Terdapat juga keadaan di mana penderma menderma darah dalam masa ‘window period’ ataupun masa pengeraman. Window Period marupakan satu tempoh masa antara waktu kuman/virus memasuki badan hingga ke waktu badan menghasilkan antibodi untuk menentang kuman/virus tersebut.
Oleh itu penderma yang baru dijangkiti kuman/virus sesuatu penyakit dan menderma darah ketika waktu window period, ujian darahnya kemungkinan besar menghasilkan keputusan negatif (kehadiran kuman/virus gagal dikesan).
Dalam keadaan tersebut, walaupun ujian darah menunjukkan darah yang didermakan itu bebas dari jangkitan kuman/virus, risiko penderma tersebut merebakkan kuman/virus kepada penerima melalui pemindahan darah wujud.
Darah yang dipindahkan tidak sesuai dengan sistem daya tahan badan penerima
Kadang-kadang darah yang dipindahkan boleh menyebabkan penerimanya mengalami kesan sampingan walaupun ujian keserasian menunjukkan darah penderma dan darah penerima adalah serasi. Ini kerana Sistem Daya Tahan Badan (immune system) penerima tidak dapat menerima darah tersebut dan dengan itu mengakibatkan kesan sampingan selepas pemindahan darah
No comments:
Post a Comment