04 November 2010

Luahan hati seorang pesakit


Tak sempat nak update blog,terkejar2 banyak hal.Cuba cari pasaran untuk barang2 niaga ni.Walau pun kecil kecilan,harap2 adala peluang dan rezeki anak2.Tapi setakat ni tidak berapa mendapat sambutan.Kesihatan pula amat merisaukan.pening makin menjadi2.Hydration pun sama tapi nak tak nak kena bertahan dan bertahan.boleh ke bertahan dgn sakit ni?Kalau tak boleh bertahan?..rawatan hospital lama dah tak buat.Penat sangat,perit sangat tapi nak buat macam mana kan.Kalau tak bergerak sendiri,apala nasib anak2 kan.Kerja lain dah tak boleh buat...

Ramai yang mempertikai dan terkejut tengok keadaan saya macam mana la boleh nak niaga dalam keadaan macam ni?Dengan sakit2 ni macam mana nak niaga...Kurus kering yg teramat dan wajah yg pucat.Memang tak larat,tak ada kekuatan tapi tetap kena buat selagi masih mampu walau pun tak kuat.Selagi ada kudrat walau pun kudrat secebis cuma,selagi belum rebah walau terhuyung hayang,walau mata dah kabur,selagi boleh melihat tetap kena berikhtiar sendiri...

Kadang2 sampai hilang keseimbangan,pening...tapi nak buat macam mana...kesihatan kian hari kian merosot..Apakah masalah sebenar dalam kepala ni?Moga2 dapat bertahan...Moga ada sinar untuk anak2 saya...Alangkah beruntung dan bernilainya nikmat kesihatan..

Ku pohon berilah peluang untuk terus hidup bersama anak2...biarlah walau tidak sekuat dulu,tidak sesempurna seperti insan lain...hanya nikmat kesihatan yang ku pohon dan peluang untuk hidup dengan anak2....

p/s: Sentiasalah bersyukur atas nikmat kesihatan yang masih ada.Janganlah mudah mengeluh dan berputus asa,sesungguhnya diri kita lebih bernasib baik lagi dari insan lain...Dan sentiasalah hargai masa2 yang masih ada...







2 comments:

  1. Semoga Allah terus memberikanmu kekuatan,saudaraku
    Aku mendoakanmu dr jauh

    ReplyDelete
  2. insyaallah,amin.terima kasih banyak2 di atas doa dan semangat yg diberikan..

    ReplyDelete