02 November 2011

Kuatkan hati...

Bila mengenang dan terbayang
Ujian darimu
Sebak dadaku mula menyerang
Fikiranku buntu
Hatiku sayu
Pilunya menusuk kalbu
bagai dihiris semilu
Langkahku longlai
Airmata bercucuran
Lenguhnya kaki dalam pendakian
Namun ku pasti kan terus mendaki
Selagi hayat dan nafas masih berbakti
Tunjukkan daku jalan pulang
Berikanku ketenangan
Kasih sayang berpanjangan
Agarku selamat sampai
Berikanku taufik dan hidayah
Agar rahmatMu menyerlah
mendapat inayah
ke akhir hayat Husnul Khatimah...

2 comments:

  1. ameen... semoga doa kita dikabulkannya.
    sabarlah yanie, jgn sesekali berputus asa.

    ReplyDelete
  2. insyaallah,amin.putus asa itu jauh sekali,cuma kadang kadang rasa lemah itu ada kerana kita kita hanya insan biasa.Kena lebih dekatkan diri padaNya.

    ReplyDelete