Hari yang berlainan,berbuka puasa dengan roti... Hari ke 15 Ramadhan
Harri ke 16 Ramadhan
Detik detik yang di lalui di bulan ramadhan..Detik yang terlalu berharga bagi saya kerana beberapa tahun sebelum ni saya tak mampu untuk merasai nikmat ramadhan..Dan entah masih berpeluang bertemu lagi atau tidak ramadhan yang akan datang.Sungguh sangat tenang berada di rumah Allah..Lupa sejenak segala masalah.. Saat yang tidak akan saya lupakan setiap kali berterawih... insyaAllah... adalah apabila sampai ke bahagian berselawat. Gegaran selawat beramai-ramai setiap kali selepas selesai empat rakaat solat sunat terawih cukup menusuk hati hingga membuatkan diri ini semakin rindu akan kekasih Allah. Dengarkanlah bersama dan teruskan berselawat wahai teman. Moga-moga selawat yang kita laungkan itu akan didengar oleh baginda Rasulullah SAW. Insya-Allah...
Renungan bersama...
Munajat Ramadhan..Perkongsian tentang satu doa. Sungguh menusuk kalbu doa Bahasa Melayu yang dikhabarkan dibaca seorang Imam selepas solat terawih. Dan menariknya doa ini, dikarang Tok Imam itu sendiri.
Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim...
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu Ya Alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yamg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami umtuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatiMu ya Allah…
Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…
Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami . Setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami...kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu . Ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezaki kepada keluarga kami...kau gantikanlah dengan keampunan yang membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan...Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh . Golongkanlah mereka dalam orang-orang yang Kau redhai, Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMu..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yang baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah Ya Aziz..
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada dikalangan kami, mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, Permudahkanlah urusan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka. Jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka. Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka. Jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…
Ya Allah Ya Malikul Mulk…
Ya Razak..Ya Fattahu Ya Alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaanMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya.. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…
Ya Allah….Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami. Temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan Lailatul Qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubah kami.. ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami di sana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurgaMu yang maha luas nikmatnya.
Aamiin, aamiin, ya robbal a'lamin.
- Pada hamba Allah, saya amat amat berharap jika ada yang sudi membantu..
ReplyDeleteI was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
liver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.