25 March 2012

Kesihatan yang makin tergugat...

Hb dan platlet makin menurun,wbc makin naik...Risau dengan kesihatan.Demam yang berpanjangan dan batuk yang sudah bermula.Dan yang teramat risau perlu bersetuju untuk menjalani Bone Marrow Biopsy...Walau apa sekali pun  cubaan yang datang,tetap akan digagahi jua dengan peluang yang Allah masih berikan..Tetap bersyukur.....Setiap renungan wajah dan gelak tawa anakanda tercinta membuatkan diri ada kekuatan.Tika sedang mencoret di sini,keadaan kesihatan amat2 menguji.Jangan sesekali mengalah,patah sayap bertongkatkan paruh kan...Hargailah setiap peluang yang masih ada...Ya Allah izinkanku terus bernafas...Izinkanku terus melihat anak2 membesar..Doakan saya...

"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu,melainkan telah sedia ada di dalam kitab(pengetahuan Kami)sebelum kami menjadikannya."

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah menjadi baik maka ia akan diuji olehNya".......(Jadi janganlah mudah berprasangka buruk pada insan lain yang sedang diuji)...

"Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang Ia lakukan,sedang merekalah yang akan ditanya nanti".

p/s: Buatlah minuman yang paling sedap dari limau nipis yang masam....

"Sesuatu yang membuat anda jadi benar maka ia tidak akan membuat anda menjadi salah.Sebaliknya,apa yang membuat anda jadi salah,maka ia tidak akan membuat anda jadi benar".

3 comments:

  1. kak bila tarikh BM? akak semoga cepat sembuh ya..

    ReplyDelete
  2. amin.Insyallah dik.terima kasih byk2 kerana mendoakan,keperihatinan dan sokongan...jika tiada apa2 perlu masuk wad pada 3 April..result darah semua makin menurun.Dan result untuk urea 9.8....

    ReplyDelete
  3. semoga akk cepat sembuh..kuatkn semangat menghadapi ujian NYA.

    ReplyDelete