Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
24 May 2012
Tak akan biarkan lagi...
Ibu...Tak akan biarkan ibu menangis lagi..........
Selagi mampu akan di tepis segalanya...
Selagi serpihan kudrat ini ada..
Akan diperjuangkan...
Cuma suratan takdir tetap tidak mampuku tepis..
Sungguh ribuan sesalku..
Tapi apakan dayaku menepis suratan takdir Illahi...
Ku ingin melihat lagi senyum tulusmu yang manis...
Sebelum masa untukmu di dunia habis...
Maafkan daku membuatmu cucurkan air mata...
Maafkan daku,nasib anakmu membuatkan hatimu patah..
Maafkan aku menyebabkan ibu turut menderita dalam deritaku..
Ibu,hapuslah airmatamu...
Jangan simpan didada mu tumpukan duka...
Lapangkan dadamu...
Akan ku perjuangkan nasib ini...
Diri ini makin lemah bila ibu begini...
Akan ada sinar satu hari nanti..
Yakinlah ibu....
Ibu,ku mohon hapuslah air matamu..
Aku tidak mampu melihatnya.
Ibu,bila mendengarkan rintihan ibu..
"Sedih hidup macam ni"...dalam sebak ibu menahan segalanya...
Ini dugaan dari Ilahi,bertabahlah ibu...
Maafkanku kerana ibu turut merasa tempiasnya...
Hati ini menangis semahu mahunya..
Kesedihanmu membuatkan jantung ini seakan berhenti..
Membuatkanku meratapi nasibku..
Dan membuatku menangis semalaman sendirian..
Menggeletar menahan segalanya...
Tak akan ku biarkan lagi ibu....
Ibu..Jangan putus doakanku.....
Moga ada sinar untukku buatmu ibu.....
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang akan di tempuhi nanti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum...
ReplyDeleteJanganlah berputus asa kerana sifat sedemikian bukan akhlak Muslim. Bangkitlah dan bersabarlah dalam menghadapi rintangan-rintangan dan ketidakindahan di atas jalan kebenaran. Mengertilah bahawa dalam kesusahan ada kemudahan.
Moga dirimu dibekalkan Allah SWT kekuatan untuk mengharungi kehidupan yang sementara ini...aamiin
Assalamualaikum,
ReplyDeleteAmin.insyaallah.saya tidak berputus asa,ada masanya rasa tak mampu..saya tetap cuba kuatkan diri tapi Allah lebih mengetahui segalanya.Terima kasih banyak banyak kerana perihatin dan mendoakan saya.Hanya Allah yang dapat membalasnya.