Sebuah kisah yang di petik daripada buku Bila Allah Menduga Kita.
Seorang anak sedang bermain di atas lantai sambil melihat ibunya yang sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menyulam. Dari bawah si anak itu melihat sangat hodoh hasil sulaman si ibu. Apa yang dia lihat hanyalah sulaman benang yang tidak mencorakkan apa-apa melainkan hanyalah benang-benang yang tidak tersusun dan tidak menarik untuk dilihat. Si ibu lalu memanggil anaknya untuk bangun dan melihat sulamannya dari atas. Apabila dilihat dari atas, barulah si anak nampak betapa cantik dan indahnya sulaman si ibu. Ianya memang sangat-sangat berbeza dengan apa yang dilihat dari bawah.
Begitulah perumpamaan ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Apabila kita ditimpa musibah, kita berasa sedih dan marah. Kita berasa tidak gembira dengan ujian dan dugaan yang diberikan Allah kepada kita. Tetapi dari 'atas', Allah melihatnya sebagai satu kebaikan untuk diri kita. Mungkin ujian itu adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil agar kita terlepas daripada seksaan api neraka. Mungkin juga ujian yang diturunkan itu adalah untuk menguatkan lagi keimanan kita kepadaNya. Hanya kita sahaja yang tidak sedar dan memahaminya.
salam Yanie.apa kabar?semoga dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh kesabaran & kekuatan diri yer...
ReplyDeletesebagai salah seorang yg berdepan dgn ujian Allah,
ReplyDeletesaya akui bahawa segala ujian ini terlalu byk hikmahNya.
Salam kak atie,pohon maaf byk2 sebab lambat reply.kesihatan memang tidak menentu.terima kasih kak.moga akak sekeluarga juga dapat menjalani ibadah puasa dengan baik...moga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.
ReplyDeleteujian dan dugaan memang banyak hikmahnya,moga tabah menghadapi segala ujian dari Allah...
ReplyDelete