Cuba hayati nukilan rasa...dipetik dari buku indahnya hidup tanpa derita"
Tatkala rindu itu membelasah hatiku
Dan aku sunyi serta putus harap
Dalam gelap relung hati yang sempit
Dan sesak nafas yang merompak tenang jiwaku
Setia tubuhku yang taat merempit kecewa
Aku gagahi jua
Memilih untuk berdoa
Kadang kadang nafasku lemas dalam ombak rasa
Ribut yang meremuk rasaku
Mata dan fikir yang membinasa senyumku
Aku gagahi jua
Selagi nyawaku bersisa
Jika aku ini tiada makna
Mengapa lama aku di muka bumi ini?
Jika tiada peluang untukku
Mengapa terus aku gagah?
Olok olok mendustai hatiku
Bahawa aku ini tega dan lasak
Yang padahalnya
Aku ini lemah dan layu
Kering dan gugur
Kontang dan haus
Aku ini seorang
Hanya seorang
Mencekalkan hatiku yang diamuk resah
Mempertahankan diriku yang dinista fitnah dunia
Sungguh sunyi ini buatkan aku takut
Dan resah ini buatkan urat semangatku putus
Sungguh aku rindu
Untuk mengisi ruang hatiku
Dengan sesuatu yang lebih bermakna
Dalam nilai syurga nan abadi
~ hamba yang daif~
No comments:
Post a Comment