06 May 2010

Hati seorang wanita

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.
Dia menjadi lemah.

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu,
Tiada lagi rasa egonya,

Lelaki,
jika seorang wanita pernah menangis kerana dirimu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki,
jika seorang wanita menangis keranamu.
Tolong jangan mempersiakannya.
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis di depanmu,
Saat dia menangis keranamu,
Lihatlah matanya….

Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?
Fikirkan….
Wanita mana lagi yang akan menangis
dengan murni, penuh rasa sayang,
Di depanmu dan kerana dirimu..

Dia menangis bukan karena dia lemah
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan
simpati atau rasa kasihan.
Dia menangis,
Kerana menangis dengan diam-diam
sudah tidak mampu bagi dirinya,

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau
lakukan untuknya.

Hanya kau yang tahu jawapannya..
Pertimbangkanlah, kerana suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk mohon ‘MAAF’!!

6 comments:

  1. salam yanie...apa kata yanie menulis puisi atau cerpen untuk majalah..yanie ada kebolehan & ada ruang serta banyak idea..boleh menjadi sumber pendapatan utk yanie.

    ReplyDelete
  2. :( ayoyo yani...so touching!

    ReplyDelete
  3. salaam..kalau tak keberatan boleh tak saya copy sajak ni kat blog saya....nk wat share
    saya akan letak link akak juga..

    ReplyDelete
  4. IEDA

    Salam,terima kasih.macam mana caranya untuk menulis di majalah?Ieda ada kenalan dalam bidang majalah?

    ReplyDelete
  5. Kak AIZAH...

    dugaan kak..akak pun moga tabah..akak sentiasa nampak ceria...:)

    ReplyDelete
  6. PERINDU ILLAHI....

    Salam...tak pe ..boleh.tq

    ReplyDelete