20 January 2011

ujian

\Hari ni sepanjang hari di wad,masuk drip...5 kali kene cucuk masa nak cari line...saraf mudah membengkak dan agak sukar untuk masuk line
Badan pun rasa lain sangat lately ni,rasa sakit tika masuk line tu berganda-ganda dari kebiasaan.

Toto Narita

Harga rm 58 tidak termasuk kos penghantaran..Kos untuk penghantaran Rm 10
Total Rm 68









19 January 2011

suntikan semangat

Dulu pernah saya buat tentang satu entry berkisarkan seorang auntie yang kuat semangat dan memberikan kata2 semangat pada saya,auntie diataslah yang saya maksudkan,secara kebetulan saya berjumpa dengannya ketika saya ada appointment dengan doktor manakala auntie ni pula meneruskan rawatan diabetes dan kemoterapi.

Atas apa yang diberitahu kepada saya,auntie ini sebatang kara...tiada sesiapa disisi,tidak pernah berkahwin...jauh sekali mempunyai anak,tiada adik-beradik mahupun saudara-mara...Setiap hari cuba menjalani kehidupan walaupun menderita sakit kanser payudara dan diabetes berbekalkan semangat semata-mata kerana padanya,selagi ada nafas,apa sahaja keadaan harus dihadapi.

Pertama kali auntie ini menegur saya tatkala melihat saya menangis di atas katil wad,saat itu hanya Aiman disisi..dia menegur saya dan berkata bahawa saya harus kuat semangat kerana saya ada anak sedangkan auntie sendiri kuatkan semangat untuk diri sendiri demi meneruskan hidup..Saya rasa kagum dalam waktu yang sama saya rasa lebih berkeyakinan dalam melawan penyakit yang dideritai demi anak2..................insyaAllah....

16 January 2011

Kawal pernafasan dari perut

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.abdullatib@kosmo.com.my: 30 Disember 2008

SEBAIK saja keluar dari bilik mesyuarat, kepala Zaril mula berserabut dengan pelbagai tugasan baru yang diberikan oleh ketuanya.

Nafas yang dihembus, tersekat-sekat, seolah-olah ada yang menekan dadanya tatkala melihat timbunan kerja di atas mejanya.

Zaril segera bangun lalu cuba mengatur semula pernafasan sambil menenangkan diri. Beberapa minit kemudian kepalanya yang terbeban terasa ringan.

“Tekanan kerja, persekitaran malah dalam keadaan biasa pun, ramai orang yang sering terlupa bagaimana perlunya bernafas dengan betul,” ujar seorang pakar pernafasan, Dominique Lonchant.

Jelasnya lagi, pengawalan pernafasan yang betul dapat memastikan pembukaan saluran udara yang sempurna serta kapasiti udara yang memasuki paru-paru adalah maksimum.

“Pengawalan pernafasan mempunyai empat bahagian utama iaitu di bahagian perut, tekak, sisi dada dan pernafasan secara keseluruhan,” katanya sambil menunjukkan cara yang betul menghembus dan menarik nafas menggunakan hidung.

Menurut Dominique, kebanyakan kita gemar ‘menelan’ nafas yang sekali gus menyebabkan banyak elemen negatif masuk ke dalam tubuh.

“Pernafasan yang perlahan juga membuatkan udara yang disedut tidak sampai ke paru-paru ketika proses menyedut dan menghembus

Kerana itu, Dominique menegaskan pengawalan pernafasan harus diketahui oleh semua orang, terutama dalam keadaan yang tertekan.

“Sebagai contoh, pernafasan yang dikawal melalui perut mampu membetulkan sistem pencernaan, buah pinggang, hati serta perjalanan darah,” katanya.

Di samping itu, pernafasan clavicular iaitu pernafasan yang memberi tekanan di bahagian bawah ketiak juga dibuktikan dapat mencegah kanser payu dara di kalangan wanita.

“Manakala pengawalan yang dilakukan menerusi tekak pula membantu memulihkan sistem jantung termasuk menguatkan organ tersebut,” kata Dominique yang berasal dari Perancis.

Cerita Dominique, pengalamannya mengajar beberapa orang penyanyi mengenai pernafasan yang betul telah banyak membantu mereka dalam sesuatu persembahan.

Bukan sekadar itu, bagi amalan biasa, aturan pernafasan yang betul juga dapat mengelakkan seseorang itu daripada perasaan malas terutamanya pada waktu pagi.

“Kadar oksigen yang kurang pada waktu pagi menyebabkan rasa kemalasan itu cukup tinggi dan menerusi senaman pernafasan ini, aliran darah serta oksigen akan lebih pantas bergerak,” katanya.

Jelas lelaki yang berpengalaman hampir 28 tahun mengajar teknik ini di seluruh dunia, penyakit seperti asma, gemuruh dan sesetengah alahan berpunca daripada cara bernafas yang salah.

Lebih daripada itu, emosi juga dapat dikawal dengan lebih baik sekiranya aturan pernafasan seseorang itu berada dalam keadaan sempurna.

“Sekiranya kita sukar untuk bernafas, tidak selesa dengan udara yang keluar masuk ke dalam tubuh, secara tidak langsung, ia turut mengganggu mood dan emosi. Ini akan membuatkan seseorang itu mudah marah, rasa tertekan dan bermacam lagi,” ujarnya.

15 January 2011

Anugerah dalam kehidupan

apa yang saya cuba kongsikan disini adalah sekadar renungan untuk kita bersama dalam menuju dan menjalani kehidupan seharian dan apa yang saya coretkan adalah dari rona-rona kehidupan saya sendiri.......................

Tika saya menerima rawatan dan ditempatkan di dalam wad yang kebanyakannya pesakit tumor dan kanser,ada beberapa rentetan kejadian yang saya cuba selami dan jadikan pedoman agar saya berada pada jalan dan beroleh kekuatan sebaik mungkin...
Boleh dikatakan saban hari ada katil jenazah diusung keluar dari wad,setiap hari saya mendengar tangisan insan-insan yang kehilangan orang tersayang....saya terkedu pada satu kejadian dimana anak-anak kehilangan ibu dalam sekelip mata...anak-anak ini kehilangan ibu mereka akibat pendarahan dalam otak,anak-anak yang masih kecil meraung memanggil "UMMI" bertalu-talu..saya cuba menenangkan diri dan terpana seketika,andai itu terjadi pada saya,dimana anak-anak saya,bagaimana keadaan anak-anak saya,adakah mereka akan mampu menerima kenyataan dan ujian sedemikian,.....

''YA ALLAH,aku rela selamanya dalam kekurangan asal dapat hidup bersama anak-anak,memegang dan melihat mereka membesar bersama adalah satu anugerah yang bernilai''


Kehidupan ini,kasih sayang dan ujian dalam hidup..

Kesihatan lately ni amat-amat tak stabil,still tak dapat dikenal pasti dimana punca yg menyebabkan kesihatan makin worst dari hari ke hari sedangkan sudah berusaha sedaya upaya mungkin untuk kembali sihat dan cuba untuk berfikiran positif agar diri mampu menanggung kesakitan dan bebanan yang dirasakan makin berat dari hari ke hari.

Namun,walau seringkali ke HUSM dengan harapan agar mampu pulih dan setiap kali doktor beri pendapat untuk sebarang ujian ke atas diri atau keperluan untuk dimasukkan ke wad,saya akan terdiam dan terpaku seketika.Pada siapa saya nak luahkan?Apa yang harus saya pentingkan dulu?Buat masa ini terpaksa lagi saya tolak ke tepi atas faktor anak-anak dan beberapa masalah yang telah cuba saya elakkan.

Kadang kadang saya terfikir adakah saya mampu tempuhi ujian yang sedang saya hadapi ?Amat berat walaupun tak terdaya,walau teramat perit,walau teramat sakit,walau tanpa sesiapa yang memahami dan walau tanpa sebarang sokongan,apa yang pasti saya tiada pilihan,kerana anak2 masih dan amat2 memerlukan saya.Dan saya masih memerlukan dan teramat2 memerlukan mereka di samping saya.

Walau tanpa kudrat,walau tak bertenaga dengan kepala yang ibarat kosong,saya cuba cekalkan semangat untuk terus lagi berjuang.Air mata memang peneman sepi dan bukan untuk pinta simpati.Hanya sekadar luahan hati yang jika disimpan lagi memakan diri.Walaupun tekanan ini amat2 merbahaya buat saya,saya terima...Walau sepahit hempedu,hanya berharap adanya sinar di kemudian hari.

Walau sehebat mana yang saya lalui,tapi masih ada lebih ramai lagi yang derita...Ujian dan dugaan sebenarnya untuk mematang dan menjadikan kita lebih kuat di kemudian hari.Dan untuk kita lebih mendekati Yang Maha Esa.

Walau siapa pun kita,walau di mana pun taraf kita,jangan kita letakkan harapan dan sepenuh kepercayaan pada insan yang kita sayangi yang belum tentu menyayangi diri kita sepenuh hati kerna ianya mungkin boleh menghancurkan diri kita sendiri di kemudian hari..Sayangilah seadanya sahaja.Sesungguhnya hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan disebalik apa yang tersirat.


13 January 2011

Temujanji di Husm

hari ini "temujanji" di HUSM,dah berapa lama asyik dok ulang-alik sini saja tanpa ada sebarang peningkatan yang positif,rawatan dan ujian lanjut belum dapat diteruskan namun saya masih berharap untuk kembali sembuh dan jauh sekali timbul rasa putus asa atas ujian yang dihadapi.....setiap kali memandang renungan mata anak-anak,setiap kali itulah terasa ada kekuatan yang minta untuk saya terus bertahan dan bertahan asalkan dapat berada dan bersama mereka.