17 August 2011

17 ramadhan,17 ogos

Hari ni genap 17 hari umat islam berpuasa,hari ni juga adalah hari nuzul al-quran.Pada hari ini juga ialah hari lahir saya dan hari ini juga saya telah di masukkan ke wad dari petang semalam kerana tranfuse darah namun masih cuba berkongsi hari-hari yg masih ada.Cuba bertahan dari di masukkan darah lagi tapi hemoglobin makin kurang.Semoga di bulan rahmat ini beroleh semangat, dan keberkatan agar lebih tabah dalam menempuh ujian dan rintangan kehidupan.

"mama darah dah nak habis,kejap lagi boleh balik"keluh aiman... seronok dia tengok bila dah hampir selesai transfuse.Lepas tu,nurse sambung masukkan drip pula,dia duk perhatikan je air drip tu,mama nanti habis air boleh balik.Kesian setiap kali melihat reaksi anak2,apa yang aiman faham atas apa yang sedang di lalui oleh ibunya..






5 comments:

  1. Salam Kak..

    Lama sgt saya tak b'peluang visit blog akak nie.. apapun bila t'kenang, secebis doa saya titipkan utk akak... Selamat Hari Lahir... Moga sentiasa dikurniakan Allah ketabahan & kekuatan dlm menempuh dugaanNya... saya tahu akak cukup kuat...Allah takkan menguji diluar batas kemampuan kita...amin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari lahir yanie...semoag masih dan terus kuat demi anak2 yang tercinta. Shiela ucapkan selamat menyambut bulan Rmadhan yang mulia ni dengan penuh keberkatan tuk yanie sekeluarga. Selamat menyambut hari raya :)

    ReplyDelete
  3. Salam PynGees,insyaallah,amin.terima kasih byk2 di atas doa dan semangat yang diberikan.Selamat menjalani ibadah puasa.Buat PynGees juga,moga tabah menghadapi segala dugaan dengan penuh kesabaran.Moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan...

    Salam sheila,insyaallah,amin.Sama juga pada sheila sekeluarga Selamat menjalani ibadah puasa dan moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan..

    ReplyDelete
  4. Selamat ulang tahun kelahiran Yanie, harap Yanie trus tabah dan dapat bertahan dgn segala ujian Allah. Sediah bila mengenangkan nasib Yanie n ank2...

    ReplyDelete
  5. happy belated birthday kak, saya ada hantar sms.. xtau kalau kak dapat ke x??

    apa2 pun stay strong ye kak !!!

    our prayers with u

    ReplyDelete