15 May 2012

Hanya ini yang ada padaku...


Hanya ini yang ada padaku...

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat......

    Ya Rabb, jangan biarkan diri hamba melangkah di dunia ini bersendirian tanpaMu, Ya Rabb rahmatilah diri ini dengan rahmat-Mu, iringi setiap langkah hamba dengan redha-Mu, sayangilah hamba dengan cinta-Mu,berkatilah rezeki hamba. Lindungilah dan pimpinlah hamba agar tidak tersasar dari JalanMU............................
Ya Rabb, kabulkanlah permohonan hamba. Aamiin Ya Rabbal Aalaamiin.

10 comments:

  1. Hanya ini yg ada padaku
    Tanpa ibu
    Tanpa bapa
    Tanpa datuk nenek
    Tanpa abang adek
    Tanpa suami isteri
    Sendiri menjalani kehidupan
    dunia yg fana
    Segalanya hanyalah pinjaman
    Tuhan
    Kau Maha Pemberi
    Kau Maha mengambil semula
    segalanya...

    hanya ini yg ada padaku
    secebis amal yg pernah ikhlas
    Suatu ketika diduniawi dahulu...

    ReplyDelete
  2. sentiasa dalam doa, ingatan dan kasih sayang kami sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahp sekeluarga sentiasa dalam doa...

      Allah knows everything...

      Delete
  3. Salam yanie...Semoga doa & rintihan yanie,ALLAH makbulkn.Dgn kesabran pasti satu hari ada sinar yg menanti kehidupan yanie sekluarga.InsyaAllah.

    salam sayang dr kak atie...Selamat hari ibu yanie:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum kak,amin.insyaallah,Allah Maha Mendengar...Se lamat hari Ibu juga buat akak..

      Setiap hari adalah hari ibu...:)

      Delete
  4. Salam Yanie..harap terus tabah dgn dugaan hidup. Betapa bertuahnya anak2 Yani ada seorang ibu seperti Yani.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,insyaallah..Terima kasih.

      Anak anak adalah amanah dan anugerah dari Allah Taala.harta yang amat bernilai...

      Delete
  5. Assalamualaikum...

    Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila Allah telah mencintai hamba~Nya, maka Allah turunkan bala ke atas hamba~Nya itu dan Allah ikatkan bala~Nya atas hamba tersebut. Apabila hamba itu berdoa, maka para malaikat berkata: Wahai Tuhanku, itu hambaMu si fulan, sampaikanlah hajatnya. Allah menjawab: Jangan campur tangan pada hambaKu itu. Kerana sesungguhnya Aku cinta dan sayang mendengarkan suaranya berdoa dan bermunajat. Apabila si hamba berkata: Wahai Tuhanku! Maka Allah menjawab: Selamat wahai hambaKu dan bahagialah engkau. Tidak kamu seru sesuatu kepadaKu melainkan Aku perkenankan buatmu. Dan tidak Engkau mohon sesuatu padaKu, melainkan Aku berikan dan Aku perkenankan buatmu. Ada kala Aku segerakan kepadamu apa yang kamu pinta. Ada kala Aku simpan di sisiku sesuatu yang lebih baik buatmu. Dan ada kala Aku hindarkan bala darimu dengan doa tersebut, yaitu (dihindarkan) dari cubaan dan bala yang lebih besar dari yang tersebut."

    Moga Allah perkenankan doamu...aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum.

      Amin.insyaallah,Terima kasih banyak2.

      Moga en dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.Hanya Allah yang dapat membalasnya...Terima kasih banyak2..

      Delete