Cara penyediaan Dodol
Bancuh tepung beras dan tepung pulut dengan santan. Setelah itu tapis ke dalam kuali besi. Masak gula melaka dengan sedikit air dan daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau dan apabila setengah masak, masukkan pati santan dan terus kacau sehingga masak.
Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.
Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat. Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat.
Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri...
p/s: Kalau ada sesiapa yang nak cuba rasa dodol dari pantai timur boleh order dengan saya ...Ada perisa asli,durian dan pandan...memang sedap....sesuai dimakan tika bersantai bersama keluarga,perayaan atau diberi sebagai "gift" dengan pelbagai packing..
berapa rm dodol ni? berminat
ReplyDeletekak berapa harga?? interested gak.. bukan senang nak dodol di KL ni..
ReplyDeleterm 12 untuk 40 kiub...tq
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteDodol kini sudah berkembang dan tersebar di seluruh Malaysia. Dengan keadaan sedemikian, pelbagai variasi dodol dicipta.
Saya ingin berkongsi artikel yang berkenaan dodol yang di blog saya. Dodol berkenaan adalah resepi asli turun temurun keluarga saya di Melaka :
http://smskey.blogspot.com/2010/09/dodol-melaka-di-aidilfitri.html