13 December 2010

Sifat terpuji: Belas Kasihan

Bila kita bertanya orang di sekeliling; "apa makna belas kasihan?" atau; "boleh tolong beri maksud belas kasihan?" Kita kemungkinan besar akan menerima berbagai-bagai jawapan dan olahan. Orang lain menyifatkan pekerti yang mulia itu sebagai perhatian dan keikhlasan yang ditunjukan oleh sanak saudara kepada mereka apabila sakit. Yang lain pula menganggap seorang kawan yang menangisi seseorang yang sudah mati sebagai satu "tanda kasihan'. Definasi tersebut sebahagian besarnya mempunyai persamaan antara satu sama lain. Namun tiada satu pun yang memberikan definasi belas kasihan dalam maksudnya yang sebenar.

Asas kepada sifat belas kasihan yang sejati ialah kasih terhadap Allah.
Kasih seorang individu terhadap Allah membimbingnya ke arah merasai satu hubungan yang amat rapat dengan semua makhluk ciptaanNya; bersimpati dan kasihan terhadap mereka. Bertolak daripada sifat kasih dan cinta yang mendalam kepada Allah yang mencipta mereka dan juga sesama manusia lain, maka kelakuannya terhadap orang lain selaras dengan akhlaq yang murni seperti yang digariskan di dalam Al-Qur'an. Dengan mematuhi suruhan Allah dalam mengamalkan sifat mulia ini.

Al-Quran Surah Al A'raaf ayat 151, yang bermaksud:

[size=13pt]سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِأَخِى وَأَدۡخِلۡنَا فِى رَحۡمَتِكَ‌ۖ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (١٥١)


Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani. (151)

Melalui sifat belas kasihan ini maka akan melahirkan juga sifat pemurah, sifat sentiasa ingin bantu membantu dan sifat-sifat terpuji yang lain. Sebenar, Allah kadang-kadang memberikan ujian kepada orang lain, tetapi ia juga memberikan kesempatan kepada kita untuk menguji sifat-sifat terpuji yang kita miliki. Jangan kita fikirkan orang lain yang mendapat dugaan, kita yang melihat tidak terkena tidak dapat apa-apa. Adakah jika orang lain terkena ujian kita ini hanya sekadar melihat sehaja, tanpa ada sifat belas kasihan ingin membantu dan jika perlu turut berkorban wang, masa dan harta benda?

No comments:

Post a Comment