30 December 2010

Kurang darah merah...bertahan dan bertahan...Belum dapat buat rawatan lanjut.Anak2,sekolah dah nak buka..Doktor banyak nak buat investigate punca anemia,repeat colonoscopy,,ct scan dan bone marrow failure...

Darah merah,darah putih turun naik...Mana satu yang nak di dahulukan,kesihatan yang tak stabil,anak?...


29 December 2010

Semalam temujanji dengan hematologi,ambil darah dan masuk drip..Badan masih lagi kekurangan air.Darah merah masih lagi rendah...Berulang alik ke hospital.Doktor nak tambah darah tapi masih lagi cuba elakkan dari tambah darah.Dah berapa kali terima darah..Risau dengan kesihatan.Sekolah anak2 dah nak bermula.

28 December 2010

Happiness

Happiness is not just about smiling and laughing. If you see a person who always laughing and smiling, are you sure that he or she are really happy? Sometimes those smiling and laughing is a way for them to hide their sadness. They are not really happy with their life.

It does not mean when you always smiling you are really happy inside of yourself, but happy means that you are really satisfied with what you have now. I’m satisfied, content and happy with the give of my life. I am lying if I say that I’m never feeling sad, but generally, I AM HAPPY.

The great key to happiness is SYUKUR and REDHA. Syukur for what we had and redha for anything happen in our life. Islam is great right? Islam teaches us these two keys of life. The keys that will make us happy and content. The keys that will make we feel peace inside. If you feel sad now, and unsatisfied with your life, try this.

Be grateful with what you have, redha with anything happen in your life and believe that there is something good (hikmah) behind anything happen. Have faith in fate; qada’ and qadar, have faith in Allah. Whatever Allah decides is the best for us, believe this because He knows everything happen in this universe, even a leaf falling from tree. Take a look to those unfortunate and less fortunate than you, and then compare to yourself, see if you are the most unfortunate person in the world?? Think of that, and I’m very positive the answer is ‘ NO’.

Alangkah bertuahnya jika sihat....


Betapa bernilainya nikmat kesihatan,sungguh bernilai.Jagalah nikmat ini...Amat2 berharga...Kalau diri ini dapat menikmati nikmat kesihatan,betapa bersyukur...Walau pahit,saya redha dengan dugaan ini.Di sebalik setiap dugaan akan ada sinarNya.Perit memang tak terkata,air mata memang peneman sepi..Tapi walau ia perit,banyak makna yang tersirat...

Setiap titisan air mata yang gugur,moga terubat segalanya..

26 December 2010

Setiap penyakit yang dihadapi kena kuat semangat..berfikiran positif..sekarang ni dengan kurang darah merah,bergerak pun terhuyung hayang.Mudah rasa kebas di kepala..Doktor nak masukkan darah tapi seboleh2nya dah tak sanggup penerimaan darah lagi.cuba bertahan n bertahan...Doktor syak ada barah...suspect barah dalam perut...moga dijauhkanlah.Rawatan belum diteruskan...Sebelum ni dah banyak test dah buat dan banyak test nak kena buat lagi..

25 December 2010

Kesihatan agak merosot,ujian darah hari ni agak mengejutkan.sel darah merah dan sel darah putih agak rendah,bacaan hemoglobin pun pada aras 7.8 sahaja.anemia dan gastritis pun semakin kronik.ada pendarahan dalaman.harap ada kekuatan untuk menempuh semua ini demi anak-anak...sesungguhnya saya cuba untuk melawan kesakitan ini demi anak2 tersayang yang memerlukan kasih ibu disisi.Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan,kesabaran yang tinggi dalam menempuhi setiap dugaan dan ujian yang datang dan akan mendatang.

Risau dengan kesihatan ni,persekolahan ank2 pun dah nak bermula....

22 December 2010

Persekolahan dah nak bermula,kesihatan makin merosot...berikan kekuatan..segalanya harus difikirkan sendiri....
Kadang2 kita meminta pada Allah SWTsetangkai bunga yg indah,tapi Allah SWT berikan kaktus berduri,kita meminta kupu2,tapi diberikan ulat.Kita pun sedih,kecewa bahkan marah! Namun kemudian kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat itu menjadi kupu2 yg cantik.Itulah jalan Allah SWT ,indah pada waktu-Nya.Allah SWT tidak memberi apa yg kita harapkan,tapi Allah SWT memberikan apa yg kita perlukan.Kadang2 kita sedih,kecewa,terluka,berburuk sangka.Tapi jauh di atas segalanya,Allah SWT sedang merangka yg TERBAIk dalam kehidupan kita...agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha serta selalu saling memaafi sesama manusia,Insyaallah.

18 December 2010

Jangan bersedih...kekasih pilihan Allah akan dihadiahi dugaan hebat tanda KasihNya.Jalannya dihias duri duri luka,tidak dibiarkan lena dlm nikmat melimpah.Tapi dihidangkan keperitan susah payah yg tiada sudah.

ambillah hikmah di setiap peristiwa dalam hidup anda, maka kita kan sentiasa mendapat kan manfaat dari peristiwa tersebut.


jangan pernah fikir kita ini berbeza secara harfiah dan lahiriah, , kerana kita melangkah di bumi yang sama dan mend0ngak searah. .


Hidup terlalu pahit dan pedih jika tak diwarnai oleh hati yang redha dengan takdirNya.......senyumlah kerana itu tandanya Dia amat menyayangi umatnya......syukur alhamdulilah dengan kasihNya.....................semoga kita tabah dan kuat dalam menempuhi hidup yang teramat menguji iman ini..................


15 December 2010

Toto Good Morning Rm 85


Kualiti toto Good morning tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan toto narita cuma toto ini di datangkan berserta dengan set cadar saiz queen+2 pcs sarung bantal dengan corak-corak yang menarik yang kebanyakannya berwarna lembut khusus untuk meningkatkan suasana bilik tidur.



14 December 2010

Tilam kekabu dan sarung tilam









TANDA-TANDA SAKIT



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan
berhubung kait dengan fungsi badan yang
lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana
kesihatan diri anda kerana informasi ini
cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa
apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh
badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau
hospital walaupun sakit hanya datang
sekejap saja kerana mungkin dengan
datang sekejap adalah untuk memberi
clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan
hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi
paras toksin yang tinggi. Mata menjadi
merah menandakan badan kita sedang
dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku
pada waktu pagi. Menandakan proses
penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah,
pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga
menunjukkan badan mengandungi asid
berlebihan. iv) Keluar air mata : Gangguan
emosi yang bersangkut dengan hati atau
bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan
perasaan kerana tidak puas hati atau
bebanan yang berat.

2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan
rapat dengan paru-paru dan kerongkong).
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di
bahagian kerongkong. Badan mengandungi
asid berlebihan (biasanya suhu badan
meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi
toksin yang berlebihan. Proses
menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah
alahan hidung.

3. BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang
toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru
mengandungi toksin yang berlebihan.
Biasanya kahak pekat keluar selepas
beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong :
Proses membuang toksin di bahagian
kerongkong dan paru-paru, biasanya
berlaku pada orang yang banyak
merokok atau terdedah kepada udara
yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang
toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini
adalah tanda bahawa badan kita
memerlukan banyak air untuk membuang
toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras
keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem
penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh
sistem penghadaman yang kurang
sempurna dan mengakibatkan kekurangan
zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi
penghadaman dahulu dengan RG sebelum
memakan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut
mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan
fungsi jantung dan sistem pengedaran
darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit :
Menunjukkan jantung mempunyai masalah,
seperti lemak yang berlebihan, injap
menjadi lemah, saluran koronari tersumbat
dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi
pecah-pecah (ulser). Menandakan darah
mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses
penyeimbangan fungsi perut untuk
pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah
pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang
mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat
buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak
kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan
sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan
asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan
toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan
toksin yang berlemak dan toksin yang tidak
larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses
menyingkirkan toksin melalui kulit akibat
terlalu banyak memakan ubat yang
mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses
pembuangan toksin yang larut dalam
air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit
berkenaan.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi
buah pinggang yang lemah. Selepas proses
gugur, rambut akan tumbuh semula dengan
lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di
bahagian sendi berkenaan dan tandatanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit
lenguh (rheumatism).
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan
saluran darah telah menjadi keras dan
fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di
bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika
rasa kebas menjadi sakit di bahagian
lengan dan kekal di sana, ini menandakan
serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di
bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah
pinggang lemah. Biasanya disebabkan
oleh kekurangan senaman dan duduk
terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan
kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
Penyeimbangan fungsi buah pinggang
akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI :
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki
busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN A.
KEPALA. Secara amnya, segala tindak
balas yang berlaku di bahagian kepala
mempunyai kaitan dengan sistem
pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN
KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa
(neurosis) akibat bebanan mental dan
banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN
BELAKANG KEPALA i) Bahagian atas .
Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi. ii) Bahagian bawah (tengkuk).
Menunjukkan penyakit tekanan darah
tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR
DARI TELINGA :Menandakan penyakit
migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda
pembuangan toksin sedang berlaku.
Kadang-kadang dikaitkan dengan
penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran
darah tidak lancar.

b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang
sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang
sudah rosak di bahagian perut; misalnya
penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT .
Proses pembuangan toksin dari kerongkong
akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING Menunjukkan buah
pinggang mengandungi kotoran yang
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan
penyakit batu karang dalam buah
pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan
buah pinggang mengandungi kotoran
berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA
COKLAT : Menandakan proses pembuangan
toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu
karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR :
Membersihkan kotoran/keracunan dari usus
besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas
memakan RG, menandakan penyakit barah
di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus
kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir
atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser
perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan
proses pembuangan toksin di bahagian usus
sedang berlaku.

20. BADAN
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala
kesakitan badan adalah disebabkan saluran
darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan
urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam
badan.
iii) Sakit menyentap: Proses
menyeimbangkan urat saraf yang
berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan
pengaliran darah.
b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/
LENGUH . Badan mengandungi asid yang
berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan
mengandungi asid yang berlebihan. Ini
menandakan badan memerlukan banyak
air untuk menjalankan proses pembuangan
toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses
awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah
fungsi buah pinggang. Tenaga batin
lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH :
Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem
paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG
TANPA SEBAB : i) Sistem jantung yang
lemah. ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL :
Sistem penghadaman yang lemah.


13 December 2010

Sifat terpuji: Belas Kasihan

Bila kita bertanya orang di sekeliling; "apa makna belas kasihan?" atau; "boleh tolong beri maksud belas kasihan?" Kita kemungkinan besar akan menerima berbagai-bagai jawapan dan olahan. Orang lain menyifatkan pekerti yang mulia itu sebagai perhatian dan keikhlasan yang ditunjukan oleh sanak saudara kepada mereka apabila sakit. Yang lain pula menganggap seorang kawan yang menangisi seseorang yang sudah mati sebagai satu "tanda kasihan'. Definasi tersebut sebahagian besarnya mempunyai persamaan antara satu sama lain. Namun tiada satu pun yang memberikan definasi belas kasihan dalam maksudnya yang sebenar.

Asas kepada sifat belas kasihan yang sejati ialah kasih terhadap Allah.
Kasih seorang individu terhadap Allah membimbingnya ke arah merasai satu hubungan yang amat rapat dengan semua makhluk ciptaanNya; bersimpati dan kasihan terhadap mereka. Bertolak daripada sifat kasih dan cinta yang mendalam kepada Allah yang mencipta mereka dan juga sesama manusia lain, maka kelakuannya terhadap orang lain selaras dengan akhlaq yang murni seperti yang digariskan di dalam Al-Qur'an. Dengan mematuhi suruhan Allah dalam mengamalkan sifat mulia ini.

Al-Quran Surah Al A'raaf ayat 151, yang bermaksud:

[size=13pt]سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
قَالَ رَبِّ ٱغۡفِرۡ لِى وَلِأَخِى وَأَدۡخِلۡنَا فِى رَحۡمَتِكَ‌ۖ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (١٥١)


Nabi Musa berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yang Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani. (151)

Melalui sifat belas kasihan ini maka akan melahirkan juga sifat pemurah, sifat sentiasa ingin bantu membantu dan sifat-sifat terpuji yang lain. Sebenar, Allah kadang-kadang memberikan ujian kepada orang lain, tetapi ia juga memberikan kesempatan kepada kita untuk menguji sifat-sifat terpuji yang kita miliki. Jangan kita fikirkan orang lain yang mendapat dugaan, kita yang melihat tidak terkena tidak dapat apa-apa. Adakah jika orang lain terkena ujian kita ini hanya sekadar melihat sehaja, tanpa ada sifat belas kasihan ingin membantu dan jika perlu turut berkorban wang, masa dan harta benda?

MENCEGAH PENYAKIT KANSER ADALAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATINYA

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed ( kekacang dan bijirin ). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser).


Bolehkah pesakit kanser sembuh


Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram. Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Sedikit Info tentang sel kanser

Tahukah anda ~ bahawa setiap orang mempunyai sel kanser dalam badan mereka? Sel-sel kanser ini tidak akan menyerlah dalam ujian biasa sehingga ia telah berganda kepada tahap billion. Apabila seorang pesakit diberitahu bahawa dirinya telah bebas dari sel kanser, ia cuma bermakna bahawa ujian yang dijalankan tidak mampu mengesan sel kanser ini sehingga ia membesar kepada satu saiz yang boleh dikesan.

Apabila kemoterapi dilakukan ia bukan sahaja membunuh sel kanser yang cepat berkembang tapi juga sel yang sihat dalam tulang sum-sum, usus gastro dan lain yang akan mengakibatkan kerosakan kepada hati, buah pinggang, jantung dan paru-paru. Radiasi pula akan membakar, merosak dan membinasa sel-sel, tisu dan organ yang sihat. Walaupun diawal rawatan kemoterapi dan radiasi, saiz tumor akan mengecut tetapi rawatan yang berlanjutan tidak semestinya membinasakan tumor tersebut.

Apabila badan seseorang penuh dengan toksik hasil daripada kemoterapi dan radiasi, sistem imunnya sama ada akan beralah atau binasa dan menyebabkan pesakit mendapat pelbagai infeksi dan komplikasi. Cara yang efektif memerangi kanser adalah dengan TIDAK memberi makanan yang akan membantu sel kanser ini membiak. Jadi apakah makanan-makanan ini?

Gula merupakan makanan kanser. Dengan menghalangnya, kita telah menamatkan satu sumber bekalan makanan yang penting untuk sel kanser.

Susu menyebabkan badan mengeluarkan lendir, terutama dalam saluran usus gastro. Dengan menggantikan susu dengan susu soya tanpa gula, sel kanser tidak akan mendapat bekalan makanan.

Sel kanser hidup dalam persekitaran yang asidik. Oleh kerana makanan berasaskan daging adalah asidik, kita dinasihatkan mengurangkan segala makanan yang berdaging. Disesetengah ladang ternakan, untuk mempercepatkan kadar penghasilan daging, haiwan ternakan kerap disuntik dengan antibiotik dan hormon tumbesaran. Daging juga mengandungi pelbagai parasit, yang semuanya bahaya bagi pengidap kanser. Diet yang terdiri daripada sayur-sayuran yang segar, buah-buahan, kekacang dan jus buah-buahan akan menukar badan kepada persekitaran yang beralkali.

Elak dari minum kopi, teh dan coklat yang mengandungi kandungan kafein yang tinggi. Sebaliknya teh hijau lebih baik dan mempunyai khasiat melawan kanser. Bagi air pula adalah lebih baik meminum air yang ditapis untuk mengelak toksin dan logam dalam air paip. Air suling mengandungi asid dan perlu dielak.

Suplemen seperti anti-oxida, vitamin dan mineral dapat membina sistem imun untuk membolehkan sel pembunuh didalam badan menghapuskan sel kanser. Vitamin E pula terkenal sebagai pembunuh sel, iaitu kaedah tubuh untuk menghapuskan sel yang telah rosak atau yang tidak diperlukan secara normal.

Kanser juga merupakan penyakit minda, badan dan spiritual. Sikap yang proaktif dan positif dapat membantu pahlawan kanser menjadi penyelamat. Sikap marah, tidak memaafi, kecewa, membuat tubuh kita menjadi lebih stress dan dalam keadaan asidik. Oleh itu jadilah seseorang yang mempunyai sikap penyayang dan pemaaf. Belajar la untuk relax dan menikmati hidup.

10 December 2010

Nilai kasih sayang dalam keluarga

KELUARGA merupakan satu ikatan kemasyarakatan antara suami, isteri dan anak yang berkongsi kehidupan. Ia menjadi sumber akhlak bagi setiap manusia dan tunggak utama untuk membina dan membentuk sikap dan keperibadian. Justeru pembinaan sebuah keluarga merupakan suatu perkara yang amat penting dalam kerangka pembangunan kemanusiaan kerana keluarga membentuk suatu masyarakat kecil yang akhirnya menjadi elemen penentu bagi acuan masyarakat yang bakal lahir.

Untuk menjamin kelahiran sebuah keluarga yang harmoni, pembinaan sebuah keluarga mesti dibina di atas asas yang betul dan tepat bermula daripada objektif dan seterusnya langkah-langkah pembinaan tunggak dan binaannya. Islam telah menetapkan beberapa objektif sesebuah perkahwinan sebagai langkah awal pembinaan sebuah kelurga yang harmoni. Di antaranya untuk meneruskan kesinambungan zuriat manusia, menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang halal dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan.

Perhubungan suci antara lelaki dan perempuan dengan cara yang halal yang dikenali sebagai perkahwinan ialah satu-satunya cara yang bersih dan suci untuk menjamin kesinambungan zuriat manusia. Allah telah berfirman yang bermaksud: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kamu kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari jiwa yang satu. Dia menjadikan daripada dirinya pasangannya. Dia telah memancarkan dari kedua-duanya lelaki yang ramai dan juga perempuan (Al Nisa': 1). Allah telah menciptakan Adam sebagai manusia pertama. Seterusnya dicipta pula Hawa untuk menjadi pasangannya. Seterusnya menerusi hubungan jenis antara kedua-dua lahirlah zuriat manusia, lelaki dan perempuan yang akhirnya membentuk berbagai bangsa dan keturunan. Kelahiran zuriat dalam suasana ikatan keluarga ini akan melahirkan manusia yang mendapat kasih sayang yang cukup. Kasih sayang dan kemesraan ini sudah cukup untuk membentuk emosi dan jiwanya untuk menjadi seorang insan yang berjiwa tenang dan baik.

Di samping itu zuriat yang lahir ini pasti mendapat jaminan nafkah yang amat penting untuk pertumbuhan fizikal yang sihat dan seimbang. Kesepaduan antara nafkah batin menerusi kasih sayang dan nafkah zahir menerusi makan dan minum serta keperluan hidup harian ini pasti mampu memberikan satu suasana hidup yang ceria dan menggembirakan bagi seorang anak. Akhirnya pasti lahir generasi yang baik dan berakhlak terpuji.

Zuriat manusia juga dapat diteruskan menerusi hubungan yang tidak halal. Tetapi ia pasti akan mengundang pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Di antaranya kelahiran seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai perlindungan sebuah keluarga kerana ibunya dan bapanya tidak mempunyai satu ikatan untuk hidup bersama di bawah satu bumbung. Si anak tidak mendapat jaminan nafkah dari si bapa kerana kemungkinan si bapa tidak mengakui benihnya. Si kecil ini juga pasti hidup dalam keadaan kekurangan kasih sayang kerana hanya mempunyai ibu tanpa bapa. Tekanan emosi dan perasaan sepanjang kehidupan kanak-kanaknya bakal membentuk jiwanya menjadi seorang yang benci kepada masyarakat sekeliling.

Kelahiran zuriat merupakan matlamat utama sesebuah perkahwinan. Justeru itulah baginda menganjurkan agar dikahwini perempuan yang subur yang mampu melahirkan anak yang ramai kerana baginda akan berbangga dengan jumlah umatnya yang ramai pada hari Qiamat. Perkara ini dijelaskan oleh baginda menerusi hadisnya yang bermaksud: Kahwinilah wanita yang boleh beranak ramai serta bersifat penyayang. Sesungguhnya aku pasti berbangga dengan ramainya kamu di hadapan umat manusia yang lain pada hari Qiamat. Kemampuan seseorang wanita untuk melahirkan anak yang ramai dapat dinilai secara umumnya menerusi jumlah adik-beradiknya atau adik beradik ibu atau bapanya.

Masyarakat barat hari ini meletakkan keseronokan adalah matlamat utama kehidupan. Perkara ini telah dijelaskan oleh al Quran yang bermaksud: Dan mereka yang kufur berseronok dan makan minum seperti mana binatang ternakan makan dan minum dan neraka pasti menjadi tempat perlindungan mereka (Muhammad : 12). Kemuncak keseronokan dan kenikmatan hidup bagi mereka adalah menerusi hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Kebanyakan mereka lebih suka mendapatkan kenikmatan hubungan jenis menerusi seks bebas tanpa ikatan tali perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan hanya akan membataskan pergerakan mereka dan meletakkan mereka di bawah satu tanggungjawab yang hanya akan membebankan mereka dan mengikat mereka dengan seseorang.

Bagi yang memilih cara yang lebih bersih menerusi perkahwinan juga meletakkan keseronokan dan kenikmatan sebagai matlamat utama perkahwinan. Justeru kelahiran bayi hanya akan mengganggu hubungan mereka dan membataskan kenikmatan seks mereka. Lantaran itu mereka melakukan pelbagai cara untuk menyekat kehamilan berlaku. Atau sekurang-kurangnya mencadangkan perancangan keluarga dengan menjarakkan anak atau menghadkan bilangan anak yang akan diperolehi.

Di antara matlamat perkahwinan juga ialah menjaga kehormatan diri dengan melampiaskan nafsu ke tempat yang bersih dan halal. Setiap manusia pasti mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan yang boleh memberi kepuasan kepada nafsu seksnya. Ia mempunyai dua pilihan. Sama ada melepaskan keinginannya dengan cara yang dapat diterima oleh tata susila masyarakat manusia yang normal iaitu menerusi perkahwinan yang sah atau sebaliknya. Cara kedua pasti mengundang perbagai permasalahan sosial dengan kelahiran bayi yang tidak mempunyai jaminan kehidupan di bawah bumbung satu keluarga. Di samping penyakit-penyakit fizikal yang mungkin lahir hasil hubungan seks rambang seperti aids, siplis dan lain-lainnya.

Justeru baginda memberikan satu pedoman untuk orang muda dengan sabdanya: "Wahai sekelian pemuda! Sesiapa yang mempunyai kemampuan hendaklah berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu lebih menjaga mata kamu dan lebih memelihara kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu pula hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa itu menjadi benteng kepadanya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Perkahwinan dalam Islam diasaskan untuk melahirkan satu suasana aman dan damai dalam kehidupan menerusi hubungan kasih sayang yang intim antara lelaki dan perempuan. Perkara ini telah diisyaratkan oleh Allah menerusi firmannya yang bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaannya ialah menjadikan untuk kamu dari diri kamu sendiri pasanganpasangan untuk kamu menenangkan diri kamu kepadanya, dan Dia menjadikan antara kamu perasaan kasih-sayang dan kasihan belas" (Ar-Rum : 21).

Kasih sayang yang sebenar hanya dapat diabadikan menerusi sebuah perkahwinan. Kasih sayang ini diikat dengan simpulan kata yang amat kukuh yang telah dimenterai di hadapan saksi-saksi yang dipercayai. Kasih sayang itu diiringi dengan perbagai tanggungjawab. Si suami bertanggung jawab memberikan nafkah dan melindungi isterinya. Si isteri pula diikat dengan ketaatan dan tanggungjawab menjaga kehormatan diri dan suami. Firman Allah yang bermaksud: Lelaki-lelaki merupakan tunggak kepada wanita-wanita kerana nafkah yang diberikan menerusi harta-harta mereka. Maka wanita yang baik pula ialah yang taat, menjaga kemaluan di kala ketiadaan suami menerusi apa yang disuruh oleh Allah menjaganya - (An Nisa' : 34).

Sebuah keluarga yang damai juga pasti berjaya memberikan ketenangan kepada ahlinya. Sebarang masalah kehidupan dapat dibincangkan bersama dan berusaha untuk mendapatkan jalan penyelesaiannya. Kemesraan yang wujud sudah cukup untuk memberikan ketenangan awal bagi jiwa yang sedang berkecamuk. Senyuman manis dan tawa ria pasti berjaya meruntuhkan gunung masalah yang dihadapi. Itulah nikmat sebuah perkahwinan. Firman Allah yang bermaksud: "mereka (isteri-isteri kamu) merupakan pakaian (ketenangan) bagi kamu, dan kamu juga merupakan pakaian (ketenangan) bagi mereka" (Al-Baqarah : 187).

Perkataan "pakaian" dalam ayat di atas menggambarkan bentuk hubungan antara pasangan suami isteri. Sehelai pakaian mempunyai perbagai fungsi, antaranya menjadi penutup yang melindungi aib dibadan, pelindung dari panas, ketenangan kepada jasad dan perhiasan bagi badan. Begitulah gambaran hubungan suami isteri. Begitulah pasangan suami isteri saling berusaha menutup aib dan kekurangan pasangannya, menjadi pelindung dari mara bahaya serta menjadi hiasan untuk hati pasangannya. Hasil dari itu lahirlah hubungan mesra yang diikat dengan tali kasih yang pasti sukar untuk dirungkai kembali.

Kebanyakan masyarakat barat hari ini membina cinta mereka di atas dasar yang rapuh iaitu hubungan seks semata-mata. Ia adalah cinta palsu yang hanya didorong oleh keinginan nafsu seks semata-mata. Cinta itu akan lupus di kala kepuasan seks dari pasangan tidak dapat dinikmati. Cintanya pasti beralih kepada lelaki dan wanita yang lain yang dirasakan boleh memberikan kepuasan yang lebih. Malah cinta itu tidak menghalang seseorang lelaki dan wanita melakukan hubungan jenis dengan lelaki atau wanita lain pada masa yang sama.

Justeru sesebuah keluarga yang ingin dibentuk perlu mengambil kira tiga matlamat asasi agar lahir sebuah keluarga Islam yang harmoni yang akhirnya membentuk sebuah masyarakat yang damai dan tenang.



05 December 2010

Kekuatan dari anak2...

Dugaan yang silih berganti,bertahan dan berjuang dalam melawan kesakitan...





Berikan kekuatan

Hydration lagi n beberapa penyakit yang masih samar....





03 December 2010

Akhir2 ini kesihatan makin meruncing dan hospital dah macam second house.....kepala makin berat.walau di gagahkan diri tapi tak mampu...berilah kekuatan moga dapat mengharungi setiap dugaan penyakit..Kadang2 mata kabur,berpinar2...tapi tetap cuba gagahkan diri.Segala perasaan sentiasa bermain di benak fikiran ini..Nasihat doktor,mind kena strong,sentiasa positif untuk melawan penyakit...Hati jadi sayu bila mengenangkan anak2.Anak2la yang menjadi kekuatan semangat,kekuatan untuk bertahan dan terus berjuang...

Jalan yang penuh liku,penuh duri,bertatih dalam perit..hati ini pernah berderai berkali kali tapi demi kasih anak anak akan diharungi pahit getir selagi hayat di kandung badan..

01 December 2010

Sakit perut tanda kanser perut

SAKIT perut jangan diambil mudah. Mungkin ramai daripada kita bila sakit perut anggap ia tidak serius dan biar hilang sendiri.

Kalau berubat pun memadai dengan menyapu minyak angin atau ambil ubat gastrik.

Tetapi hakikat yang perlu disedari ialah ia mungkin sebahagian daripada petanda awal kanser perut. Ini merupakan kanser ketujuh paling lazim dialami oleh lelaki dan kesepuluh paling lazim bagi wanita di Malaysia.

Berdasarkan statistik, kes kanser perut di negara ini telah meningkat berkali ganda sejak.

Statistik 2006 oleh Institut Kanser Kebangsaan menunjukkan kaum Cina mewakili 61. 7 peratus daripada pesakit kanser perut. Ini diikuti Melayu (25.9 peratus) dan India (12.4 peratus).

Pakar Perunding Gasteorologi Hospital Pusat Kanser Kebangsaan Tokyo, Jepun, Dr. Tekeshi Sano berkata, ramai tersalah anggap mengenai sakit perut sebagai masalah kesakitan biasa ekoran tersilap makan atau terlambat makan.

”Keadaan tersebut sekiranya dibiarkan berlarutan, ia akan memberikan kesan sehingga membawa maut,”katanya ketika membentangkan kertas kerja pada Kongres Ketiga Kanser Gastroesofageal di Pusat Perubatan Sunway, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Dr. Sano, jika seseorang mengalami sakit perut lebih daripada dua kali seminggu secara berterusan ia kemungkinan mereka diserang kanser perut.

”Pemeriksaan awal penting untuk mengenal pasti atau mengesan kanser pada pesakit.

“Walaupun tidak ada gejala dan tidak mempunyai sejarah penyakit kanser perut, namun penyakit ini boleh menyerang tanpa

sebarang tanda.

”Adalah penting untuk menjalani pemeriksaan atau ujian,” ujar beliau.

Jelas beliau, melalui teknologi moden, kanser perut boleh dikesan tanpa perlu membuat pembedahan dan juga cepat.

”Kanser perut ini boleh dikesan menggunakan kaedah endoskopi. Satu tiub dengan lensa video pada hujungnya yang dimasukkan ke dalam perut menerusi mulut ataupun dubur.

”Menggunakan kaedah ini, keseluruhan dinding boleh diperiksa. Contoh tisu di tempat-tempat yang disyaki akan diambil untuk menentukan kehadiran sel barah itu,” ujarnya.

Proses itu tidak menyakitkan kerana pesakit akan diberikan dos pelali terlebih dahulu.

Bagaimanapun, terdapat juga yang membuat secara terangan di mana satu alat sebesar jari kelingking akan dimasukkan melalui mulut.

Katanya, mereka yang menjalani rawatan tersebut dikenakan caj yang minimum kerana ada subsi kerajaan.

Kata Dr. Sano, sekiranya terdapat sel yang menyebabkan kanser dan masih di peringkat awal, pembedahan tidak perlu di lakukan.

”Ia boleh dikeluarkan menggunakan endoskop, bagaimanapun sekiranya berada di tahap yang serius pembedahan susulan akan dilakukan bagi mengelakkan keadaan semakin kritikal”, kata beliau lagi.

Malah jangka masa untuk membuat rawatan itu juga tidak terlalu lama iaitu selama 10 hingga 20 minit.

Bagaimanapun sekiranya pesakit berada ditahap yang kritikal iaitu peringkat tiga dan empat ia mungkin sukar untuk dirawat.

”Rawatan bagi mereka ini lebih kepada radioterapi ataupun kemoterapi. Jalani pemeriksaan awal kerana ia boleh dikawal secepat mungkin,” katanya.

Cara mengawal kanser perut

- Amalkan tabiat pemakanan yang sihat. Apa yang anda makan dan cara makan amat penting. Makanlah secara sederhana, pada waktu yang ditetapkan dan makanlah dengan tenang.

- Kekalkan berat badan yang sihat. Masalah pencernaan boleh terjadi tidak kira berapa berat badan anda. Tetapi, pedih hulu hati, kembung dan sembelit lebih ketara di kalangan mereka yang terlebih berat badan.

- Senaman aerobik yang meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung juga merangsang aktiviti otot-otot usus, membantu untuk membuang sisa-sisa makanan melalui usus anda dengan lebih cepat. Lakukan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik setiap hari.

- Kawal tekanan. Tekanan akan meningkatkan risiko anda menghidap sakit jantung dan strok, melemahkan sistem ketahanan anda dan boleh mencetus atau memburukkan lagi masalah kulit yang dialami. Ia juga meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan sistem pencernaan.

- Disebabkan tekanan merupakan sesuatu yang sukar untuk dielakkan bagi kebanyakan orang, cara terbaik adalah mengawalnya dengan berkesan.

- Salah satu langkah paling mudah dilakukan ialah dengan mengamalkan diet berkhasiat, dapatkan rehat secukupnya, lakukan senaman dan rehat dengan cara-cara yang menyihatkan. Jika anda bermasalah untuk berehat, anda boleh mengambil meditasi, yoga atau tai chi.