28 December 2011

PadaMu Ku meminta...



Hidup tanpa kesusahan,penderitaan,dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah.Susah dan Senang itulah rencah kehidupan..Tapi untuk menempuhi dan melaluinya kita memerlukan kesabaran dan kekuatan dalaman yang tinggi.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)
Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)
Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”
Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”
Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.



P/S: Sesungguhnya Allah lebih mengetahui dan lebih memahami apa yang tersurat dan tersirat dan tertulis olehNya...Hanya Allah jua yang Mengetahui segala rahsia onak duri dan getir kehidupan..
....

27 December 2011

Janji Allah

Maksud hadis :


"Allah S.W.T sentiasa membantu hamba-Nya selagi hamba itu masih menolong saudara-Nya." (Riwayat al Tabrani).


"Sesungguhnya bagi Allah ada kaum yang diberikan kepada mereka nikmat untuk menolong hamba-hamba Allah.ia akan berkekalan di tangan mereka selama mereka menggunakannya untuk membantu orang lain.Kalau tidak ia akan ditarik semula dari tangan mereka dan akan diberikan kepada orang lain."


Hebat betul janji Allah kepada orang yang suka membantu orang.Di akhirat Allah akan bantu daripada diseksa dan di dunia Allah akan bantu kehidupan dunia.


Nabi juga menyatakan Allah akan menarik nikmat yang pada diri kita jika kita tidak membantu orang yang memerlukan.


Pun begitu,sikap tolong menolong semakin berkurangan di sesetengah tempat walaupun islam amat menuntut umatnya tolong menolong antara satu sama lain.Sikap individualistik patut dikikis terutamanya dalam kalangan generasi muda agar masyarakat penyayang dapat diwujudkan pada masa depan apabila negara kita menjadi negara maju.


Tidakkah kita hanya maju dari segi teknologi sahaja tetapi akhlaknya menyembah ke bumi.Ingatlah tanpa semangat bantu-membantu banyak masalah sosial yang negatif akan wujud.

26 December 2011

Moga ada sinar di sebalik secebis harapan

Dugaan dan cabaran yang silih berganti,Kesihatan yang makin tidak stabil.Batuk yang makin kronik.Kadang kadang terfikir jua mampukah lagi untuk meneruskan langkah?Moga ada sinar di sebalik harapan...



Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.
(Surah al-Syu'ara: 80) 





Dan kerana sesungguhnya, sesudah setiap kesulitan itu ada kemudahan, Sesungguhnya setiap kesulitan itu pasti diikuti dengan kesenangan"
                                                                                         (Surah Al-Insyirah: 5-6)



23 December 2011

Tasbih hati

Salam Jumaat yang mulia.....

Renung renungkanlah...

Beramallah.Setiap orang akan terdorong kepada apa yang ditakdirkan  baginya.Jika dia ditakdirkan menjadi ahli syurga,maka akan terdoronglah dia kepada amalan ahli syurga.Jika dia ditakdirkan menjadi ahli neraka,maka akan terdoronglah dia kepada amalan neraka.(Pesanan Nabi s.a,.w).

Siapa yang mengira bahawa dia akan sampai kepada Allah S.W.T dengan amalannya, maka dia seorang yang membuang masa.Dan sesiapa yang mengira bahawa dia akan sampai kepada-Nya tanpa amalan,maka DIA  adalah seorang yang berangan angan kosong.(Pesanan Syeikh Abu Said Al-Kharraz).

Sesungguhnya mencita citakan pengampunan itu telah memperdaya ramai orang sehingga mereka meninggalkan dunia ini dalam keadaan muflis (tidak mempunyai amal soleh langsung).(Pesanan Al-Hassan Al Basri).

Sesungguhnya orang mukmin tu berbakti dengan rasa takut kepada Allah S.W.T tetapi orang munafik itu membuat membuat kejutan sambil berasa aman dan sentosa. (Pesanan Al-Hassan Al Basri).

22 December 2011

Tiada siapa yang dapat menduga...


Memiliki kesihatan yang baik adalah impian semua..Tapi siapa yang dapat mengelak takdir dan ketentuan Illahi..Tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku esok hari..Result darah semalam,hemoglobin menurun. "Jantung yang kian bermasalah..Awak nampak penat sangat.Awak dah tak boleh membahayakan kesihatan awak."..Kata kata doktor yang sering menasihatiku."Awak kena kasihankan diri sendiri juga".Doktor,sebak dalam dada ni tak terluah.Pada siapa dan untuk apa diluahkan.Kadang kadang timbul satu kekecewaan yang amat dalam,walau kesihatan ini makin merosot seteruk mana pun,adakah yang peduli atau ambil tahu?Cukup serik dengan cemuhan.Luahan sakit saya hanya untuk menyusahkan insan lain.Cukuplah ibu jua menanggung derita.Segalanya perlu saya tanggung sendiri.Melainkan anak2 yang masih kecil yang sering memandang wajah ibu ini dengan pandangan yang penuh makna.Teringat pada arwah abah,kadang kadang hati ini terasa ingin meraung memanggil abah.Rupa rupanya kasih sayang abah pada satu satunya anak tunggal perempuan abah ini,merupakan kasih sayang yang tiada ternilai harganya.Kasih sayang yang memang tiada lagi di atas alam fana ni..Perhatian yang tidak pernah pudar.Kehilangan abah yang sehingga kini amat amat masih terasa.Al Fatihah buat arwah abah.Moga abah tenang di sana.Amin.

Ya Allah.aku memohon padaMu,moga Engkau panjangkan usia ku untuk aku membesarkan anak anakku..Mereka amat amat memerlukanku.Pintaku bukan kesempurnaan,aku rela dan redha walau penuh kepayahan asalkan dapat meneruskan kehidupan bersama anak anakku.Ya Allah,Amin..

p/s : setiap luahan hati dalam blog ni,saya bukan mengharapkan simpati.Tolong doakan saya dan jadikanlah khtibar...

21 December 2011

Hiburkan Pesakit dengan berziarah

Antara hak seorang muslim dengan seorang muslim yang lain ialah menziarahi orang sakit.Sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim,daripada al-Bara' bin 'Azib r.a dia berkata:


"Rasulullah s.a.w menyuruh kami menjenguk orang sakit,mengiringi jenazah,menidoakan orang yang bersin,menepati janji,menolong orang yang dizalimi,memenuhi undangan dan menyebarkan salam."


Begitu juga pesanan Rasulullah s.a.w dalam hadis yang lain iaitu daripada Abu Musa r.a,Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Jenguklah orang sakit,berilah makanan kepada orang orang yang lapar dan lepaskan orang yang ditawan."(Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Apabila kita menjenguk atau menziarahi  orang sakit,kita dianjurkan untuk menghiburkan atau menyenangkan hati pesakit.Sebuah hadis riwayat Ibn Majah daripada Abu Said al Khudri mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Jika kamu menjenguk orang sakit,maka hiburkanlah ia dalam menghadapi takdir.Walaupun ia tidak mengubah sesuatu,tetapi ia dapat memperbaiki jiwa pesakit."


Ibnu Qayyim al Jauziyyah dalam kitab beliau al Tib al- Nabawi menyebut : "Hadis ini mengandungi sebuah etika yang mulia dan termasuk dalam cara merawat yang paling elok, iaitu membawa kepada keadaan  yang biasanya dapat membaiki jiwa pesakit,contohnya seperti memberi ucapan yang pada kebiasaannya boleh menguatkan jiwa pesakit,bahkan akan merangsang panas dari dalam tubuh pesakit yang akan membantu menolak penyakit atau mengurangkan penyakitnya."


Menghiburkan jiwa orang yang sakit dengan menyebut perkara perkara yang menimbulkan kegembiraan sangat besar manfaatnya dalam rawatan penyakit ataupun sekurang kurangnya dapat meringankan penyakit yang dideritai.Ini kerana roh dan tenaga tubuh semakin kuat daripada tindakan tersebut.


Justeru,tubuh biasanya akan dapat melenyapkan unsur berbahaya yang ada padanya.Sering kita lihat,ramai antara pesakit pesakit di hospital atau seumpamanya,timbul semangat dan kekuatan kerana diziarahi orang yang dikasihi dan dimuliakannya.Dengan mengunjungi ,bertanya khabar,berbual dan bermesra bersama sama mereka,keadaan pesakit akan menjadi lebih baik.Demikian salah satu manfaat menziarahi orang sakit.


Apabila Rasulullah s.a.w menziarahi orang sakit,kebiasaannya Baginda s.a.w akan bertanya tentang apa yang dirasai dan diingini pesakit.Kemudian Baginda meletakkan tangan di atas dahi atau di dada pesakit,lalu mendoakannya serta memberitahu apa yang bermanfaat daripada sakitnya.Kadang kadang Baginda s.a.w berwuduk,lalu memercikkan air wuduknya ke tubuh pesakit.Baginda s.a.w kadang kadang mengucapkan satu doa kepada pesakit iaitu:


Maksudnya : Tidak apa apa,mudah mudahan menjadi pelebur dosa,insyaallah."(Riwayat Al Bukhari).


Semua yang dilakukan oleh Baginda itu jelas menunjukkan betapa besarnya sikap lemah lembut Baginda s.a.w kepada orang yang sakit.


Didoakan 70,000 Malaikat


Sesungguhnya amalan menziarahi orang yang sakit sangat mulia di sisi Allah sehinggakan dalam sebuah hadis ada menyebut: orang yang menziarahi pesakit seolah olah menziarahi Allah S.W.T.


Hadis tersebut riwayat Muslim,daripada Abu Hurairah r.a,Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya pada hari kiamat nanti,Allah Azzawajala berfirman yang bermaksud: "Wahai anak Adam,aku sakit.Kenapa kamu tidak mahu menjenguk aku? Manusia menjawab : "Wahai Tuhanku,bagaimana saya boleh menjenguk sedangkan Engkau ialah TUhan semesta Alam?' Allah berfirman yang bermaksud: " Apakah kamu tidak tahu bahawa hamba-ku si polan sakit,tertapi kamu tidak menjenguknya.Apakah kamu tidak tahu seandainya kamu menjenguknya nescaya kamu mendapatkan Aku di tempat si polan." 


Orang yang menziarahi orang sakit akan didoakan oleh para malaikat dan mendapat jaminan Syurga.Walaupun amalan ini nampak mudah,tetapi tidak ramai yang dapat melakukannya.Kerana ganjarannya sangat besar sehingga Rasullullah s.a.w menyebut bahawa orang yang menziarahi orang sakit seolah olah ia berada di kebun Syurga.


Sebagaimana hadis riwayat al Tarmizi daripada Ali r.a,Rasullullah bersabda yang bermaksud: "Seorang muslim yang menjenguk sesama muslim pada waktu pagi,maka ia akan dimintakan oleh 70 000 malaikat sampai waktu petang.Dan apabila ia menjenguknya pada waktu petang,maka ia akan dimintakan oleh 70 0000 malaikat sampai waktu pagi serta ia mendapat jaminan buah buahan yang siap dimakan di dalam syurga.


Manakala hadis yang lain bermaksud; " Sesungguhnya apabila seorang Muslim menjenguk saudaranya sesama Muslim,maka seolah olah ia sentiasa berada Khurfah al-Jannah sehingga ia kembali." Seseorang bertanya, " Apakah yang dimaksudkan Khurfah al-Jannah itu? " Baginda menjawab" " Kebun Syurga (yang sedang berbuah)." (Riwayat Muslim).


Dalam kitabnya Riyad al-Salihin,Imam Al Nawawi meletakkan satu bab tentang sunat bertanya kepada kepada keluarga pesakit mengenai keadaannya.Hadis tersebut,diriwayatkan daripada Ibn 'Abbas r.a, bahawa Ali Bin Abi Talib r.a keluar dari rumah Rasulullah s.a.w sakit menjelang kewafatan Baginda.Kemudian para Sahabat bertanya : " Wahai Abu al-Hassan (Sayyidina Ali),bagaimana keadaan Rasulullah s.a.w pagi ini?".Ali r.a menjawab : Pagi ini alhamdulillah,agak baik(hampir sembuh)."(Riwayat al-Bukhari)





Kudamba ketenangan yang hakiki

Setiap kali hati dipagut resah
Kepada siapa aku mahu berserah
Diriku terkapar kapar
Apabila hati rasa tak tenang
Dihimpit dugaan yang mendatang
Aku jadi buntu,resah kian memburu
Tiada siapa yang mampu membantu

Aku tidak boleh sesekali terlupa....
Ada Allah yang sangat menyanyangiku
Ada Allah yang Maha Mendengar
Gejolak jiwa
Mindaku

Aku membelek
Buku keimanan
Sarat tersimpan sejuta kenangan

Aku merenung  
Pada hati yang gundah betapa aku amat memerlukan
Kasih sayangMu Ya Allah,
Allah....Sayangilah aku
Allah....Jangan sisihkan aku
Allah....Engkau tetap pelindungku
Allah....Engkau tempat aku memohon pertolongan dan bergantung

Ku pujuk jiwa yang resah
Ku belai hati yang gelisah
Mengingati dan mengadu hanya padaMU
Al Quran penyejuk dan pengubat jiwa
Ketenangan ku pohon
Agar terus redha menempuh kehidupan
Agar aku mampu menjadi manusia tegar dunia dan akhirat.