Setiap manusia ada hati dan perasaan...kadang2 saya pelik dengan sikap sesetengah org ni...bila susah bila sakit,ramai yg makin jauh...Bila memohon bantuan ramai yg mempertikai..Setiap yg dilakukan pasti ada yg mempertikai...Bila saya cuba bangkit untuk buat sesuatu pun ada yg mempertikai...biarlah memang lumrah...Tapi saya juga ada hati dan perasaan.saya memohon bantuan dan mengharapkan bantuan dari mana2 pihak...saya faham masing2 ada komitmen tersendiri.saya meminta pada yg sudi dan ikhlas.saya tak memaksa sama sekali.cuma kadang2 ada rasa terkilan bila ada yg mempertikai dan mempersendakan sakit saya.Pada yg tak percaya kenapa tak sudi luangkan masa untuk melihat keadaan saya.tapi biarlah..apa yang mampu saya buat kerana setiap orang ada hak masing2..Masing2 ada hak untuk menilai cuma melihat dan menilailah dari mata hati...
Minggu lepas saya cuba untuk memulakan sesuatu,saya perlu buat sesuatu untuk anak2 saya.dari saya terus terbelenggu...walaupun kesihatan saya terbatas tp sy nak buat sesuatu untuk mencari sesuap nasi untuk anak2..mereka cuma ada saya dan nenek yg juga uzur tempat mereka bergantung...Walaupun ada yg mempertikai...saya tak akan mengalah..Kerana bagi saya walaupun kudrat secebis cuma tapi kekuatan semangat mampu mengubah segalanya.Hendak seribu daya,tak nak seribu dalih...Moga2 saya dapat bertahan..
Jangan mengalah walauapa sekali pun..saya cuba dan cuba kuatkan hati..kalau saya mengalah dan meratap nasib tak de apa yg dapat mengubah nasib anak2 saya...kerana pada siapa untuk saya harapkan kalau saya sendiri tidak bangkit...bila saya jatuh..saya kena bangun sendiri walau payah..walaupun saya dah tak macam insan2 lain...tapi bagi saya tidak ada yg mustahil untuk saya cuba...Bertahan dan bertahan...
Di saat saya cuba bangkit,ada saja yg nak jatuhkan...hati ni umpama kaca,dah berapa kali terhempas.dah tak dapat nak dicantum2 tapi saya cuba cekalkan hati dan tutup telinga.walau perit tohmahan dan anggapan sesetengah org pd saya......Untuk nasib anak2 saya,saya kena bertahan dan bertahan...cuma pinta saya jangan menilai dari luaran...renunglah dari mata hati..Janganlah mempersendakan penderitaan insan lain..Kalau kita tak mampu untuk membantu dari segi kewangan,doa dan semangat teramat2 memadai.Dari kita menuduh yg bukan2 dan menambah lagi penderitaan insan itu..
Ingatlah hidup ini ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete