Life is test...the one who kneels to Allah (Taala) can stand up to anything. Hidup tidak selamanya indah..dan tidak selamanya menongkah langit..dan tidak selamanya langit itu mendung,penuh dengan awan...hidup ibarat roda,tak selamanya berada di atas dan tak selamanya berada di bawah. Kasih mama pada anak anak sehingga hujung nyawa..Bertabahlah wahai permata hati mama menghadapi ujian Ilahi.Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Pengasihani.Kita ada Allah,Allah itu dekat..
12 May 2010
Hadiah hari ibu...
10 May 2010
09 May 2010
Hati dan perasaan
Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam.
bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
Wallahu A'lam
Nota untuk seorang ayah
Selamat Hari Ibu
08 May 2010
Kisah untuk dijadikan renungan
Cuba kita renungkan.....:
ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...
Insya Allah - Maher Zain
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way
Insya Allah
Insya Allah we`ll find the way
07 May 2010
Pautan kasih ibu
Kisah ana terhadap..."Ibu ..maafkan ana"
Pada malam itu, Ana bertengkar dengan ibunya.
Kerana sangat marah, Ana segera meninggalkan rumah tanpa mebawa apa2.
Saat berjalan di suatu jalan, Ana baru menyedari yg ia tidak membawa wang langsung.
Saat menyusuri sebuah jalan, ia melewati sebuah warung dan ia mencium harumnya aroma masakan.
Ia ingin sekali memesan semangkuk mee, tetapi ana tidak mempunyai wang.
Pemilik kedai melihat Ana berdiri cukup lama di depan kedainya, lalu berkata “Cik nak makan apa2?
”Ya, tetapi,saya tdk membawa wang” jawab Ana dengan malu-malu
“Tidak apa-apa, aku akan membawakan makanan untukmu” jawab si pemilik kedai. “Silakan duduk, aku akan memasakkan mee untukmu”.
Tidak lama kemudian, pemilik kedai itu memberikan semangkuk mee.
Ana segera makan beberapa suap, kemudian air matanya mulai berlinang.
“Ada apa cik?” Tanya si pemilik kedai.
“tidak apa-apa” saya hanya terharu jawab Ana sambil mengeringkan air matanya.
“Bahkan, seorang yang baru dikenali pun memberi saya semangkuk mee!, tetapi,…
ibu saya sendiri, setelah bertengkar dengan saya,mengusir saya dari rumah dan mengatakan kepada saya agar jangan kembali lagi ke rumah”
“Encik org yg baru saya kenali tapi encik mengambil berat pasal saya jika dibandingkan dengan ibu kandung saya sendiri” kata ana kpd pemilik kedai.
Pemilik kedai itu setelah mendengar perkataan Ana, menarik nafas panjang dan berkata
“Kenapa cik berfikir seperti itu? Renungkanlah hal ini, aku hanya memberimu semangkuk mee dan kau begitu terharu. Ibumu telah memasak makanan dan nasi utukmu saat dari kau kecil sehingga sampai ke saat ini, mengapa kau tidak berterima kasih kepadanya? Dan kau malah bertengkar dengannya”
Ana, terkedu mendengar hal tsb.
“Mengapa saya tdk berpikir ttg hal tsb? Utk semangkuk mee dr org yg baru saya kenali, saya begitu berterima kasih, tetapi kepada ibu saya yg memasak untuk saya selama bertahun-tahun, saya bahkan tidak menghargainya.Dan hanya kerana persoalan yg kecil dan remeh saya bertengkar dengannya.
Ana, segera menghabiskan meenya, lalu ia mnguatkan dirinya untuk segera pulang ke rumahnya.
Saat berjalan ke rumah, ia memikirkan kata-kata yg hrs diucapkan kpd ibunya.
Begitu sampai di depan pintu rumah, ana melihat ibunya dengan wajah yg letih dan cemas.
Ketika bertemu dengan Ana, kalimat pertama yang keluar dari mulutnya adalah “Ana dah pulang, cepat masuklah, mak dah siapkan makan malam,ana makanlah dahulu sebelum ana tidur, makanan akan sejuk jika ana tk makan sekarang.
Pada saat itu Ana tdk dapat menahan tangisnya dan ia menangis dihadapan ibunya.
Sekali waktu, kita mungkin akan sangat berterima kasih kpd org lain disekitar kita untuk suatu pertolongan kecil yang diberikan kepada kita.
Tetapi kpd org yang sangat dekat dengan kita (keluarga) khususnya orang tua kita, kita harus ingat bahwa kita berterima kasih kepada mereka seumur hidup kita.Hargailah mereka.....
Doa untuk ayah (Dedikasi buat arwah ayah yang tercinta)
Hatiku bagai terpanah petir maha dasyat
Berita dikhabar bisa merobek ketenangan kolam hati
Ayahku pergi tanpa sempat aku di sisi
Tanpa saya pinta air mata jatuh berguguran
Apalah daya si anak dari kejauhan
Hanya Al-Fatihah dan doa dititipkan
Moga roh ayah selamat bersemadi disisi para As-Sollihin
Maafkan saya ayah
Anakmu ini belum sempat membalas jasamu
Seribu keringatmu mengalir
Membesarkan kami tanpa jemu
Belum pun satu terbalas olehku
Air mataku terus mengalir laju
Hibanya hati mengenang kembali
Janji seorang anak belum sempat ku tunaikan
Kasih Ibu Membawa ke Syurga
Pengorbanan ibu memang tiada gantinya. Mereka tidak mengharapkan wang ringgit setelah anak-anaknya berjaya dalam kerjaya sebagai seorang manusia, akan tetapi mereka perlukan kasih dan sayang anak-anaknya. Apalah guna wang dan ringgit jika hendak dibandingkan dengan jasa ibu tanpa penat dan lelah membesarkan anak-anaknya. Dari kecil kita diasuh dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang umpama minyak yang penuh, komited dan penuh dedekasi dalam menjalankan tugas sebagai seorang ibu. Inilah dia ibu, memberi cinta tanpa syarat, memberi kasih sayang tanpa diminta.
Pepatah ada berkata seorang ibu seorang boleh menjaga 10 orang anak, tapi belum tentu 10 orang anak boleh menjaga seorang ibu. Pepatah ini ada benarnya, di saat dunia yang semakin pesat membangun, kita disibukkan dengan urusan dunia dan kadangkala kita lupa tanggungjawab sebagai seorang anak kepada ibu bapa apatah lagi kepada tuhan yang menjadikan. Jangan lupa sesungguhnya syurga itu dibawah telapak kaki ibu.
Dapatkan kasih ibu, dunia milik kamu!