa…?
Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.Kerana apa…?Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.

p/s: bukan simpati yang saya pinta,sentiasalah beringat sebagai seorang wanita.Apa sahaja mampu terjadi..Moga ada jaminan untuk masa depan jika terjadi sesuatu.Ingat anak anak,mereka bukan mangsa.Mereka juga inginkan kehidupan yang terjamin.Banyakkan berdoa..

8 comments:

  1. yanie,berat mata mmndg berat lg bahu yg memikul...hati menangis membaca luahan ini...moga bahagia milik yanie...

    ReplyDelete
  2. mumme,amin..sama juga buat mumme.moga bahagia dunia akhirat.amin..

    ReplyDelete
  3. besabar la kak,dri dulu hingga kini itu saja yg khai mampu kata,khai thu beban yg akak lalui itu sungguh berat bgi seorg isteri dn jga seorg ibu yg penyayang..tpi wlau bagaimana pun akak kena kuatkan diri...jgn sesekali berputus asa.khai dpt merasakan keperitan yg akak lalui...begitu susah utk di lalui oleh org lain.nnti pergi cek batuk kt husm..risau jgk khai..klu jdi apa2.

    ReplyDelete
  4. yani.. lya harap yani tabah & menerima dgn redha sgala ketentuan allah swt. lya pcaya betapa bnyak pahala y diterima yani oleh kesabaran ni..

    utk lya pon.. hingga ke hari ni sentiasa bsedia dr segi mental n fizikal.. takut sesuatu y x diingini blaku suatu hari nnti.. mmglah stakat ni suami lya msh disisi.. tp d msa depan?/ pjlanan masih pnjang.. mudah2an dia sbr dgn lya hingga lya menutup mata ni..

    btl la... mmg smua org kna sentiasa bringat.. trutamanya y sihat... y sdg bahagia bsama y tsyg... sebab semuanya blh hilang dlm sekelip mata jer...

    tak pe.. yani truskan hidup.. kuatkan semangat demi anak2 y tsyg.. btl kata yani.. anak bknlah mangsa di atas setiap pnderitaan y kt alamai.. sebaliknya anak ialah anugerah y hdir disaat kt tjatuh,,

    ReplyDelete
  5. Khai,

    terima kasih khai...akak ingat sokmo nasihat khai..tapi tulah kan kita ni tetap manusia biasa.ada masanya terkenang juga kisah kisah lama..moga apa yang berlaku akan lebih menguatkan diri.khai,penat sangat doh nak gi hospital,tapi nak kena gi juga gayanya ni..take care khai

    ReplyDelete
  6. Lya,

    insyaallah,terima kasih banyak2 atas doa dan semangat dari Lya.Lya jauh lagi kuat dalam bertahan atas penyakit Lya.salah satu insan yang hebat.sy doakan lya juga diberikan diberikan kesihatan yang baik,kesembuhan,dipanjangkan usia yang berkat dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah.amin.

    Pasal fain,ikhlas dari hati.lya jangan bimbang.dia seorang suami yang baik dan penyanyang.Dia terima Lya dari awal lagi.Terserlah keiklasan dan kasih sayang pada Lya.saya tengok fain amat berbeza.dia nampak matang dari usia.Memang jelas kelihatan kasih sayang pada Lya dan Asya.Lya,jangan risau.Percayalah fain berbeza.Sy juga doakan agar fain tetap setia bersama Lya.Moga bahagia dunia akhirat.Lya banyakkan berdoa.Insyaallah.

    ReplyDelete
  7. bkan nmpak gaya dh ni kak,nmpak bakat skali doh ni..erm..penat nya rasa..ingat 5 perkara
    1.mkn kna jaga.
    2.kesihatan pon kena jga
    3.jga tekanan..akak pasti b0leh
    4.jga aiman ngan bob baik2
    5.kuatkan semngat,jgn sesekali berputus asa.

    ReplyDelete
  8. khai...

    terima kasih byk2..perihatin sungguh ko akak..insyaallah,akak ingat pesanan khai sokmo..khai bakat apa tu?juara tahan sakit ke?manala boleh gitu.hehehe..akak ni pun bukannya tak risau tau..

    ReplyDelete