11 November 2010

Ibarat lilin



Aku cuma sebatang lilin
Yang menerangi suasana kelam
Pabila sumbunya dinyalakan..

Ya.. Cahaya aku tidak setanding cahaya si lampu neon yang bergemerlapan
Namun inilah pengorbananku
Menerangi sekeliling dengan diriku ini terbakar
Tanpa ada siapa yang ambil peduli, mahupun sedar
Kerana bagi mereka, pengorbananku ini tidaklah seberapa..

Tatkala cahaya dari tubuhku yang terbakar ini galak menyala
Aku cair sedikit demi sedikit…
Ingin aku bersuara, tapi aku tiada daya
Hanya mampu membisu seribu bahasa
Sedangkan mereka di sekeliling
Tidak pernah mempedulikan apa yang aku rasa
Api yang marak menyala
Kepanasannya mencairkan aku sedikit demi sedikit
Tidak berdayaku merintih, meskipun terasa pedih

Setelah cahayaku lemah dan tidak bermaya
Setelah cahayaku tidak mampu menerangi kelam dunia mereka
Setelah aku menjadi sisa
Mereka ambil sebatang lagi lilin yang lain
lalu dinyalakannnya…
bersama senyum terukir di bibir mereka berkata
"Oh.. dah terang semula.."

Lalu aku tertanya sendiri
Berbaloikah pengorbananku ini
Sanggup membakar diri sendiri
Cair di dalam kekecewaan yang meragut tangkai hati
Sedangkan nasibku tiada siapa yang peduli?

No comments:

Post a Comment