23 November 2010

Demam akibat tonsil bengkak

Cuaca tak menentu sekarang ni...anak pun tak sihat.demam..tonsil bengkak.sakitnyala nak menelan kalau ada tonsil..kesian kalau tengok anak2 demam ni.

Info ni dipetik dari sumber2....


Tonsil adalah bebola tisu limfatik yang berfungsi dalam sistem pertahanan badan. Ianya terletak pada kiri, kanan, atas dan belakang permulaan lidah. Sudah beberapa hari saya bangun tidur dengan tekak yang sangat perit. Saya selalu menghadapi masalah tonsil bengkak ataupun tonsilitis. Ianya berlaku sekerap sebulan sekali dan setelah saya dimasukkan ke wad akibat jangkitan yang berpanjangan Julai 2007, seminggu selepas saya mendaftar sebagai pelajar sepenuh masa, ianya tidak bengkak lagi. Apabila tekak sudah mula perit, saya selalunya mempastikan saya minum air lebih 2 liter setiap hari dan minuman berais serta aiskrim memang tidak saya sentuh kerana ianya akan menerukkan jangkitan. Saya memang agak sensitif dengan benda sejuk. Oleh sebab itulah, di rumah kami tiada ais dan air tidak disimpan di dalam peti. Aiskrim pun jarang sangat dibeli.Tonsilitis boleh berlaku akibat jangkitan:
  • bakteria (perlu rawatan antibiotik)
  • virus (tidak perlukan antibiotik)
  • parasit dan fungus (cendawan tumbuh kat tekak? Tidakkk!! :p) yang agak jarang berlaku.
Tanda-tanda awal jangkitan ini ialah
  • sakit tekak
  • kering dalam mulut dan bibir merekah.
  • demam
  • sakit-sakit badan.
Rawatan awal yang boleh dibuat ialah
  • berkumur dengan air garam
  • minum air kosong atau teh (chinese tea atau green tea, jangan minum teh tarik pulak, tak sesuai).
  • Paracetamol juga boleh diambil sekiranya demam berlarutan. Jangkitan akan sembuh dalam masa 4-10 hari


2 comments:

  1. sama la ngan anak akak yani. demam. yg kesian tu skali ngan cirit + muntah2. sian sangat :(

    ReplyDelete
  2. kesiannya kat bdk2 ni kalau demam.sampai merah muka,panas sgt.kena bagi minum air masak lebih sikit.harap2 tak melarat.moga anak akak cepat sembuh.

    ReplyDelete