11 July 2014

Kisah semalam..




Kisah berbuka semalam,setiap hari sehingga semalam saya masih berbuka di masjid.Masjid tak jauh dari rumah..Aiman dan ikhtisyam berbuka di ruangan lelaki.Saya di ruangan perempuan..Selepas azan maghrib,seperti biasa berbuka dengan secawan air dan sebiji kurma.Aiman bawa bekal air kotak milo.Setiap hari dapatlah sebungkus nasi,beberapa biji kurma.Nasi makan selepas solat maghrib..

Ada satu kisah yang bagi saya amat menyentuh hati,seperti hari hari sebelumnya aiman akan datang makan nasi di ruangan wanita bawa nasi yang di ambil dari ruangan lelaki.Mama aiman tak dapat nasi hari ni nasi dah habis bob (ikhtisyam)je dapat,kat sini ada nasi lebih tak aiman nak makan..Kat tangan mama ada sebungkus nasi je rupa rupanya rezeki aiman...Untuk anak ibu terpaksa ikat perut pun tak pe kan.Tengah leka aiman duk makan tiba tiba aiman bertanya,mama tak makan ke,jawab mama nanti lepas terawihla mama makan..Mana boleh mama tak makan nanti mama sakit lagi,mama tak de tenaga nanti....Laaaa ....mama tak de nasi ya,aiman pun berhenti makan tinggal separuh nasi kat mama..Aiman dah kenyang mama makanla ..

Sehari berpuasa tapi sanggup berkorban untuk mama lagi..Kalau apa apa jadi kat mama...bagaimana ya...Setakat ni aiman anak yang amat baik sama juga ikhtisyam cuma aiman lebih perihatin.Moga selamanya aiman dan Ikhtisyam menjadi anak yang soleh.

Walaupun kisah ni remeh tp amat menyentuh hati mama...Sikap anak anak mama buat mama terus bangkit walau hanya Allah tahu segalanya penuh liku..



10 July 2014

Berteman kariblah dengan Ramadhan

Tertidur kepenatan semasa menemani mama di pejabat pos...

Berbuka puasa,alhamdulillah...



\



Puasa adalah satu amalan yang sangat disukai oleh Allah SWT sehinggakan pahala orang yang berpuasa hanya Allah SWT sahaja akan berikan dan malaikat sendiri tidak tahu berapa banyak pahala yang hendak dicatatkan. Ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi, “Puasa adalah milik-Ku dan Akulah yang akan membalasnya.”

Rasulullah Saw bersabda: “Kalau saja manusia tahu apa yang terdapat pada bulan Ramadhan, pastilah mereka berharap Ramadhan itu selama satu tahun.” (HR. Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi). Ini menandakan bahwa Ramadhan adalah bulan pendidikan (syahrul tarbiyah), dimana kita diajarkan disiplin dengan waktu dan menjalaninya dengan ikhlas, karena sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas akan terasa mudah dan mempunyai nilai tambah yang membuat kita bahagia dan menikmati pekerjaan itu. 

Berteman kariblah dengan ramadhan,peluang yang Allah masih berikan tika waktu ini dengan amalan amalan yang dapat mendekatkan diri pada Allah dengan solat berjemaah di masjid,tilawah Al Quran dan amalan amalan lainnya supaya tidak tersiakan hari hari yang penuh berkah ini..Semoga kita termasuk dalam orang orang yang dapat memanfaatkan nikmat waktunya untuk senantiasa mendekatkan diri dan beribadah kepada Allah S.W.T. dan semoga kita termasuk dalam golongan orang orang yang bertakwa..amin.Dan tentunya apa yang kita lakukan adalah bentuk dari rasa syukur di atas nikmat yang disampaikannya umur kita dengan bulan Ramadhan kali ini...

Ada ramai insan di luar sana yang tidak dapat menikmati ramadhan...hargailah detik yang masih ada..Entah bertemu lagi atau tidak ramadhan tahun depan..Detik masa yang masih ada terlalu amat saya hargai..

08 July 2014

Bismillahirrahmanirrahim“ Ya ALLAH , Ya TUHAN kami . TUHAN Yang Maha Kaya Lagi Maha Berkuasa . TUHAN yang kekayaan dan kekuasaanNYA itu tiada sebarang tandingan . Yang Maha Membuka segala pintu rezeki dan juga Yang Maha Berkuasa menyempitkan rezeki seseorang . Aku bermohon – merayu – merintih lagi meminta-minta kepadaMU Wahai TUHANku , Tolonglah lapangkan rezekiku .Dan pimpinlah aku agar tidak lupa bersyukur apabila mendapati segala rezeki dan harta yang melimpah-ruah itu . Jadikan diriku bersyukur apabila mendapat nikmat-nikmatMU . Dan jadikanlah aku ini bersabar dan redha dengan segala ujian-ujian daripadaMU. ENGKAU sahajalah yang maha berkuasa melunakkan dan melembutkan jiwa-jiwa yang keras itu . Maka, lembutkanlah hati-hati manusia untuk berurusan denganku . Permudahkanlah kerjaku untuk mencari rezeki ini . Dan jadikanlah rezeki yang ENGKAU berikan itu diberkati dan diredhai olehMU sentiasa . Amin…. “ .



Serunding daging Tempatan Kelantan....

Li

04 July 2014

Serunding Daging Tempatan,Serunding Ayam,Serunding Ikan,Mini popia dan popia simpul...

Serunding Ayam 250 gram Rm 18


Serunding Daging Tempatan 250 gram Rm 18


Serunding Ikan 250 gram Rm 12


Mini Karipap Rm 26 sekilo


Mini Popia Rm 30 sekilo



Popia Simpul   Rm 30 sekilo





Mini popia dan mini karipap berintikan serunding ikan..Serunding makan dengan nasi panas tanpa lauk lain pun amat menyelerakan..

Jika sudi membeli sambil membantu saya..

Hanya Allah yang dapat membalas setiap kebaikan dan pertolongan yang di hulurkan.amin.

Rumah Allah

Setelah berbuka puasa di masjid

Ketika berbuka puasa di masjid..

Tertidur kepenatan,dah tak dapat nak berterawih...

Singgah solat,ketika menemani mama pos serunding

Sehingga hari ke semalam,anak anak masih berbuka puasa di masjid..Biarlah anak anak di biasakan di rumah Allah..

Berbuka puasa ala kadar,solat maghrib dan solat ishak berjemaah dan berterawih..Walaupun kudrat masih tidak berapa mampu untuk berterawih sambil berdiri tp masih cuba untuk berterawih sambil duduk.Amat menghargai peluang yang Allah masih berikan..Aiman pula kerap tertidur di masjid akibat kepenatan.Ikhtisyam pula cuba berterawih sehingga selesai..Siang selepas balik sekolah,anak anak membantu mama,jika ada order serunding atau mini popia....

Moga mereka menjadi anak anak yang soleh,berjaya dunia akhirat...amin..






02 July 2014

Berbuka puasa di masjid



Saat menanti waktu berbuka di Masjid..

Indahnya ramadhan,syukur alhamdulillah kerana dapat menikmati berbuka puasa bersama saudara seagama kami...Bertasbih dan berwirid bersama sama sebelum azan di laungkan semakin mengikat hati kami semua..
Berbuka dengan sedikit juadah,secawan teh dan kurma lepas itu kami berjemaah maghrib bersama sama.Sungguh ia teramat indah...Terima kasih Allah..

Sementara anak anak pula berbuka puasa bersama saudara seagama yang lebih dewasa di bahagian lelaki..Walaupun wajah mereka kelihatan pucat menahan dahaga dan lapar,di wajah mereka terpancar kebahagiaan serta bangga kerana dapat menunaikan ibadah puasa rukun islam yang ketiga...Alhamdulillah..

Dua kegembiraan yang Allah janjikan seorang mukmin itu, pertama hatinya gembira sewaktu menunggu waktu berbuka puasa,dan kedua di akhirat kelak gembira dapat melihat wajah Allah...

Hargailah setiap detik yang masih ada untuk lebih mendekatiNya..Mendekatinya amat tenang..Berkasih sayang dengan Allah...

01 July 2014

Selamat Berpuasa...

Terima kasih Allah kerana dapat bertemu lagi ramadhan..Moga diberikan kesihatan yg baik,dianugerahkan usia yang berkat untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan..amin.Hargailah setiap detik masa yang masih ada..Ingat Allah,peluang semaksimum yang mungkin untuk lebih mendekatiNya dan mengabdikan diri padaNya..Kita hanya tetamu di dunia...


Selamat Berpuasa

Hargailah peluang yang masih Allah berikan untuk mendekatiNya..terima kasih Allah..Ramadhan beberapa tahun yang lepas,saya tak dapat menjalani ibadah seperti insan insan lain yang masih sihat.saya tak mampu berjalan,hanya mampu meraih kudrat anak anak..Apatah lagi untuk berpuasa,sungguh tika itu amat amat sedih kerana alangkah bertuahnya insan yang masih sihat..Betapa nikmatnya ramadhan bagi mereka..Jauh di sudut hati,merintih sendirian...

Terima kasih Allah kerana peluang yang Engkau masih berikan padaku...Tiada yang lebih indah dari mendekatimu..

Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang...