17 December 2011

Perancangan Allah itu terlalu hebat


Setiap manusia sudah pasti bercita-cita untuk mendapatkan sebuah kehidupan yang bahagia, selesa dan baik dalam hidupnya. Dalam membuat perancangan kehidupan itu tanpa kita sedar Allah juga telah merancang seluruh kehidupan kita.Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Kadang kadang tanpa kita sedari bahawa perancangan Allah itu terlalu hebat. Kadangkala hikmahnya tidak kita nampak. Di saat kita mula menyalahkan takdir atas perkara yang hadir dalam hidup kita, Allah berikan kita sinar baru yang tidak pernah terfikir dalam hidup. Saat itu barulah kita merasa keindahan perancangan Allah itu.


Janganlah risau kerana Allah tidak pernah terlepas pandang kepada setiap hambaNya. Walaupun kita selalu lalai dan ingkar kepada setiap suruhanNya Allah tetap berikan kita rezeki yang baik. Oleh itu, janganlah bersangka buruk terhadap Allah. Sentiasalah berdoa dan berusaha yang terbaik dalam hidup. Kadangkala apa yang kita terlalu hajati tu Allah lambat makbulkan. Mungkin juga Allah gantikan yang lebih baik kepada kita melalui jalan berbeza. Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya.


Ada hikmahnya di situ yang kita tidak nampak. Ia menuntut sedikit kesabaran dan mendidik sifat redha dalam diri kita. Di sebalik redha itulah datang sifat ikhlas. Dari sifat ikhlas pula akan membuatkan kita lebih tenang menghadapi hari-hari mendatang, insyaallah.

14 December 2011

Dugaan yang sering menguji..


Doakan saya..


Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".
Amin ya rabbal alamin.

12 December 2011

Bersedialah dengan 4 soalan yang berikut...

Maksud hadis:

"Seseorang hamba Allah tidak dapat melangkahkan kakinya waktu dihisab hingga ditanyakan empat perkara:

1. Tentang umurnya,ke mana telah dihabiskannya.

2. Tentang ilmuya,banyak mana diamalkannya.

3. Tentang hartanya,dari mana didapatinya dan untuk apa dipergunakannya.

4. Tentang tubuhnya,untuk apa digunakan."

(Riwayat al Tarmizi)


Tentang umurnya,ke mana telah dihabiskanya

Umur muda amat mudah untuk terleka dengan masa yang dihabiskan setiap hari.Tidak hairanlah terdapat orang yang tidak mengambil berat hal agamanya kerana dirasakan apabila tua nanti barulah hendak bertaubat.Pengalaman peribadi saya pun merasakan begitu pantas masa berlalu.Adakah Kita benar benar tahu di atas kesempatan masa yang masih ada?

Jika umur dihabiskan dengan melakukan maksiat dan perkara yang melalaikan ,maka rugilah kita di akhirat kelak dan kita akan menjadi orang yang menyesal di kemudian hari?

Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan sementara umur masih ada.

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan yang dinyatakan oleh Nabi tentang umur kita?Jika tidak,adakah kita akan buat perubahan sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh agama?

2. Tentang ilmunya,banyak mana diamalkannya.

Orang berilmu mesti mengamalkan ilmunya.Jika tidak,dia akan menerima akibat yang buruk di akhirat kelak.Ilmu yang baik akan memajukan hidup di dunia dan di akhirat.Bagi orang yang tidak berilmu pula mestilah sentiasa menuntut ilmu itu adalah wajib dalam agama.Jangan ingat anda terlepas dengan tiadanya amal bila anda tidak berilmu.

Berada dalam kejahilan dengan tidak menuntut ilmu sebenarnya adalah satu kesalahan dalam agama.

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan: banyak mana ilmu yang diamalkan seperti yang dinyatakan oleh Nabi.Jika tidak,adakah kita akan buat perubahan sejajar denagn apa yang dikehendaki oleh agama?

3.Tentang hartanya,dari mana didapatinya dan unutk apa dipergunkannya.

Adakah harta anda perolehi secara haram?Mungkin ada yang kata dia tidak mencuri.Tetapi adakah anda terlibat dengan rasuah,makan harta pusaka yang bukan hak milik kita,tidak amanah ketika bekerja seperti sentiasa mencuri tulang atau membuat tunttan yang palsu dalam mendapatkan duit?

Daging yang tumbuh hasil pendapatan secara haram adalah hak api neraka di akhirat kelak.

Jika anda sudah banyak duit pula,adakah anda telah menggunakannya untuk kebaikan seperti membesarkan anak anak,mengeluarkan zakat,menuanikan haji,sentiasa membantu orang susah atau suka membazir,menggunakan untuk melakukan kejahatan seperti minum arak,beli pil khayal,beli VCD lucah dan sebagainya?

Adakah kita semua sudah mempunyai jawapan yang mantap untuk soalan: dari mana harta yang kita dapat dan bagaimana kita membelakannya seperti yang dinyatakan oleh Nabi .Jika tidak,adakah kita akan membuat perubahan sejajar dengan apa yang dikehendaki oleh agama?

4. Tentang tubuhnya,untuk apa digunakan

Ada orang mengunakan tubuhnya untuk mendapatkan wang seperti pelacur,gigolo dan sebagainya.Badan yang sihat sepatutnya digunakan untuk beribadat kepada Allah sama ada secara khusus seperti bersolat,berzikir,membaca al Quran atau ibadat umum seperti bekerja mencari nafkah yang halal.

Jangan tunggu apabila badan sudah tidak sihat barulah pelbagai perkara baik hendaklah dibuat.Rebutlah peluang kesihatan yang badan yang baik untuk melakukan ibadat sama ada yang melibatkan fardu ain/kifayah.

Ingatlah dengan tubuh yang sihat anda boleh membantu orang yang dlam kesusahan,berjuang untuk menegakkan agama,masyarakat,bangsa dan negara.Jangalah disia siakan.Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tiada gunanya.Renung renungkanlah....

11 December 2011

Strategi mendapatkan Cinta Illahi

Nabi S.A.W bersabda : Allah berfirman yang bermaksud :

"Tiada seorang hamba yang (mendekatkan diri)kepada-ku,seperti dia menunaikan segala kefarduan-ku(ke atas dirinya).Dan sesungguhnya dia akan mendekatkan diri kepada-ku dengan memperbanyakkan nafawil (sembahyang sembahyang sunat) sehingga aku mencintainya.".Maka apabila sudah aku mencintainya,jadilah aku umpama kaki yang ia berjalan dengannya dan tangan yang ia memukul dengannya dan lidah yang ia berucap dengannya dan hati yang ia berfikir dengannya.Dan apabila dia memohon  kepada-Ku nescaya Aku akan memberinya dan apabila dia berdoa kepada-Ku nescaya aku akan mengabulkannya.".
(Riwayat al Bukhari)

Carilah cinta sejati,cinta Allah.Allah akan sentiasa menjaga kita bukan sahaja di dunia malah sehingga ke akhirat.Cinta yang tidak akan meninggalkan kita.Hanya Allah yang akan sentiasa mendengar dan DIAlah Yang Maha Pengasihani.Cinta pada Allah yang tidak akan membuatkan hamba hambaNya menderita.

10 December 2011

Allah menyayangimu dan dengan caraNya yg halus Dia sedang menyelamatkanmu dari musibah dan kehancuran tapi mengapa engkau terus kelam kabut berkeluh kesah. Andai kau faham Allah lebih mengetahui apa yg terbaik bagi hambaNya tentu kau akan bersyukur dan berterima kasih kerna kau telah diselamatkan dengan berbagai ujian agar tetap berada dijalanNyal



03 December 2011

Putaran kehidupan

Sejak kebelakangan ini memang jarang update blog.Kesibukan,faktor kesihatan,kepenatan membataskan untuk mencoret sesuatu di sini.Kadang kadang timbul rasa adakah apa yang ditulis menjadi tatapan insan2 lain.Walaupun niat di hati hanya untuk berkongsi semangat,pengetahuan,dan moga dapat berkongsi setiap kisah,pengalaman untuk dijadikan renungan dan ikhtibar bersama dan diri sendiri.

Dugaan silih berganti ganti.Ianya amat menguji.Terlantar,terduduk,terjatuh namun cuba terus bangun untuk hari mendatang..Sentiasa mencari sisa sisa kekuatan yang masih ada.Kadang kadang masih adakah lagi kekuatan untuk liku liku seterusnya.Setiap kali cuba gagahkan diri tapi kenapa ada saja sesuatu yang cuba untuk menarik kekuatan ini.Selagi berdaya akan tetap cuba untuk melawan arus.Dari awal pagi sehingga hampir awal pagi masih cuba bersengkang mata dan menahan ketidak upayaan badan untuk mencari rezeki untuk sesuap nasi anakanda.Alangkah bertuahnya jika diberikan kesihatan yang baik,amat2 bernilai jika memiliki anugerah ini.Masih mampukah menemui celah dan kesempatan?Pasrah dengan jalan ini.Ya Allah beri aku ketabahan dan kekuatan,redhailah...

Ingin terus berjuang untuk membesarkan anak2,mendidik,menyanyangi dan melindungi  mereka..Permata hati anugerah dan amanah Allah..Moga mereka diberikan kesihatan yg baik,dimurahkan rezeki,serta sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah Taala dan menjadi anak2 yang soleh dan solehah.amin.

Hati ini sering terkedu melihat insan insan lain yang lebih berkeupayaan namun tidak bersemangat dan seolah olah hilang arah dan tujuan masa depan hanya kerana gagal dalam ujian kehidupan..Lihat dan renunglah mereka yang lebih tidak bernasib baik dan lebih menderita.Sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan walau tidak memiliki apa apa sekali pun kerana masih banyak lagi nikmat yang Allah berikan di sekeliling.

"Kebahagiaan akan datang jika hati ini benar benar lapang menerima apa yang diberikan Allah,tidak mengeluh dan cuba membanding bandingkannya dengan orang lain.Hargai nikmat dan kehidupan yang masih ada kerana peluang yang diberikan tidak semudah yang disangka.



Bagaimana mencari ketenangan jiwa...


http://homebisnes.com/article/tenangjiwa.html

BAGAIMANA MENCARI KETENANGAN JIWA

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah



HIBURAN YANG DIANJURKAN ISLAM

Hiburan sejati ialah hiburan yang bertapak di hati. Ia boleh membawa hati yang tenang. Syarat bagi ketenangan hati itu ialah dengan mengisi keperluan asasinya iaitu iman. Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala dalam Al-Qur‘an yang tafsirnya :
“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikir kepada Allah. Ketahuilah! Dengan zikir kepada Allah itu, tenang tenteramlah hati manusia”.
(Surah Al-Ra‘ad: 28)

Oleh itu orang yang beriman akan mendapat hiburan dengan cara berhubung dengan Allah dengan melaksanakan perintah, kewajipan, melakukan perkara-perkara yang disunatkan seperti zikir, puasa, sedekah dan lain-lain seumpamanya, berinteraksi dengan alam ciptaan Allah, dan menerima segala ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Apabila melaksanakan perintah Allah, mereka terhibur kerana merasakan perintah itu datang daripada kekasihnya. Kalau yang menyuruh itu kekasih, tidak ada yang disusahkan bahkan kegembiraan yang akhirnya membawa ketenangan. Mereka rasa seronok dan terhibur dengan ibadah tersebut.

Orang mukmin juga rasa terhibur dengan warna kehidupan yang dicorakkan oleh Allah. Hatinya sentiasa bersangka baik dengan Allah, membuatkannya tidak pernah resah. Apabila diberi nikmat mereka rasa terhibur, lalu bersyukur. Diberi kesusahan, mereka terhibur, lalu bersabar. Mereka yakin dengan firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya :

“(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: “Ugama Islam yang kami telah sebati dengannya ialah): Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya selain daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat”.
(Surah Al-Baqarah: 138)

Orang yang beriman juga akan terhibur apabila melihat alam ciptaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Mereka merasa tenang, bahagia dan gembira melihat pantai, bukit bukau, langit, laut dan sebagainya. Melihat, mendengar dan berfikir tentang keindahan itu sudah cukup bagi mereka merasai keindahan alam dan kebesaran penciptaNya.

Sifat sedemikian merupakan sifat orang-orang yang bertaqwa iaitu orang yang berusaha memelihara dirinya daripada menyalahi hukum dan undang-undang Allah Ta‘ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala tafsirnya :
“Sesungguhnya pertukaran malam dan siang silih berganti, dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertaqwa”.
(Surah Yunus: 6)


Selain itu mereka ini dapat menghayati maksud sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya:
“Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka keindahan”.
(Hadis riwayat Muslim )

Islam tidak menolak hiburan dari luar selama hiburan luar itu boleh menyumbang dan menyuburkan lagi hiburan dalaman hati dengan syarat ia mematuhi syariat. Alunan ayat suci Al-Qur‘an, selawat yang memuji Nabi, lagu yang menyuburkan semangat jihad, puisi atau syair yang menghaluskan rasa kehambaan kepada Tuhan, pasti akan menyuburkan lagi iman mereka. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:
“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Qur‘an yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah”.
(Surah Al-Zumar: 23)


FirmanNya lagi yang tafsirnya :
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementerlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah”.
(Surah Al-Anfaal: 2)

Dan firmanNya lagi yang tafsirnya :
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya”.
(Surah Al-Hajj: 35)


Semua ibadat jika dilaksanakan dengan penuh perhatian, pasti akan memberi ketenangan jiwa, lihat sahaja ibadat sembahyang, sekalipun merupakan suatu kewajipan orang Islam, ia juga suatu hiburan yang kekal yang menjadikan hati orang yang beriman dan bertaqwa itu terhibur dengan sembahyang kerana mereka terasa sedang berbisik-bisik, bermesra, mengadu dan merintih dengan kekasih hatinya iaitu Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
Hal ini telah dijelaskan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa dengan sembahyang, hati orang beriman dan bertaqwa sudah terhibur, Baginda bersabda yang maksudnya :
"Di antara kesenangan dunia yang aku sukai ialah wanita, wangi-wangian dan penenang hatiku adalah sembahyang”.
(Hadis riwayat Al-Nasa‘ei)