06 March 2012

Kadang kala dugaan yang datang itu terlalu berat dan tanpa diduga..

Kadang kala dugaan yang datang terlalu berat dan tidak terduga.Diri kita seolah olah tidak sanggup menanggungnya.Seperti langit runtuh menimpa kita,malah semua itu boleh membawa kepada penderitaan serta berputus asa dan kita rasakan hidup ini sudah berakhir sebelum sampai waktunya.Renunglah insan sekeliling jika berputus asa...walaupun hempasan kesukaran itu kian menghimpit.Ingatlah Allah telah melarang hamba hambanya dari berputus asa terhadap rahmatnya.Orang orang yang berputus asa disifatkan al Quran sebagai orang orang yang kafir dan sesat."Tapi ingatlah Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai denganm kesanggupannya.....

Kesihatan yang amat2 menguji dan dugaan lain silih berganti..Makin dikuatkan diri makin cubaan itu datang,kekuatan yang makin pudar tapi digagahi juga melalui renungan anak anak.Di situ terhimpun segala kekuatan..Kekuatan yang tak akan hilang selagi bergelar ibu...Walau hati di dalam meraung,amat takut dengan  kesihatan diri yang tidak stabil,injap jantung bocor dan jantung yang makin lemah. Sering kali hampir pitam,sayup2 kedengaran suara anak2,digagahi untuk tidak terpejam..Langkah yang hampir terhenti,digagahi juga..Rawatan sering mengalami komplikasi,adakah sudah terlewat untuk menerima rawatan?Penyakit lain yang belum dapat dikenal pasti?Pelbagai persoalan yang sering mengganggu.

Moga diberikan peluang untuk meneruskan langkah bersama anak2...


15 comments:

  1. Sama la kita yanie...makin cuba kuat, makin byk dugaan. kita ni bertahan demi anak2 je kan? -____-"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 la kekuatan,bertahan selagi mampu..Insyaallah...

      Delete
  2. insyaallah,moga diberi petunjuk dari alla ta'ala...

    ReplyDelete
  3. bertabahlah wahai insan yang tabah...amat admire ur spirit. semoga tuhan berikan kesihatan yg baik, allah amat mengetahuinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin.terima kasih byk2..yakin dan bergantunglah dengan Allah.

      Delete
  4. Moga Allah sentiasa bersama Alia dan dipermudahkan segalanya dan moga alia terus kuat melawan apa saja musibah yang datang. Ya Allah berilah kekuatan pada Alia, berikan lah kesihatan yang baik pada nya supaya alia dapat meneruskan kehidupan sesempurna mungkin bersama anak-anak dihari2 mendatang Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin.terima kasih byk2 naj mi.sama juga moga naj mi diberikan kesihatan yang lebih baik,dan sentiasa berada dlm rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

      Delete
  5. Semoga cepat sembuh kak..

    ReplyDelete
  6. yanie...Allah amat menyayangimu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin..moga mumme sekeluarga dalam rahmat dan lindunganAllah Taala.amin.

      Delete
  7. assalamualaikum kak yani.. semoga akak cepat sembuh ye... insyaAllah setiap yg berlaku ade hikmah yg terbaik dari Allah s.w.t...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin.terima kasih byk2 dik kerana mendoakan akak.moga adik juga diberikan kesihatan yg baik,dan sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

      Delete