11 March 2012

Kesabaran yang sesungguhnya adalah keredhaan....

 

 

  

 

 



Sesungguhnya derita itu indah.Pahit,manis berselang seli..Redha terhadap musibah itu lebih berat bagi jiwa berbanding kesabaran.Namun redha adalah sebaik baiknya..  

Rutinku sebagai seorang pesakit kronik..Berat badan makin menurun semula,wajah yang mula berisi kini cengkung semula.Badan yang makin lemah,namun tetap digagahi jua.Dugaan yang sering menghimpit,tangisan yang sentiasa berteman namun bukan menagih simpati.Selagi diberi peluang menghirup udara ini,berjuanglah sedaya mungkin.Berjuanglah selagi bernafas..Ingatlah insan di sekeliling.Jangan mudah berputus asa di atas ujian Allah.Keredhaan itu lebih tinggi darjatnya daripada kesabaran.Walau ujian2 ini sering menguji tanpa hentinya,amat2 lelah dan kesihatan dan dugaan yang amat menghimpit...namun tetap dikuatkan diri dan cuba mengingatkan diri,ada lagi yang lebih derita.Sentiasa bersyukurlah kerana syukur itu lebih tinggi darjatnya daripada keredhaan.Pandanglah setiap ujian sebagai satu kenikmatan lalu bersyukurlah.

Setiap kali ke hospital saya dapat lihat pelbagai lapisan umur menanggung pelbagai penyakit kronik.Ketika sedang menerima rawatan di bilik Rawatan Hematologi,saya duduk di sebelah seorang pakcik yang sudah lewat usianya yang menghidap berbagai sakit kronik, namun amat tenang,sempat menasihati saya agar tabah.Ada yang muda lagi tapi menghidap penyakit barah,rawatan untuk kimoterapi saja bukan sedikit2...Tapi mereka kelihatan tabah adakah kerana mereka di temani oleh saudara terdekat yang amat memahami ? Kadang kadang terdetik di hati sukarkah untuk memahami dan menyelami penderitaan insan2 lain?..

Alangkah bertuahnya bagi mereka yang masih memiliki nikmat kesihatan....

Setiap manusia di uji dan tiada yang akan terlepas dari ujian..Pahit dunia adalah manisnya di Akhirat...





13 comments:

  1. Semoga cepat sembuh kak.. dan semoga tabah selalu. tiada apa yang mampu saya ucapkan .. hanya yang mengalami mengetahui tapi saya dapat lihat redha akak. Insyallah Allah bersama-sama dengan orang yang redha dan sabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin.terima kasih byk2 dik..Cukuplah Allah bagi ami dan DIA adalah sebaik baik pelindung...

      Delete
  2. akak, moga cepat sembuh!! jgn jemu dengan dugaan dari Allah.. sesungguhnya akak adalah insan terpilih... Allah nak menguji kesabaran hamba nya.. insyaAllah pasti akan ada sinar disebalik kejadian ini kak.. yakin dan terus berusaha... insyaAllah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah,amin.terima kasih banyak2 dik..pahit di dunia hanya sementara.kuatkan langkah untuk seterusnya...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Semoga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan buat akak seteguh Bukit Uhud!

    ReplyDelete
  5. sentiasa dalam doa, ingatan dan kasih sayang. doa2 untuk yanie tidak saya abaikan. moga sabar dan tabah selalu.

    p/s- dalam 2,3 hari ni memang teringat sgt nak call yanie. insya-Allah saya akan call dalam waktu terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah,amin.terima kasih byk2 ahp di atas doa,keperihatinan,sokongan semangat dan segala nasihat.amat2 saya hargainya.Hanya Allah yang dapat membalasnya.Saya kirimkan doa moga diberikan kesihatan yang baik,dianugerahkan usia yang berkat,diberikan kesejahteraan dan sentiasa berada dlm rahmat dan lindungan Allah Taaala.amin.

      Delete
  6. Menitis airmata saya melihat keredhaan dan kesabaran akak.... Semoga Allah melindungi akak dan keluarga dan diberikan kekuatan. Semoga akak cepat sembuh yer.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah,amin.terima kasih banyak2 dik.Ujian dan dugaan Allah itu sementara di dunia.Pahit juga sementara,jadi bersabarlah.Janji Allah itu pasti...

      Delete
  7. salam..kak..sy ikuti blog akak dari dulu..setiap kali membaca mesti saya menangis..hebat betol dugaan tuhan..tp hanya DIA yang mengetahui segala-galanya...moga ada sinar untuk akak..sy doakan akak tabah disamping anak2...

    ReplyDelete
  8. Saya baru pertama kali singgah di blog ini... rasa sangat syahdu dan tersentuh dengan entri yang ditulis... Kita tak pernah mengenali... tapi saya doakan agar alia haryanie segera sembuh, diberikan kekuatan dan menjalani kehidupan seperti biasa... Amin...

    ReplyDelete