01 November 2011

Pertanyaan...Kenapa aku sering diuji?

Allah s.w.t berfirman dalam al-qur’an :

(5.) Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (6.) sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.


Ayat al-quran ini mengajar kita supaya bersabar dalam menghadapi cabaran kehidupan dan dugaan dalam usaha yang sedang dilakukan. Ada kalanya kesukaran yang terpaksa dilalui itu amat mencabar dan menggoncang keimanan. Namun Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa di sebalik kesusahan itu ada kemudahan.

Kadang kadang timbul pertanyaan,Kenapa aku sering diuji?Kenapa ujian ini bertimpa timpa?Mengapa ada orang yang terpaksa menempuh kesusahan demi kesusahan seolah-olah tiada penghujung? Ada yang sakit menderita, tak sembuh, sembuh. Mengapa begitu? Mungkin ada orang yang cenderung mengatakan ayat di atas tidak boleh diaplikasi dalam sesetengah situasi sehingga mungkin ada yang tidak yakin dengan janji Allah itu.

Sahabat sahabat....

Kita perlu mendidik hati kita supaya sentiasa percaya dan yakin kepada Allah dan kepada ayat-ayat Allah dalam al-Qur’an. Tidak mungkin Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Kaya itu memungkiri janji. Pernahkah kita terbayang bahawa Tuhan Yang Maha Mengetahui itu memahami apa yang akan berlaku kepada diri kita jika kesenangan itu didatangkan serta-merta selepas kesulitan. Mungkin jika kita diberi kesenangan itu, kita akan hanyut lalai, menjadi angkuh dan sombong sehingga tidak lagi mentaati Allah. Tidakkah mungkin Allah yang menyayangi kita memberikan keputusanNya itu untuk kebaikan diri kita juga? Lalu kesenangan itu ditangguhkan diberi kemudian nanti, di saat yang lebih sesuai sama ada semasa kita masih hidup maupun setelah kita mati.

Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah azzawajalla dan sentiasa berharap padaNya. Dia yang Maha Mengetahui. Dia juga Yang Maha Pengasihani. Dia Yang Maha Penyayang, Maha Pemurah. Dengan semua sifat-sifat itu sudah pasti apa yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik untuk ketika itu. Beryukurlah dan redhalah dengan segala pemberian Tuhan Yang Maha Kaya.

p/s: Pelbagai keadaan boleh berlaku pada setiap individu bergantung pada realiti kehidupan masing-masing..Walau bagaimana sekali pun kita diuji cubalah sentiasa bersangka baik pada Allah..Kembalilah mendekati Allah.Hanya DIA yang Maha Mendengar,Maha Mengasihani ke atas hamba hambaNya.

4 comments:

  1. alhamdulillah & jazakallah khier...

    moga yanie sabar dan tabah selalu.
    insya-Allah DIA akan permudahkan dan bantu apa jua yang kita tempuhi demi mencari keredhaanNya, insya-Allah...

    ReplyDelete
  2. Ahp,insyaallah,amin..sama juga buat ahp dan sahabat2 yang lain...Insyallah.

    ReplyDelete
  3. kerana terlalu kasihnya DIA pada kita hambaNYA kerana itu kita sering diujinya.. ;D TC yanie.. ;)

    ReplyDelete