02 October 2010

Guillain Barre Syndrome..penyakit saraf saya hidapi







Guillain Barre Syndrome (GBS).

GBS adalah penyakit akibat sistem kekebalan tubuh menyerang sistem sarung saraf. Pada umumnya penyakit ini didahului oleh jangkitan kuman saluran pernafasan. Pada saat inilah kita merasa nafas tersumbat seperti orang selsema. Setelah nafas tersumbat di dalam tubuh terjadi reaksi autoimun, iaitu sistem kekebalan tubuh sendiri yang menyerang bahagian dari hujung-hujung saraf. Pada saat inilah terjadinya kebas. Kerana kebas atau Parestesia itu timbul bila terjadi gangguan pada serabut saraf. Pada penderita GBS yang akut, kebas tidak hanya pada tangan tetapi bisa menjalar ke kaki hingga ke perut. Itulah sebabnya penyakit GBS ini boleh menyebabkan kelumpuhan, bahkan boleh juga menyebabkan kematian apabila kerosakan saraf pernafasan sudah mencapai akar saraf di leher sehingga pesakit mengalami kesukaran bernafas dan menyebabkan kematian mendadak.

Gejala-gejalanya: 1. Didahului oleh nafas tersumbat yang datang secara tiba-tiba seperti hidung yang sedang tersumbat, tapi tersumbat yang kering. 2. Kerana nafas terganggu tidak lama akan terasa gelisah. 3. Disusul oleh kebas pada kedua tangan. 4. Pusing seperti terhuyung-huyung. 5. Mulut terasa asam. 6. Badan lemas, sesekali terasa dingin di telapak. 7. Pusing masih terasa 2-3 hari setelah kejadian.

Jika mengalami tanda-tanda atau gejala ini segera rujuk ke doktor saraf. Pada umumnya ada dua jenis kaedah penyembuhan.Dua jenis kaedah itu adalah Plasma Exchange dan Intravenous immunoglobulin. Kedua cara itu saat ini sama sama efektif, walaupun ada pihak tertentu yang mengesyorkan plasma exchange lebih baik, sedangkan di pihak lain immunoglobulin lebih baik.Untuk kepastian,segeralah berjumpa dengan doktor pakar saraf agar pengesanan awal dapat dilakukan dengan lebih mendalam. Jika setelah didiagnosis, ternyata memang GBS yang anda alami maka perlulah mengetahui akan penyakit ini serta kos rawatan penyakit ini yang diketahui masih sangat mahal ketika ini.Bila anda didiagnosis awal oleh doktor saraf,dan terbukti ada gejala GBS, maka anda akan disuruh melakukan ujian :

. 1. Lumbar puncture atau Spinal tap. (ambil air tulang belakang) Anda akan disuruh duduk miring dan lutut anda ditekuk. kemudian cairan tulang belakang anda akan diambil, sedikit sakit pada saat ditusuk tapi hanya sebentar. Cairan ini akan diuji di makmal untuk mengetahui hasilnya apakah anda positive GBS atau tidak. 2. Jika doktor masih ragu, mungkin akan diikuti lagi dengan Nerve function tests. Ada 2 test untuk ini. 2a. Electromyography. atau sering juga disebut dengan test EMG ini adalah untuk melihat apakah kesalahan terjadi pada otot atau saraf. Otot anda akan dimasukkan jarum elektroda yang dihubungkan ke komputer, kemudian komputer akan membaca perubahan perubahan listrik yang terjadi pada pergerakan otot anda pada berbagai keadaan, baik pada saat otot istirahat mahupun pada saat ada aktiviti. 2b. nerve conduction velocity adalah test untuk melihat kecepatan hantaran saraf. Komputer akan menghitung lama proses hantaran kecepatan saraf dari satu elektroda ke elektroda lainnya. Dari pemeriksaan pemeriksaan tersebut, maka doktor harusnya sudah memutuskan apakah anda positif GBS atau tidak. Mungkin pemeriksaan tersebut tidak perlu semua dilakukan bila pada pemeriksaan awal doktor sudah melihat hasil yang positif pada pemeriksaan awalnya. Jika ada rasa panik atau ketakutan, itu bukanlah gejala GBS. Sepertinya GBS tidak menimbulkan ketidakstabilan emosi, kecuali secara psikologi hal ini memang boleh menimbulkan perasaan menjadi was was.

12 comments:

  1. berat mata memandang berat lagi bahu memikul...semoga Alia get better...

    ReplyDelete
  2. setiap penyakit yang kita terima sebenarnya untuk menaikan darjat kita sedikit di sisi tuhan, meringankan sedikit dosa dosa kita. semoga alia bertabah, semoga Alia diberi kesihatan yang lebih baik nanti.

    saya pun penghidap penyakit auto imun. tapi dugaan yang dihadapi tak seberat Alia. bertabah tau Alia. hugs !

    ReplyDelete
  3. semoga kak alia tabah hadapi ujian dan dugaan...

    ReplyDelete
  4. Alia..saya adalah penderita GBS dari bulan february 2012 dan kondisi awal organ gerak tubuh saya lumpuh total. Alhamdulillah kondisi tubuh saya sudah 90 % normal. Plasmapheresis ataw IVIG tidak saya lakukan tapi saya bisa sembuh kok.

    ReplyDelete
  5. Bselepas di sahkan menghidap sindrom ini, brp lama yg diperlukan utk pulih seperti sedia kala?

    ReplyDelete
  6. Salam..alia macam mana symptom sakit gbs ni ye. Skang ni i selalu kena mcm kaki berat..takleh jln. Tgn lemah. Mcm tu ke

    ReplyDelete
  7. salam.saya juga menderita gbs..dah skang masih laagi membuat physio di HUSM..saya mengambil masa selama 1thn 9bulan untuk kembali normal(95% paling baik dktr cakap)...selama itu..saya mengalami 4 bulan lumpuh..4 bulan belajar berjalan 4 bulan belajar menulis dan makan..serta selebihnya membuat physio...kini Alhamdulillah dah benar2 pulih....hope alia juga pulih walaupun x sepenuhnya.AMIN.

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian, saya share yek untuk perkongsian bersama.

    ReplyDelete
  9. Sy sedang menguruskan suami yg lumpuh akibat GBS. Sesungguhnya sgt sedih melihat insan tercinta terlantar lumpuh hingga x mampu berbuat apa2...
    Hosp pun x bagi apa2 ubat..
    Sy buntu... Jika ada sesiapa blh bantu sy sila sms @ wasap di 0139331911

    ReplyDelete
  10. Hi Ms Alia, minta tanya adakah anda sudah sembuh atau masih menjalani rawatan?

    Sepupu sy baru didiagnose penyakit GBS ni, apakah peratus kesembuhan dan di mana utk mendptkan rawatan? kerana dia tiada insuran utk berubat di hosp swasta

    Diharap bole whatsapp sy di 019-2284295 jikalau bole. Terima kasih

    ReplyDelete
  11. hi Alia,

    Have you recovered from GBS yet?

    regards

    ReplyDelete
  12. Artikel yang sangat bermanfaat buat newbie seperti saya. Penjelasannya mudah dipahami,Thanks buat penulis yang sudah berbagi informasi ini.
    yatekno
    moneysaleexpert
    wowkerensekali

    ReplyDelete