24 May 2012

Siapa yang tahu.........



Dalam hati tiada siapa yang tahukan... Senyum masih ada, tawa kadang masih terlihat dan gurauan itu juga masih di berikan, tidak ada yang tahu bahawa di sebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku  sebenarnya sedang terluka, ingin menangis saat itu, tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah yang mengetahui dalamnya hati , hanya Allah tempat mengembalikan semua rasa di dalam hati, hanya Allah pengubat perit di hati. Hanya dengan mengingat Allahlah, berusaha menenangkan hati ini.......


Ketika bersedih seboleh bolehnya ingin mengelak dari sesiapa yang tahu.Apa yang sedang menimpa diri.Begitu juga ketika hati sedang meraung dengan tangis,seboleh bolehnya masih lagi ingin cuba tersenyum.Cuma sebagai insan biasa kadang kadang memerlukan sokongan.Sekadar berkongsi rasa bukan memohon simpati..


Cukuplah diri sendiri yang mengetahuinya kerana masing masing juga ada masalah sendiri dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita curahkan, tempat kita berserah diri. "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."


Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah....Rangkaian kalimat ini  menggetarkan hati , menemani butiran air mata yang menitis satu persatu dari kelopak mata...........

Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan” (Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.) 

Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

Ya Rabb... 

Semua datangnya dari Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka hamba serahkan semua rasa ini kepadaMu Ya Rabb... Kuatkanlah hamba menghadapi setiap ujian yang Engkau berikan, Ikhlaskanlah hati hamba untuk menerima setiap takdir yang Engkau tuliskan kepada hamba. Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati maka hamba mohon teguhkan diri ini untuk tetap berada dalam kebenaran.Amin...


p/s: Setiap manusia ada perasaan kan...dan impian tidak semestinya tercapai tapi salahkah?Ia disertakan dengan doa.Tidak bermimpi tapi memohon dari Yang Maha Esa..Segalanya jika Allah izinkan.Hormatilah perasaan insan lain...

4 comments:

  1. jgn rasa bersalah dengan perasaan dan naluri. itu fitrah dan anugerah. yg penting kita kena hadapi segala ujian dgn tabah tanpa prejudis. keizinan ketentuan Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahp...Hanya Allah yang Mengetahui segalanya...Sentiasa dalam doa saya.Terima kasih banyak2...Hanya Allah yang dapat membalasnya..

      Delete
  2. amin...nice entri...sebetulnye stiap kesedihan cuba disembunyikan...salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan..

      Insyaallah...Kekuatan hanya dari Allah..

      Delete