22 November 2011

Hilangkan Duka Nestapamu Dengan Taqarrub Kepada Yang Maha Mengetahui Yang Ghaib

Dipetik dari Buku Motivasi menjadi wanita paling bahagia.

Jika anda susah menghadapi hal tertentu,maka bacalah surah al-Syarh.

Syeikh Ibnu al Jauzi berkata:"Ketika aku berdepan dengan satu masalah yang menyesakkan dada sekian lama,aku berusaha menyelesaikan kebingungan ini dengan berfikir keras.Namun,tidak kutemukan jalan penyelesaiannya..kemudian aku ditunjukkan sebuah ayat: Sesiapa bertakwa kepada Allah,maka akan diberikan kepadanya jalan keluar'.(Surah at-Talaq:2)Selepas itu aku sedar bahawa ketakwaan adalah jalan keluar dari kebingungan.Itu sebabnya aku berusaha meningkatkan ketakwaanku dan kutemukanlah jalan keluar".
Aku pun mengambil kesimpulan: Kebaikan bagi orang yang berakal adalah ketakwaan.Tidak ada seksa kecuali adanya dosa dan tidak seorang pun diangkat darjatnya kecuali dengan bertaubat.Sesungguhnya dengaau melakukan kekeruhan fikiran,kesedihan dan kegelisahan adalah akibat perbuatan maksiat yang anda lakukan,seperti leka dalam sembahyang,mengumpat wanita muslimah,meremehkan hijab atau melakukan hal hal yang diharamkan Allah s.w.t.

Sesungguhnya siapa yang melanggar perintah ketentuan Allah terpaksa membayar harga perbuatannya dan perlu melangsaikan kelalaianya.Yang menciptakan kebahagiaan adalah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,lalu mengapa anda memohon kepada yang lain?Jika manusia yang menguasai kebahagiaan,maka tidak ada orang yang miskin,orang yang sedih dan orang orang yang gundah-gulana.

Pedoman hidup

Tidak usah terlalu berfikir tentang sesuatu yang tidak penting dan membuatmu tidak bermaya.Eloklah lupakan sahaja.Sebaliknya,tumpukanlah fikiran untuk kejayaan,kerana dengan begitu hatimu tidak akan terganggu."Aku adalah sebagaimana persangkaan hamba-ku kepada-ku."

5 comments:

  1. ayat seribu dinar tu akak..
    bacalah 3x tiap after solat.
    Moga Allah mudahkan akak, bagi rahmat kasih sayangNya. ameen.

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum

    Doa saya semoga haryanie bertambah sihat

    ReplyDelete
  3. As,insyaallah,amin.maaf lambat reply.moga Allah berikan ketabahan dan kekuatan pada As.Kasih sayang dan rahmat dariNya.amin.take care.

    ReplyDelete
  4. Rusyida,w'salam...Insyaallah,amin.moga puan rusyida juga diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah Taala.amin.

    ReplyDelete
  5. haryanie,

    Panggil saya rusyida jek. Tak payah puan2 ;D

    ReplyDelete