Saya amat2 berharap sokongan,semangat dan doa dari teman2 agar saya mampu menghadapi ujian ini dan mampu menempuhinya tanpa menghadapi kesukaran serta mempunyai kekuatan secukupnya dalam prosedur ini.Saat ini pelbagai persoalan masih bermain di fikiran dan semestinya anak2 menjadi keutamaan...Mana satu saya perlu utamakan?walaupun dr mengesyaki saya menghidap barah perut atau usus berdasarkan simptom2 yang saya alami,saya tidak akan dapat menerimanya selagi pengesahan yang tepat belum saya terima.Moga2 saya dijauhkan dari penyakit apa yang disyaki dr.
Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
08 February 2011
Hari ahad,temujanji bersama pakar neuro dan semalam(isnin) bersama pakar gastro dan Dr menerangkan bahawa keadaan saya yg makin tidak stabil disamping keadaan kesukaran untuk mengambil makanan kini.Dr telah memutuskan untuk membuat repeat scope atas dan bawah serta Barrium secara serentak dan saya sudah dimaklumkan bahawa kesemua prosedur ini harus dijalani secepat mungkin dan saya sendiri tiada keupayaan untuk menangguhkan prosedur ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Insyallah.. lya pon doakan semoga semuanya baik2 saja... sama gak macam lya.. masih dlm debaran y amat.. hnya tuhan yang tahu... ye la,,, org tgk kat blog cam lya xde apa2 je kan.. ekceli.. lya kalo blh dah tak nk tulis ttg kesihatan lya.. sbb.. lya pon xtau nape... biar tuhan ajer y tahu..
ReplyDeletelya pon kena buat eeg pada 17.2.2011 ni & MRI scan pada 24.2 ni... doc suspek ketumbuhan otak lya ada balik.. Dan awl2 lagi mmg lya dh rasakan mmg ketumbuhan tu ada balik, sbb mengalami simptom y sama mcm dulu.
apa2 pun.. semoga yani terus tabah & kuat dgn sokongan anak2 , family & kawan2.. lya pon terus doakan y tbaik buat yani dari jauh.. insyallah.. ada peluang kt jumpa lg yer
Semoga ALLAH sentiasa melindungi alya....insyallah..dijauhkan dari sebarang penyakit yg merbahaya
ReplyDeleteSemoga terus kuat menerima ujian dari ALLAH ini...kami sentiasa mendoakan kesejahteraan Haryani
semoga tabah yer Alya...semoga selamat menjalani prosedur tersebut.
ReplyDeletelya,insyaallah,amin..terima kasih pada doa dan semangat dari lya.juga doakan lya moga diringankan segala penderitaan dalam menanggung setiap kesakitan dan diberikan kesembuhan.amin.minta jauh dari penyakit berulang kembali.moga lya tabah dan diberikan kekuatan yang luar biasa untuk terus menempuh segala ujian ini..
ReplyDeleteRizziela,insyaallah amin..terima kasih kerana perihatin,terima kasih pada doa dan semangat yg diberikan..moga2 dapat bertahan..moga rizziela diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi Allah.amin.
ReplyDeleteena,insyaallah,amin..terima kasih pada doa yg diberikan.juga mendoakan semoga ena diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi Allah.amin.
ReplyDelete